RSS

“Aku Kecewa Kerana Cinta, Sahabat (2)”

Sequel kepada “Aku Kecewa Kerana Cinta, Sahabat.. ;(“

Sahabat, izinkan ku titipkan sebuah hadiah buatmu pengubat duka lara di hatimu. Izinkan aku menukilkan secebis kisah duka yang kau khabarkan kepadaku buat pengajaran kita semua.

Sahabat,

Pasti pernah terlintas dalam fikiranmu akan mengapa dirimu masih diuji dengan ujian yang hampir sama. Kecewa kerana cinta. Cinta yang kau sandarkan kepada Ilahi kali ini seolah-olah ujian yang paling getir dalam hidupmu. Seolah-olah kebahagiaan itu bukan untukmu. Allah.. apa pun ujian kehidupan yang Dia beri untukmu, percayalah sahabat, baik atau buruknya ujian tersebut pasti tersisip pengajaran dan hikmah untuk kau telahi. Untuk kau amati. Andainya kau mengerti, jika tidak kerana CINTA-NYA kepadamu, tidak akan Dia uji kau sebegini hebat.

Sahabat, ku tahu kau sendiri mengerti. Mengerti akan ibrah dan hikmah di sebalik ujian cinta yang sedang kau hadapi kali ini. Seakan-akan dunia berpusing terlalu laju meninggalkanmu. Seolah-olah dirimu berada di satu dimensi yang kaku. Tidak mampu bergerak. Akibat terlalu hebatnya kepedihan perasaan itu. Benarlah sahabat, orang yang tidak mengalami situasi kesakitan itu tidak kan pernah faham pedihnya hati yang kecewa dan merana diusik cinta manusia. Sungguh, cinta itu gila. Cinta itu mampu membuatkan manusia menjadi gila. Jika tidak masakan timbul cerita cinta Romeo & Juliet, Laila & Qais. Sanggup mati demi cinta. Tetapi sahabat, jadikanlah cerita cintamu kali ini cerita cinta yang termanis pernah engkau lalui. Walaupun kepahitan, kepedihan dan kesengsaraan yang kau hadapi di sepanjang perjalanan, namun pandanglah ia dari sisi yang berbeza. Pandanglah ia dari sudut yang positif. Ku tahu kau seakan terasa deja vu. Serasa seolah-olah pernah melihat situasi tersebut. Amatilah ia sedalamnya. Janganlah kau ulangi lagi kekhilafan yang lepas untuk kesekian kalinya. Kerana mukmin yang sebenar ialah mukmin yang tidak akan jatuh ke dalam lubang yang sama untuk kali kedua. Jadikanlah ia pengajaran.

Sahabat, mesti kau tahu bukan cerita cinta yang sungguh manis itu? Siapa ya seorang artis selebriti yang tidak kurang popular di tanah air, bertemu jodohnya ketika mengerjakan umrah itu? Ya.. Irma Hasmie dan suaminya bukan? Jodoh yang dianugerahkan Allah selepas siri penghijrahan beliau dalam mendalami “Apa Ertinya Aku Menganut Islam”. Jodoh yang telah ditetapkan Allah sejak azali lagi tidak akan tertukar. Tidak pernah akan tertukar. Usah bimbang. Usah resah. Usah gelisah dengan ujian. Dia sentiasa ada untukmu. Ibrah cerita cinta Irma dan suaminya adalah secebis kisah cinta yang Dia coretkan di antara berjuta-juta cerita cinta hamba-hamba-Nya yang sentiasa mengharapkan kasih dan redha-Nya untuk kita renungi. Andai kau sandarkan segala-galanya kerana Allah, percayalah walau hebat mana ujian melanda, walau terpisah 7 benua, kamu tetap akan bersatu dengannya juga. Percayalah. Jodoh daripada Allah adalah sebaik-baik ketentuan. Dia ada seribu satu cara untuk menyatukan kamu dengannya. Namun, andai memang dia bukan jodohmu, Dia tetap ada seribu satu cara untuk menemukanmu dengan insan yang terbaik untukmu. Percayalah janji Allah itu.

Sahabat, ingin ku anjurkan kepadamu juga kepada diriku sendiri. Carilah cinta kerana Allah. Carilah cinta Allah terlebih dahulu. Nescaya cinta hamba-Nya yang mencintai-Nya akan hadir untukmu. Andai kau berjaya memilikinya, engkaulah di antara insan yang paling bertuah di bumi Allah ini. Cinta kerana Allah itu bakal mengajar mu erti sebuah kehidupan yang hakiki. Bersama untuk mencari redha Ilahi. Malah ia bakal menjadikan dirimu seorang mukmin yang lebih hebat. Insya Allah, hebat di sisi Allah, hebat pada pandangan manusia. Namun, bukanlah kehebatan itu yang dipandang lantaran sedar akan kekerdilan diri kita sebagai hamba-Nya yang hina.

Kau tanyakan kepadaku; “sahabat, cinta kerana Allah itu bagaimana ya? Aku sudah tidak faham lagi apa itu cinta yang sebenar..”

Bagiku, “cinta kerana Allah itu ialah apabila bersamanya kita berasa tenang, apabila bersamanya kita tidak jemu, dan dia seolah-olah separuh dari diri kita. Kehilangannya mungkin dirasai. Namun tidak pula mengundang keresahan yang ketara. Kerana kau tahu, telah kau sandarkan segala ketentuan dan pengharapan kepada Allah. Bukankah Allah itu Maha Penjaga dan Maha Memelihara? Kau sendiri pun yakin bukan? Alangkah indahnya cinta kerana Allah. Bertemu tidak jemu. Berpisah tidak pula gelisah. Kerana kita tahu, cinta kerana Allah itu sangat manis walaupun tidak bersama. Mungkin pada permukaannya ia teramat pahit tapi percayalah, isi di dalamnya terlalu manis hingga tidak terungkapkan. Kau sendiri pun sedar bukan? Pandanglah ke lubuk hati. Terlalu banyak yang kau pelajari dari sebuah cerita cinta yang tidak pasti ini. Yakinlah dengan istikharahmu, di mana telah kau sandarkan keputusanmu di dalam ketentuan-Nya. Berbaik sangkalah dengan Allah. Sesungguhnya ujian ini diturunkan kepadamu adalah yang terbaik untuk agama dan kehidupanmu keseluruhannya. Insya Allah.

Pernah sahabat ku bercerita, apabila kita beristikharah dalam membuat sesuatu keputusan dan kita yakin dengan pilihan kita tersebut, andainya musibah berlaku dalam perjalanan merealisasikan sebuah keputusan, percayalah ada hikmah yang tersirat di sebalik istikharah kita itu. Dan percayalah bahawa secara automatik kita akan redha dengan segala yang terjadi. Kerana perjalanan hidup kita telah ditulis oleh-Nya di Luh Mahfuz sebelum ruh kita ditiupkan ke dalam jasad lagi.

Sahabat, ku tahu kau sendiri mengerti. Persoalan jodoh merupakan urusan Allah. Ia bukan urusan manusia. Bukan urusan sesiapa pun. Namun kita diberi akal, diberi naluri (instinct) untuk mengenalpasti siapakah soul partner kita tersebut. Kita diberi mata untuk melihat, diberi telinga untuk mendengar, malah diberi hati untuk merasa. Pandanglah semua yang terjadi dengan pandangan Ilahi. Bagaimanakah caranya memandang dengan pandangan Ilahi itu? Pada hematku, berdoalah kepada-Nya.. mintalah kepada-Nya agar segala keputusan yang dilakukan adalah keputusan daripada-Nya juga. Mintalah kepada-Nya agar ditunjukkan hakikat sebenar ujian yang dihadapi. Mintalah agar kefahaman dan ibrah yang diperolehi daripada ujian itu adalah kefahaman sebenar yang Tuhan berikan kepada kita. Mintalah kepada-Nya agar mata hati kita tidak tersilap mentafsir apa yang ingin Dia bicarakan. Mintalah kepada-Nya. Insya Allah akan dia tunaikan. Mintalah terus kepada-Nya tanpa segan silu. Insya Allah akan Dia tunjukkan. Kerana Allah itu Maha Memahami hati-hati kita. Kerana Dialah yang menciptakan kita. Dialah yang memegang erat hati-hati kita. Mintalah kepada-Nya agar segala keputusan yang bakal kita buat itu adalah sememangnya keputusan yang telah Dia catatkan untuk kita. Insya Allah, baik atau buruknya sesebuah keputusan itu akan kita cerna hikmahnya. Dan keputusan itulah yang terbaik untuk diri kita.

Sahabat,

Melalui ujian ini Dia mengajar mu erti kematangan. Kematangan dalam memilih jalan untuk diri sendiri. Kematangan untuk membuat keputusan untuk diri sendiri. Yang penting ia mengajarmu agar kamu kenali siapa diri kamu yang sebenar. Kenal akan hakikat diri, betapa kerdilnya diri ini. Allah.. Sebuah perjalanan kehidupan cinta itu bukan sekadar untuk bersama di dunia semata-mata. Ia bukan persoalan cinta, hati dan perasaan semata-mata. Hakikat sebuah cinta adalah menjangkaui batasan penglihatan mata kasar. Cinta yang diniatkan untuk bernikah dalam mencari redha Allah itu adalah usaha untuk beribadah! Andai bersama di dunia, sudah pasti ingin bersama di akhirat. Sudah tentu tiada siapa yang mahu cinta yang sekadar bersama di dunia tetapi tidak bersama di akhirat. Namun andai itu yang berlaku, koreksi diri. Di manakah kesilapan kita. Pasti kita temui pengajarannya andainya tembok ego itu diruntuhkan. Pandanglah dengan mata hati bukan dengan mata nafsu.

Sahabat,

Percayalah, akan ada akhirnya sebuah cerita cinta derita ini. Derita pada pandangan mata kasar tapi bahagia pada pandangan mata hati. Bahagia dan manis kerana cinta Allah itu akhirnya kau temui. Dan ia merupakan hadiah yang paling berharga daripada Tuhan untuk hamba yang merindui CINTA-NYA.

*Ku menulis untuk tatapanmu ini juga adalah dengan izin-Nya. Andainya tidak diizinkan Allah, masakan aku mampu untuk mencoretkan walau sepatah kata. Kau sendiri tahu betapa aku tidak mampu untuk menterjemahkan idea yang bermain di benak fikiran dalam bentuk tulisan. Berkali-kali ku cuba menulis tetapi gagal. Namun kali ini, Alhamdulillah.. seakan-akan Dia mengizinkan aku menitipkan sesuatu untuk tatapan dan pengajaran kita semua.

CINTA ALLAH ITU LEBIH UTAMA~ CINTA MANUSIA HANYALAH SANDARAN/MEDIUM UNTUK MENGGAPAI CINTA DAN REDHA ILAHI~

Semoga bermanfaat.

Advertisements
 

Mahu mendengar dan didengari~

Genta Rasa

260px-Red-whiskered_Bulbul-webPercayalah, kekadang manusia hanya inginkan ‘didengar’ bukan penyelesaian. Kerana dengan didengar, manusia terasa dihargai, disayangi dan dihormati. Jika kita ingin dicintai, cukuplah dengan menjadi pendengar. Tidak perlu melakukan apa-apa, cuma dengar…

Saya sendiri menempuh pelbagai kesalahan dan kesilapan dalam hidup akibat tidak mendengar. Sangka saya, dengan berkata-kata kita boleh meraih kemesraan. Rupa-rupanya tidak. Kita akan lebih dicintai, jika kita menjadi pendengar.

Kita pernah mendengar di corong radio apabila masyarakat menghubungi pakar motivasi, ulama, ustazah dan pendakwah… Acapkali mereka bukan meluahkan masalah. Mereka hanya bercakap dan bercakap… mengapa? Ya, mereka hanya ingin didengar.

Alangkah indahnya jika kita punya masa dan sedia meluangkan masa untuk menjadi pendengar. Kehausan untuk didengar ialah petanda kehausan kasih sayang dan cinta. Manusia tercari-cari siapa yang sudi menjadi pendengar untuk diluahkan segala dan semua. Sekali lagi, bukan inginkan penyelesaian tetapi hanya inginkan penghargaan dan kasih sayang.

Mari pada hari ini, kita bertekad untuk menjadi pendengar. Ketapkan mulut…

View original post 1,092 more words

 
Leave a comment

Posted by on January 19, 2013 in Uncategorized

 

Entri terakhir Ustaz untuk tahun 2012 sebagai sumber inspirasi untuk membuat lonjakan yang lebih tinggi pada tahun 2013. Alhamdulillah.. terima kasih Ustaz di atas perkongsian ini.. benar, setiap hamba itu akan diuji dan terpulang kepada kita samaada nak berjaya atau gagal dalam ujian tersebut. Ukuran kejayaan dalam menghadapi ujian adalah sejauhmana kita mengingati & mendekati-Nya. Segala yang negatif mahupun positif tetap akan menjadi positif kepada hamba yang benar-benar mahu mengerti hikmah di sebalik ujian-Nya.. semoga kita semua tergolong dalam golongan hamba yang mengerti apabila Dia berbicara.. aamiin~

Genta Rasa

200236712-001

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Pernah saya katakan, kita akan diuji melalui apa yang kita sayangi dan dengan apa yang selalu kita katakan. Inilah hakikat yang saya alami semasa cuba berdakwah dalam rangka untuk mendidik diri disamping mendidik orang lain. Saya cuba memujuk hati dengan berkata, “ketika Allah menguji kita dengan apa yang kita sering dakwahkan kepada orang lain, itu petanda Allah mengingatkan kita ketika kita mengingatkan orang lain.” Agar kita tidak memperkatakan apa yang tidak amalkan…

Namun, suara hati juga mengingatkan, supaya terus melakukan kebaikan (berdakwah)… bukan kerana kita sudah baik tetapi itulah cara kita hendak menjadi orang yang baik. Ya Allah, berilah petunjuk kepada kebimbangan hati ini… kerana ujian di jalan dakwah ini kekadang dirasakan terlalu berat berbanding iman yang begitu tipis. Hati sering dipujuk untuk mengakui satu hakikat: Allah tidak akan menguji di luar kemampuan seorang hamba untuk menghadapinya.

Sahabat-sahabat dan saudara-saudaraku…

View original post 1,451 more words

 
Leave a comment

Posted by on January 1, 2013 in Uncategorized

 

Genta Rasa

LAPANGKAN HATIMU DENGAN TAUBAT

Satu cara untuk mengetahui sejauh mana kita benar-benar beriman ialah dengan mengukur sejauh mana kesan dosa terhadap hati kita? Apakah hati kita akan terasa kesal dan menyesal dengan dosa? Atau kita merasa biasa-biasa sahaja apabila berdosa? Jika terasa menyesal, itu petanda iman masih ada di dalam dada. Sebaliknya, jika dosa tidak memberi kesan apa, malah kita tetap gembira… itu satu petanda buruk. Iman kita amat lemah, Hati kita sedang sakit. Boleh jadi sudah menanti masa sahaja untuk melayang.

 Apa tanda menyesal? Menyesal bukan menyesal jika kita hanya berasa sedih tanpa berbuat apa-apa. Tetapi menyesal yang sebenarnya apabila kita mula bertindak selaras dengan apa yang kita kesalkan. Kita menyesal dengan dosa? Langkahnya, terus kita tempuhi jalan-jalan taubat dengan memberhentikannya, niat tidak akan mengulanginya lagi dan berbuat baik sebagai ‘galang-ganti’ kepada kejahatan yang kita lakukan itu.

Mari kita bertanya pada hati masing-masing? Bagaimana kita dengan dosa? Bagaimana kita…

View original post 1,236 more words

 
Leave a comment

Posted by on December 26, 2012 in Uncategorized

 

Jangan Pandang Ringan Dosa-dosa Itu!

Baru kene eksos motor honda cup buruk pun menggelepur kepanasan dah, sanggup ke nk dibakar neraka Allah? jadi banyak mana pun dosa maksiat, dosa main nombor ekor, dosa judi, dosa berzina, maka bertaubatlah, jahakk lagumana pun kita akan balik pada Allah juga akhirnya, jgn putus asa minta ampun pada Allah

Ustaz Azhar Idrus | Surau Al Iman Losong

Ya, kita adalah manusia yang selalu lalai dan alpa.. kita adalah insan yang diciptakan Allah untuk menjadi khalifah-Nya di bumi ini.. diciptakan Allah untuk beribadah kepada-Nya semata-mata..

“Ingatlah ketika Tuhanmu berfirman kepada para Malaikat: Sesungguhnya Aku hendak menjadikan seorang khalifah di muka bumi. Mereka berkata: Mengapa Engkau hendak menjadikan (khalifah) di bumi itu orang yang akan membuat kerosakan padanya dan menumpahkan darah, padahal kami senantiasa bertasbih dengan memuji Engkau dan mensucikan Engkau. Tuhan berfirman: Sesungguhnya Aku mengetahui apa yang tidak kamu ketahui.”

– Surah Al-Baqarah: Ayat 30

“Dan Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan supaya mereka menyembah-Ku.”

Surah Adz-Dzariyat: Ayat 56

Kita diberi dua pilihan, pilihlah jalan kebaikan atau jalan kemusnahan. Sebagaimana Allah menciptakan syurga untuk hamba-hamba-Nya yang soleh, Allah juga menciptakan neraka untuk hamba-hamba-Nya yang tholeh.

Apabila berbicara soal dosa, kita semua akan tersentap! Ya, kita semua. Kenapa kita semua? Kerana tiada siapa pun yang tidak akan terlepas dari membuat dosa walaupun sekecil-kecil dosa.

Tanam, siram & semai sikap peduli dalam diri. Peduli, peka & bertindak! Perbanyakkan koreksi & muhasabah diri; sedar akan tujuan kita diciptakan ke dunia ini. Berusaha untuk mencapai tujuan penciptaan kita, insya Allah, Dia akan bantu. Mehnah & tribulasi itu sunnatulLah. Ia menjadi bukti akurjanji kita sejak azali lagi. Siapa-siapa pun boleh bercakap dan mengaku bahawa sesungguhnya mereka beriman kepada Allah S.W.T kerana lidah itu tidak bertulang, tapi tidak semua orang mampu untuk membuktikan kerana tulang-tulang itu berat menghalang. Action speaks louder than words. Oleh yang demikian, zahirkan keimanan dan ketaqwaan kita kepada-Nya dalam bentuk akhlak dan perbuatan. Sebagai bukti bahawa kita benar-benar beriman dan bertaqwa kepada-Nya yang Satu.

Tujuan kita diciptakan-Nya adalah untuk diuji, membuktikan akurjanji kita kepada-Nya sejak azali lagi. Walaupun sukar, walaupun pahit, walaupun perit, tempuhilah segala kesulitan dan kepayahan untuk menundukkan segala jenis nafsu mazmumah  itu kerana apa yang penting ialah proses bukan hasil pada pandangan Allah. Tetapi apabila elok prosesnya, insya Allah eloklah hasilnya. Sebagaimana terciptanya sebuah pedang daripada besi yang ditempa dengan api yang memercik kepanasan, begitulah juga kita manusia di mana kerelaan untuk berkorban & mengharungi kesukaran dalam membuktikan keimanan merupakan satu proses untuk mencapai kejayaan yang gemilang.

Dosa sebagaimana juga amalan kebaikan yang kita lakukan, ia akan melekat di dalam hati. Membentuk jiwa dan jati diri kita. Ia juga sedikit sebanyak akan terpancar melalui personaliti kita. Sebagaimana juga amalan kebaikan yang kita lakukan akan terbias dan terpancar melalui personaliti dan akhlak kita. Andai kita penuhi kehidupan kita dengan berbuat dosa tanpa cuba untuk meminimakan dosa-dosa tersebut, alangkah malangnya diri kita. Jangan sekali-kali biarkan diri kita hanyut ditenggelami dosa-dosa yang berpanjangan. Berubahlah. Sungguh, untuk mengubah sesuatu yang menjadi kebiasaan itu sangatlah sukar. Tetapi andainya tekad dan ketaqwaan kepada Allah tersemat di dalam jiwa, insya Allah akan Dia permudahkan. Jangan berhenti berdoa kepada-Nya agar mengurniakan akhlak yang indah sebagaimana indahnya wajah kita yang diciptakan-Nya. Di samping itu, berusahalah untuk memperelokkan serta meningkatkan kualiti amal ibadah kita kepada-Nya. Insya Allah, bukankah amal ibadah yang berkualiti ikhlas didirikan kerana patuh kepada suruhan Dia itu merupakan satu benteng yang dapat mencegah kita dari terus melakukan dosa dan maksiat sebagaimana firman Allah S.W.T:

‘’Sesungguhnya sembahyang itu mencegah dari perbuatan yang keji dan mungkar’’

(Surah Al-Ankabut,45)

Pintu taubat sentiasa terbuka kepada hamba-hamba-Nya yang berdosa selagi matahari belum terbit dari barat. Oleh yang demikian, janganlah berlengah-lengah dan terus-terusan untuk berlalaian dalam urusan dosa dan maksiat. Sesungguhnya azab Allah itu amat pedih andai kita benar-benar mengetahui.

“Khabarkanlah kepada hamba-hamba-Ku, bahawa sesungguhnya Aku lah yang Maha Pengampun lagi Maha Penyayang. Dan bahawa sesungguhnya azab-Ku adalah azab yang sangat pedih,”

(Surah Al-Hijr: 49-50)

Andai di dunia lagi kita tidak mahu diazab, apatah lagi di akhirat nanti yang berganda-ganda lagi azab Allah. Sesungguhnya pengampunan dan rahmat Allah sentiasa terbuka bagi hamba-Nya yang benar-benar ingin kembali kepada-Nya. Insya Allah, kitalah insan yang ingin dan sentiasa berusaha untuk kembali kepada-Nya itu. Kembalilah kita kepada yang Maha Pencipta dalam keadaan yang suci dan bersih dari segala noda. Kerana dosa dan noda semalam mungkin sukar untuk dipadamkan tetapi janganlah pula kita terus-terusan terpaku berdiri di antara dua pintu kemusnahan dan pintu kerahmatan. Gerakkanlah kaki dan masuklah ke dalam pintu kerahmatan tanpa sebarang rasa ragu-ragu lagi. Tinggalkanlah kenangan dosa semalam dan jangan berpaling lagi. Kerana orang-orang yang berjaya sentiasa memandang ke hadapan dan berusaha untuk menjadi hamba-Nya yang lebih baik dari hari-hari semalam. Peristiwa semalam, jadikanlah pengajaran agar kita tidak terjun ke dalam lubang yang sama lagi untuk kesekian kalinya. Insya Allah.

“Ya Allah, bawalah aku pulang kepada-Mu dengan sebaik-baik kesudahan.. aamiin ya Rabbal aa’lamiin~”

tumblr_m0ufal81zq1rpliymo1_500

 

Gambar Hiasan

 

 
Leave a comment

Posted by on December 16, 2012 in An-Nasihah

 

Akan tiba satu saat di mana segala-galanya akan berhenti dan sudah tidak bermakna lagi. Hanya satu yang kita perlukan. Hanyalah satu iaitu keredhaan Allah kepada kita sebagai hamba-Nya yang lemah lagi tidak berdaya. Teruskanlah berusaha untuk memperbaiki diri untuk menjadi hamba-Nya lebih baik. Kehidupan di dunia hanyalah sementara. Dan akhirat jualah tempat tinggal yang abadi.

Menilai Sebuah Kehidupan

Siapa berani berbuat dosa? Siapa pernah berbuat dosa? Jika kita banyak berbuat dosa, sekerap dan sebanyak mana pula penyesalan kita atas dosa dan kesilapan kita? Sehebat mana taubat kita kepada Allah SWT.?

Yakinkah kita betapa setiap perbuatan pasti terakam dengan rapi di sisi Allah SWT, segalanya dalam pengetahuan-Nya? Sehinggakan sekecil-kecil dosa pun akan tercatat dalam dokumentasi yang tidak akan hilang, bersaksikan dua malaikat dengan dirinya yang tidak pernah renggang. Firman Allah SWT:

Barangsiapa yang mengerjakan kebaikan seberat zarah, niscaya dia akan melihat (balasan)-nya. Dan barangsiapa yang mengerjakan kejahatan seberat zarah pun, niscaya dia akan melihat (balasan)-nya.

 (Surah Az-Zalzalah: 7-8)

Kita sering menelaah dan menyusuri kisah Rasulullah SAW, para sahabat RA dan para solihin terdahulu yang sangat menyesali kesalahannya, dan bersegera bertaubat kepada Allah SWT hanya disebabkan tertidur sehingga tidak sempat untuk solat malam. Atau tidak sempat solat Subuh berjamaah di masjid, dan pelbagai kisah teladan mereka. Mereka begitu…

View original post 616 more words

 
Leave a comment

Posted by on December 12, 2012 in Uncategorized

 

Ujian.. ujian.. ujian.. dan ujian lagi.. sehingga mati!

Bismillahirrahmaaniirrahiim..

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang.

Hari ini saya ingin bercerita tentang ujian lagi.. Ya.. ujian kehidupan.. Ya.. saya sendiri pun cukup tahu dan faham bahawa hampir keseluruhan entri saya bercerita tentang ujian kehidupan. Tajuk yang sama diulang dan digarap berkali-kali. Ya.. berkali-kali.. tidak bosankah saya bercerita tentang ujian kehidupan itu? Jawapannya tidak. Kerana hidup ini sendiri adalah tujuannya untuk menghadapi ujian yang tidak akan pernah habis.

Ujian bermacam-macam bentuk ujian. Ada ujian yang mencabar kesabaran; ada ujian yang membuatkan kita menjadi seorang yang lebih baik dan ada juga ujian yang akan melemahkan jati diri kita sendiri. Nah, pilihlah yang mana kamu mahu. Mahu berjaya atau mahu gagal dalam menghadapi ujian. Berkali-kali saya nyatakan, “kita adalah lebih hebat dari apa yang kita jangkakan”. So, never underestimate our inner strengths and abilities. Kalau tidak, masakan Allah menguji kita dengan ujian yang sebegitu berat? Berat? Beratkah? Ya, berat. Kerana orang lain tidakkan pernah mampu untuk memikul atau menghadapi ujian yang sama seperti yang kita alami. Percaya atau tidak? Setiap insan punyai keunikan yang tersendiri.

Yes. Allah knows. Allah knows you’re tired. Allah knows it is difficult for you. Allah knows you’re squeezing your last drop of energy. But you must also know that Allah would never place you in a situation that you can’t handle.

Inspirational Islamic Quotes from the Holy Quran!

Marilah kita merenung sebentar hikmah di sebalik ujian. Andai dipandang dari sudut yang positif, ujian itu sebenarnya salah satu cara Allah mencurahkan kasih dan sayang-Nya kepada kita. Dia mahu kita kembali kepada-Nya. Kita yang sering lalai dan selalu ingin menjauh daripada-Nya. Jadi, dengan menurunkan ujian kepada kita, kita tersedar dan segera mahu kembali kepada-Nya. Tidakkah kita berasa beruntung kerana Allah sebenarnya sedang memperhatikan kita? Ah.. beruntungnya orang-orang yang sentiasa diuji Allah tetapi masih tetap mahu bersangka baik dengan ujian tersebut. Masih lagi bersemangat untuk menjadi orang-orang yang berjaya dalam menempuhi ujian-ujian tersebut. Penat! Ya, penat! Memang penat kan? Tapi, di sebalik kepenatan itu satu nikmat kebahagiaan dan kepuasan yang tidak ternilai harganya akan kita alami andainya kita benar-benar berjaya dalam menempuhi ujian-ujian kehidupan yang telah Allah sediakan untuk kita. Berbahagialah apabila diuji. Berbahagialah.

Apakah tujuan kepada setiap kesukaran dan kesusahan yang kita hadapi dalam kehidupan ini? Allah telah menjelaskan kepada kita bahawa tiada seorang pun orang-orang yang mengaku beriman dibiarkan tanpa diuji keimanannya.

 

[29:2] Do the people think that they will be left to say, “We believe,” without being put to the test?

[29:3] We have tested those before them, for God must distinguish those who are truthful, and He must expose the liars.

[2:155] We will surely test you through some fear, hunger, and loss of money, lives, and crops. Give good news to the steadfast.

Untuk berjaya dalam menempuhi ujian kehidupan yang Allah sediakan, hanya satu formula sahaja yang telah Dia sediakan.. yee~~ Dia telah sediakan penyelesaian kepada setiap masalah yang Dia datangkan kepada kita. Tinggal kita je yang nak ikut atau tidak. Kan? Formula tersebut ialah;

To pass the test, the believer must maintain his trust that God only can relieve his hardship. The believer will maintain his prayer and call onto God.

Kita sendiri pun sebenarnya sedia maklum bahawa kesukaran dalam kehidupan ini disediakan oleh Allah sebagai salah satu kaedah untuk membersihkan jiwa kita daripada dosa-dosa yang telah kita lakukan. Sebab tu lah musibah yang berlaku ke atas diri kita tu adalah salah satu akibat secara langsung yang Allah turunkan kepada kita di atas segala dosa-dosa yang telah kita lakukan. Ehhhh… Allah nak bersihkan dosa-dosa kita di dunia lagi.. tak gembirakah? Gembiralah. Kerana apabila Allah kifarah dosa-dosa kita di dunia lagi, kita tidak akan lagi merasa azab akibat dosa-dosa kita di akhirat sana yang kekal abadi. KEKAL ABADI! Sungguh, andai kesemua ujian yang kita hadapi di dunia ini adalah salah satu cara Allah membersihkan dosa-dosa kita di dunia ini lagi, berbahagialah. Bergembiralah. Beruntunglah. Bertuahlah. Kerana di akhirat nanti dosa tersebut tidak akan dihitung lagi. Alhamdulillah. Syukur. Dunia hanyalah persinggahan yang sementara. We know that very well, right? But still, we urge to chase over nikmat dunia yang sementara ini. Percayalah, dalam setiap kesukaran yang dihadapi, telah Dia sediakan waktu kerehatan dan kebahagiaan untuk kita. Percayalah! Usaha untuk lebih dekat dengan-Nya dan tunggulah. Sabarlah. Dia akan beri juga kat kita akhirnya. Pada masa tu, SubhanaLlah~ tidak terungkap kebahagiaan dan nikmat yang telah diberi. Allah kan Maha Pengasih dan Maha Penyayang. Berdoalah siang dan malam tanpa henti. Letakkan seluruh pengharapan kepada-Nya semata-mata. Dia berhak untuk menganugerahkan kita apa-apa sahaja sekelip mata. Maka apabila Dia berkata jadilah! Maka, jadilah. Jangan risau. Allah Maha Pemelihara dan Maha Penjaga. Dia akan jaga kita untuk selama-lamanya. (Tu pun andai kita mahu berada di bawah jagaan-Nya.. even kita tak mahu pun selama ni pun memang Dia tetap jaga kita.. ye dak? Ohhhh… kerdilnya diri kita.. siapalah kita tak mahu Allah jaga kita.. siapa kita? Hamba Allah! Dia yang menciptakan kita! Maka, tunduk dan patuhlah kepada-Nya! Kenapa masih lagi mahu mengingkari suruhan-Nya dan terus-terusan berlalai-lalaian dengan larangan-Nya? Sedarlah wahai diri! Sedarlah!!)

[42:30] Anything bad that happens to you is a consequence of your own deeds, and He overlooks many (of your sins).

It can also be said that God, being the Most Just, would not punish us twice for the same sin. This means that the punishment we are given cleanses us and no further punishment is due.

The concept of cleansing the human from sins in this life is a Quranic truth. It can be achieved through the experiencing of hardship and adversity (as 42:30), and it can also be through the payment of a “sadaqa” (charity) for the specific reason of cleansing the soul from sins which have been committed.

[9:103] Take from their money a ‘sadaqa’ (charity) to purify and sanctify them. And encourage them, for your encouragement reassures them. God is Hearer, Omniscient.

Suffering through hardship and adversity is also a reminder for people who tend to take things for granted and forget all of God’s blessings. Despite all the blessings given to the human by God, the human being is unappreciative. A little reminder in the shape of hardship or adversity may hopefully do the job of teaching the human not to take God’s blessings for granted.

[14:34] If you count God’s blessings, you can never encompass them. Indeed, the human being is transgressing, unappreciative.

[41:51] When we bless the human being, he turns away, and drifts farther and farther away, and when he suffers any affliction, he implores loudly.

Adversity and hardship is also a very effective reminder for those who are too much absorbed in the worldly life, and thus they may not be as devoted to God as they should be. Due to their being too preoccupied with this worldly life they do not seek God nor call on God as they should.

Many people are either oblivious of, or need to be reminded of God’s absolute authority. Hardship and adversity are one way to remind them that no one can save them but God, and also remind them of God’s absolute authority. They also need to be reminded that they need God in every minute of their lives. Sadly when God relieves the adversity, many of them return to idol worship once again.

[35:15] O people, you are the ones who need God, while God is in no need for anyone, the Most Praiseworthy.

[39:49] If the human is touched by adversity, he implores us, but as soon as we bestow a blessing upon him, he says, “I attained this because of my cleverness!” Indeed, this is only a test, but most of them do not know. 

[10:12] When adversity touches the human being, he implores us while lying down, or sitting, or standing up. But as soon as we relieve his adversity, he goes on as if he never implored us to relieve any hardship! The works of the transgressors are thus adorned in their eyes. 

Inspirational Islamic Quotes from the Holy Quran!

Dan.. Allah menegur kita dengan berbagai-bagai cara agar kita sedar dan tidak lagi mencintai dunia lebih dari kita mencintai-Nya. Nun di akhirat sana, kita akan kekal di sana buat selama-lamanya. Jadikanlah kehidupan di dunia ini sebagai satu batu loncatan bagi kita untuk menggapai redha Allah dan kebahagiaan di akhirat buat selama-lama-Nya. Ya.. sebenarnya, andainya kita terpilih untuk masuk ke syurga Allah (aamiinkan beramai-ramai!) kita sebenarnya masuk ke syurga Allah dengan rahmat Allah semata-mata. Untuk membeli syurga Allah dengan amalan kita di dunia ini.. tidak akan pernah cukup! Tidak akan pernah cukup.
Read the rest of this entry »