RSS

…who is ungulavender…

ungu lavender

…Perbezaan pendapat dan fikrah bukanlah sesuatu yang merosakkan. Tetapi ia merupakan satu percambahan fikiran dalam menemukan titik pertemuan yang sama berdasarkan al-Quran dan as-Sunnah…

~updated~
Dibangunkan sejak tahun 2007. Pengisian yang berbeza-beza berdasarkan pengalaman dan pengamatan yang diperolehi oleh penulis. Tempoh 6 tahun merupakan fasa yang penting dalam mencari erti kehidupan dan akhirnya satu titik permulaan kepada satu pengakhiran ditemui. Kita adalah hamba Allah dulu, kini dan selamanya. Maka, jadilah hamba kepada Tuan bukan cuba menjadi tuan kepada Tuan tanpa disedari.

Semoga usaha kecil dalam bidang penulisan ini bakal menjadi amal dan sedekah jariah daripada secebis ilmu yang diperolehi di sepanjang perjalananan meniti kehidupan menuju ke negeri abadi nanti. Insya Allah. Jangan malu untuk merangkak dan bertatih semula andainya jatuh terduduk dalam ujian kehidupan. Kerana hakikatnya fitrah manusia adalah begitu.

Jangan berhenti berlari walaupun 1001 halangan dan rintangan menanti di sepanjang trek kehidupan kita. Dunia tempat berpenat lelah bercucuk tanam, akhirat tempat untuk menuai hasilnya.

Semoga memberi manfaat dan diredhai Allah.

07032013 11:17am

 

6 responses to “…who is ungulavender…

  1. eddie

    July 4, 2012 at 22:09

    Heheh. Rasa seronok bila ada orang titik beratkan bahasa. Tak nak campur-campur dan sebagainya. Tahniah. Orang yang macam ini yang aku nak. Blog aku pun aku buat entri khas sebab sakit hati dengan orang guna bahasa campur.

     
    • dhieya

      July 4, 2012 at 22:15

      =) mungkin boleh nak campur, tapi pastikan tidak terlalu banyak kerosakan bahasa yang ada dalam sesebuah entri tu.. nanti sakit mata nak baca.. =)

       
  2. Aishah

    March 7, 2013 at 01:17

    Assalamualaikum…salam ukhwah daripada saya….Saya minat menulis,tapi terlalu banyak kekangan yang membantutkan jari untuk menaip…hehe…

     
    • dhieya

      March 7, 2013 at 11:20

      Waalaikumussalam wrt.. salam ukhuwwah juga daripada saya. Alhamdulillah, andai minat itu ada, satu hari nanti segala kekangan dan halangan itu bukanlah lagi alasan untuk membantutkan jari jemari kita menari di keyboard. Insya Allah.. =)

       
  3. orangkata

    March 29, 2013 at 16:33

    Assalamualaikum…
    Saya sedang cuba nak buat blog lebih Islamik. Tapi mungkin sebab fikrah tak berapa ‘core Islamik’, jadi blog pun banyak ‘pencemaran’. Saya dah tutup blog lama, dan sekarang tengah semangat nak mulakan blog baru..harap support saya, untuk kebaikan umat Islam juga ya…
    Jadi saya sekarang sedang cuba merujuk blog-blog Islamik, untuk melihat cara penulisan dan sebagainya…mohon tunjuk ajar….
    Saya harap cik/puan/ustazah dhieya izinkan saya share mana-mana isi blog ungulavender ni di blog saya ya? Saya berjanji akan letak pautan ungulavender pada blog saya..
    Tma Kaseh.. =)

     
    • dhieya

      March 30, 2013 at 17:10

      Waalaikumussalam wrt.
      Alhamdulillah pujian bagi Allah SWT. Terima kasih kerana sudi melawat blog saya yang selalu bersawang dan jarang update akibat kekangan dan kelemahan diri sendiri yang masih lagi dalam peringkat ditingkatkan dan baikpulih. Mungkin kita boleh saling bertukar pendapat mengenai dunia penulisan since saya pun masih lagi baru dan sedang belajar bertatih dalam bidang ini.
      Andai ada entry yang bermanfaat, silakan share sahaja tanpa meminta kebenaran kerana ilmu yang disebarkan itu lebih baik dari ilmu yang disimpan untuk kegunaan seorang diri.
      Semoga kita semua dalam redha dan rahmat Allah sentiasa. Aamiin..

       

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: