RSS

Monthly Archives: January 2008

KHUSYUK DALAM SOLAT

Apakah erti khusyuk? Khusyuk pada asalnya bererti diam dan merendah. Khusyuk boleh dilakukan dengan hati dan anggota badan. Khusyuk boleh juga dilakukan dengan menunduk dan merendahkannya sambil memberi tumpuan penuh. Khusyuk dengan anggota badan dengan pula maksudnya menunjukkan sikap tunduk dan merendah diri. Kata lawan bagi khusyuk adalah sombong, angkuh dan tidak peduli. Oleh itu, apabila seseorang melakukan solat, hendaklah dia khusyuk pada hatinya dengan merendah diri dan memberi tumpuan penuh kepada Allah S.W.T dan jangan pula mengamalkannya dengan sikap-sikap yang menampakkan kesombongan dan keangkuhan. Begitu juga dengan perkataan, tidak harus keluar dari mulutnya melainkan perkataan-perkataan yang mengagungkan Allah S.W.T.            

 Namun, khusyuk tidak termasuk syarat-syarat solat dan juga bukan termasuk dalam rukun-rukun solat. Kerana jika khusyuk termasuk dalam syarat atau rukun solat, pasti setiap kali seseorang hilang khusyuknya semasa solat akan batallah solat tersebut. Khusyuk merupakan suatu perkataan yang mudah disebut, mudah disuruh tetapi susah untuk mencapainya.            

Walaupun khusyuk tidak diwajibkan, bukanlah bererti kita tidak boleh meremehkannya kerana khusyuk menjadi satu tuntutan. Tetapi, dalam keadaan tertentu apabila hilang kekhusyukkan atau kita terpaksa menghentikan seketika kekhusyukkan kita untuk melakukan sesuatu maka ketahuilah, yang demikian itu tidak merosakkan solat.

Sumber: Perancangan Eksekutif Islam 2008 (1428H – 1429H)

 
Leave a comment

Posted by on January 11, 2008 in Islamic View

 

SYURGA RUMAHTANGGA ITU FITRAH HATI

Naluri semulajadi yang pinta diisi


Kerananya jejaka rela menjadi suami
Kerananya perawan rela menjadi isteri
Masing-masing dengan harapan
Agar rumahtangga membawa kebahagiaan

Matlamat yang satu tapi jalannya berliku
Destinasinya sama tapi kaedahnya berbeza
Lalu bermacamlah jalan ke sana

Ada yang mengatakan
Bahagia itu pada harta
Diukir dari intan permata
( Gah , suamiku seorang jutawan)

tidak kurang merasakan
bahagia itu pada rupa..
Ditempa oleh wajah rupawan
( Wah, isteriku seorang celeberity)

ramai juga yang merasakan
bahagia itu pada kuasa
dituai oleh pangkat dan jawatan
( Wah, suamiku seorang negarawan)

pelbagai jalan menimbulkan dilema
mencari yang benar mempelai tersasar
kalaulah bahagia itu pada harta
kalaulah bahagia itu pada nama
kalaulah bahagia itu pada rupa
kalaulah bahagia itu pada kuasa
kenapa Charles dan Diana berpisah
kenapa Elvis dan Priscilla berpecah
kenapa Onassis dan Jackie bertelagah.

Bahagia itu dari dalam hati
Kesannya zahir rupanya maknawi
Terpendam bagai permata dalam hati
Terbenam bagai mutiara disalut nurani

Bahagia itu pada HATI
Bertakhta di kerajaan diri
Bahagia itu pada JIWA
Mahkota di singgahsana rasa
Bahagia itu KESABARAN
Bila susah tak gelisah
Bila miskin tak pemarah
Bila gagal tidak resah
Oh, suamiku,innalillah....

Hakikatnya bahagia itu ketenangan
Bila hati mengingati tuhan
Firman Allah:
Ketahuilah dgn mengingati Allah itu memberi
ketenangan pada hati
suami isteri sama-sama mengerti
maksud tersemi takdir ilahi
itulah zikir yg hakiki.

Binalah rumahtangga atas tapak iman
Tuluskan niat luruskan matlamat
'suamiku, kaulah pemimpin menuju ilahi'
'isteriku, kaulah permaisuri hati.....'
penyeri Islamku nanti
muktamadlah akad sahlah nikah
dengan nama Allah
gerbang perkahwinanpun terserlah

Di atas tapak iman dirikanlah hukum tuhan
Iman itu tujuan
Syariat itu jalan
Tempat merujuk segala permasalahan
Tempat mencari semua penyelesaian
- isteriku, taatilah hukum Allah....
- suamiku, patuhilah sunnah Rasululah s.a.w

Binalah hidup di neraca maaruf
Rumah jadi sambungan madrasah...
Seninya kerana solat...
Indahnya oleh munajat
Tapaknya ....iman
Jalannya ....syariat
Natijahnya.....akhlak
Tiga penjamin segala
kunci kebahagian rumahtangga
dan terciptalah:
'setia dan penyayang suami'
'cinta dan kasih isteri'
lalu berbuahlah
mahmudah demi mahmudah
yang melahirkan.....
"Soleh dan solehah"

 

 
1 Comment

Posted by on January 11, 2008 in An-Nasihah

 

……….

Kekadang… malah selalunya… kita melakukan sesuatu tanpa memikirkan kesan dan akibatnya… kekadang… aku terfikir… ape sebenarnya yang kita cari dalam dunia nie…? hanya satu jawapan yang pasti… KEREDHAAN ILAHI DAN KEBAHAGIAAN DUNIA DAN AKHIRAT… akan tetapi, apa yang kita lakukan selalunya tidak menggambarkan ke arah itu… kan? manusia nie sungguh pelik…
aku terfikir… seringkali aku mahukan kesempurnaan becoz i’m a perfectionist person… tapi, apa yang aku dapat… bukan kesempurnaan… tapi, apa yang sepatutnya aku dapat. Allah itu Maha Agung. Dia memberi apa yang kita perlu untuk hidup bukan memberi apa yang kita mahu dalam hidup… seringkali juga, kita x tau nak bersyukur… malah… ada di antara kita, x tau apa itu syukur. syukur bukan sekadar mengatakan atau mengucapkan terima kasih atau syukur… bahkan ia lebih bermakna dan mendalam dengan tingkah laku dan perbuatan… bukankah iman itu sendiri ada 3 cara iaitu dari segi lafzi, iktiqad dan fi’li (lafaz, yakin dan perbuatan)… seringkali kita alpa…
sebenarnya, aku terlalu risau dan bimbang apabila memikirkan masalah remaja kita sekarang. dan aku tidak pernah sekali menyangka… bahawa… kebejatan sosial tue akan menular jugak ke bumi yang paling aku sayangi dan hormati… aku teramat risau akan masa depan umat islam sekarang… apa lar nak jadi… petanda kiamat dah banyak… tapi, berapa kerat, berapa ramai umat islam yang sedar akan hakikat islam itu sendiri… aiyaaaa… kekadang, aku sampai xleh nak kata ape… tambah2 lagi apabila baca artikel dalam mastika januari 2006… aiiiyooooo… aku benar2 x tahan biler baca artikel tue… betapa ceteknya pemikiran kita kan…? pastue… ishk… camaner nak cakap yek… kenapa gadis2 remaja sekarang nie begitu berani? aku benar2 x faham…. adakah itu petanda yang negara kita menyahut cabaran globalisasi? globalisasi haprak kalau sampai x reti nak jaga diri, x reti nak jaga akhlak dan peribadi!please… tolong lar jaga maruah… aku sedar aku pun bukannya baik sangat… akhlak pun xder ar cantik sangat… lagi cantik akhlak adik aku… tapi… aku… x sanggup nak hadapi kenyataan bahawa GADIS REMAJA KITA MURAH…!!! sanggup ker terima kenyataan? aku harap, aku dapat jaga diri aku dari buat benda2 x berfaedah dan kurang ajar macam tue…
come on… lumrah hidup… adat ar… kita tercipta dengan fitrah ingin mencuba, ingin tahu dan ingin segala2nya… but, it’s not reasonable to try something priceless by gambling our pride… isn’t right…???!!!
dah ar… aku pun malas nak campur… tapi, kalo aku x campur, aku pun terheret sama dalam kebodohan nie kan? x sanggup aku… haii… sakit kepala, sakit hati… sakit segala2nya biler mengenangkan…
ok ar… aku dah malas dah nak berceloteh… aku masih lagi terkejut nie… culture shock!!! huahaha… xder ar… terkejut dan x sangka… ape pun… apa benda yang aku terkejut tue memang penting ar dalam idup aku… but… we never know… boleh jadi benda yang kita x suka tue adalah perkara yang terbaik dalam hidup kita kan… and we should accept it…
okay… cau cin cau…
copied from my late blog at friendster.com

 
Leave a comment

Posted by on January 5, 2008 in Opinions + Thoughts

 

10 TANDA HATI MATI

1-      Kamu mengaku kenal Allah tetapi kamu tidak menunaikan hak-hak-Nya.

2-      Kamu mengaku cinta kepada Nabi Muhammad S.A.W tetapi kamu mengabaikan sunnah baginda.

3-      Kamu membaca al-Quran tetapi kamu tidak beramal dengan hukum-hukum yang ada di dalamnya.

4-      Kamu menikmati nikmat-nikmat Allah tetapi kamu tidak mensyukuri atas pemberian-Nya.

5-      Kamu mengaku syaitan itu musuh kamu tetapi kamu mengikutinya.

6-      Kamu mengaku adanya balasan syurga tetapi kamu tidak beramal untuk mendapatkannya.

7-      Kamu mengaku adanya seksa neraka tetapi kamu tidak berusaha bagi menjauhinya.

8-      Kamu mengaku kematian pasti datang bagi setiap jiwa tetapi kamu masih tidak bersedia untuk menghadapinya.

9-      Kamu menyibukkan diri membuka keaiban orang lain tetapi kamu lupa akan keaiban diri kamu sendiri.

10-  Kamu menghantar dan menguburkan jenazah atau mayat saudaramu sesana Islam tetapi kamu tidak mengambil iktibar daripadanya. 

Syeikh Ibrahim Adham Sumber: Ahmadi Hj. Baharudin(2007); Menjadi Survivor dalam Dunia Penuh Cabaran hlmn 8; PTS Millenia Sdn. Bhd.; Kuala Lumpur

 
Leave a comment

Posted by on January 5, 2008 in An-Nasihah