RSS

Category Archives: Uncategorized

Akan tiba satu saat di mana segala-galanya akan berhenti dan sudah tidak bermakna lagi. Hanya satu yang kita perlukan. Hanyalah satu iaitu keredhaan Allah kepada kita sebagai hamba-Nya yang lemah lagi tidak berdaya. Teruskanlah berusaha untuk memperbaiki diri untuk menjadi hamba-Nya lebih baik. Kehidupan di dunia hanyalah sementara. Dan akhirat jualah tempat tinggal yang abadi.

Menilai Sebuah Kehidupan

Siapa berani berbuat dosa? Siapa pernah berbuat dosa? Jika kita banyak berbuat dosa, sekerap dan sebanyak mana pula penyesalan kita atas dosa dan kesilapan kita? Sehebat mana taubat kita kepada Allah SWT.?

Yakinkah kita betapa setiap perbuatan pasti terakam dengan rapi di sisi Allah SWT, segalanya dalam pengetahuan-Nya? Sehinggakan sekecil-kecil dosa pun akan tercatat dalam dokumentasi yang tidak akan hilang, bersaksikan dua malaikat dengan dirinya yang tidak pernah renggang. Firman Allah SWT:

Barangsiapa yang mengerjakan kebaikan seberat zarah, niscaya dia akan melihat (balasan)-nya. Dan barangsiapa yang mengerjakan kejahatan seberat zarah pun, niscaya dia akan melihat (balasan)-nya.

 (Surah Az-Zalzalah: 7-8)

Kita sering menelaah dan menyusuri kisah Rasulullah SAW, para sahabat RA dan para solihin terdahulu yang sangat menyesali kesalahannya, dan bersegera bertaubat kepada Allah SWT hanya disebabkan tertidur sehingga tidak sempat untuk solat malam. Atau tidak sempat solat Subuh berjamaah di masjid, dan pelbagai kisah teladan mereka. Mereka begitu…

View original post 616 more words

 
Leave a comment

Posted by on December 12, 2012 in Uncategorized

 

Sometimes, when we reached our limit, we feel very tired and even don’t have anything to say anymore.. just.. speechless.. takpelah, kali ini perjuangan ini merupakan satu perjuangan yang terbesar dalam hidup ini.. revolusi.. Allahumma yassir wa laa tu’assir.. Allahumma aamiin~ semoga dipermudahkan segala-galanya untuk memperbaiki & menjadi lebih baik demi mencapai redha Ilahi.. aamiin~

Genta Rasa

Saudara dan sahabat-sahabatku… 

Semakin ramai yang mengajukan persoalan dan permasalahan sama ada di blog ini ataupun melalui FB saya. Saya simpati dan empati. Namun, disebabkan pelbagai hambatan, saya tidak mampu menjawab semuanya.

Apatah lagi, apabila saya amat-amati, dalam soalan itu sendiri pun telah ada jawapan. Ya, yang sukar adalah untuk mujahadah. Untuk sabar serta bijaksana untuk menghadapi dan menyelesaikannya sahaja.

Kebanyakannya hanya perlu ‘didengar’ untuk sekadar berkongsi rasa. Bukan untuk diselesaikan, tetapi untuk dileraikan. Jangan terus terbuku dan terpendam di dalam jiwa. Hakikatnya, kita sama sahaja. Saya pun begitu juga… sangat memerlukan ‘pihak lain’ untuk menjadi pendengar, tempat kita meluahkan segala dan semua. Dengan berkongsi, kita berbagi derita. 

Kebanyakan jawapan pada permasalahan sudah ada saya tuliskan dalam buku-buku saya. Sama ada Di Mana DIA di hati ku, Tentang Cinta, Cinta Kerana Allah, Mukmin Profesional, Dua Hati Satu Rasa, Nota Fikir untuk Zikir dan sebagainya. Rajin-rajinlah membaca – cari kekuatan dalam…

View original post 1,684 more words

 
Leave a comment

Posted by on November 10, 2012 in Uncategorized