RSS

Category Archives: L.O.V.E is what?

Daripada Dia Kita Datang dan Kepada-Nya Kita Kembali

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang

Ada saatnya jiwa terasa lemah. Hati tidak keruan. Jiwa meronta-ronta. Seolah-olah kehilangan arah. Ahh.. sukar untuk digambarkan perasaan itu. Seumpama ibu kucing yang kehilangan anaknya. Seumpama seorang pencinta kehilangan yang dicintainya. Ya. Seumpama seorang pencinta kehilangan yang dicintainya. Itulah perumpamaan yang paling tepat untuk menggambarkan perasaan itu. Terasa seperti ingin membebaskan diri dari belenggu rantai lutsinar. Berhalusinasi mungkin? Ahh.. tidak! Perasaan sebegitu bukanlah halusinasi. Ia benar. Bukan fatamorgana dunia semata-mata.

Ada saatnya dalam hidup kita, kita akan berhenti atau memperlahankan kemudi perjalanan kehidupan, lalu bertanya kepada diri sendiri; 

Apakah tujuan aku dilahirkan ke dunia ini?

Apa yang telah aku capai sepanjang kehidupan aku ini?

Apakah setiap amal atau pekerjaan yang aku lakukan selama ini Allah redhai?

Tidak dinafikan, kehidupan manusia diwarnai dengan pelbagai halangan dan rintangan. Penuh suka dan duka. Pelbagai ujian kesenangan dan ujian musibah diturunkan Allah kepada kita. Agar kita dapat belajar sesuatu dari kesemua itu. Agar kita dapat mengambil ibrah dari setiap perhentian atau persimpangan dalam kehidupan kita itu. Baik atau buruknya ujian kesenangan dan ujian musibah itu, terpulang kepada kaca mata kita untuk mengamati dan menelahnya. Namun, satu hakikat yang perlu kita akui, setiap ujian yang diturunkan Allah kepada kita SEMUANYA UNTUK KEBAIKAN KITA. Samaada kita mahu sedar ataupun tidak, samaada kita mahu menjadikan ia sebagai batu loncatan untuk kita melonjak lebih jauh ke hadapan, atau mahu berundur ke belakang meratap kekecewaan atau musnah dalam setiap ujian itu.

Lemah iman itu menyakitkan. Tanpa disedari ia membunuh ketenangan jiwa dan jati diri. Mohonlah kepada Allah agar diberi kekuatan untuk memperkukuhkan keimanan kepada-Nya. Manusia tidak akan pernah mampu mempertahankan & memperkukuhkan iman tanpa izin & bantuan-Nya. Kerana manusia itu sendiri asalnya lemah.

Allah.. kita semua pasti pernah merasai saat iman kita lemah. (Dan hakikatnya iman kita sentiasa lemah!) Bukan kita tidak tahu perkara yang kita lakukan itu adalah salah dan berdosa. Tapi, iman kita tidak cukup kuat untuk menjadi benteng diri daripada terus menerus melanggar larangannya.

Akan tiba satu ketika, jiwa gusar. Hati tidak tenang. Seumpama penasaran. Sedar, pintu hati diketuk Dia supaya mendekati-Nya. Tapi kita yang meminggir. Seakan-akan menafikan keinginan untuk menghampiri-Nya. Teringin untuk menatap ‘surat-surat CINTA-NYA’. Tapi iman itu cukup lemah. Teringin sekali untuk menyendiri, menyepi di hamparan sejadah pada sepertiga malam. Meluahkan rasa hati kepada-Nya. Mencurahkan segala kepenatan akibat permainan dunia yang penuh fatamorgana ini. Namun, iman itu masih lemah. Tidak mampu untuk membuatkan ruh dan jasad secara sukarela menghadap-Nya. Terasa terbeban.

476394_398356816869688_802803796_o

Dan akhirnya, percayalah. Andainya kita menyahut seruan dan panggilan Dia untuk menghampiri-Nya, andai kita sambut CINTA-NYA yang agung itu, kebahagiaan yang hakiki akan kita temui. Tenang. Tiada lagi pergolakan atau ribut taufan mahupun tsunami mengamuk di dalam jiwa. Insya Allah. Pernah merasainya? Bahagia bukan? Tenang. Seolah-olah ribut taufan yang mengganggu jiwa itu tidak pernah wujud. Janganlah kita mensia-siakan panggilan kasih dan rahmat-Nya kepada kita. Bersyukurlah. Apabila Dia menyeru kita untuk menghampiri-Nya, janganlah lagi meminggir. Dekatilah Dia. Bukanlah zuhud itu dengan beribadah kepada-Nya semata-mata sehingga meninggalkan segala isi dunia. Tetapi zuhud itu ialah mengambil nikmat dunia sekadar keperluan dan dimanfaatkan untuk kehidupan di akhirat yang kekal abadi. Andai tidak pernah merasai nikmat CINTA AGUNG itu, mohonlah kepada-Nya agar kita diberi peluang untuk merasainya. Mohonlah kepada-Nya. Kerana CINTA DIA lebih berharga dari seluruh isi dunia.

Daripada Abu Hurairah R.A, Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud:

“Jika Allah mencintai seseorang hamba, maka Dia memanggil Jibrail, “Sesungguhnya Allah mencintai si fulan, maka cintailah ia.” Jibrail pun mencintainya, lalu Jibrail menyeru penduduk langit, “Sesungguhnya Allah mencintai si fulan, maka cintailah ia.” Maka penduduk langit mencintainya, kemudian ia mendapat penerimaan di dunia.”
(Riwayat Al Bukhari No 3037)
Andai cinta Allah kita perolehi, seluruh isi alam akan turut mencintai kita. Bukanlah cinta isi alam itu tujuan dan matlamat kita. Kerana apabila kita merasai nikmatnya cinta Allah, isi alam itu hanyalah secebis daripada kehidupan kita sahaja. Kerana hakikat penciptaan manusia, “daripada Dia kita datang dan kepada-Nya kita kembali”.
Semoga kita semua sentiasa dalam rahmat dan redha-Nya. Insya Allah.
Advertisements
 

“Aku Kecewa Kerana Cinta, Sahabat (2)”

Sequel kepada “Aku Kecewa Kerana Cinta, Sahabat.. ;(“

Sahabat, izinkan ku titipkan sebuah hadiah buatmu pengubat duka lara di hatimu. Izinkan aku menukilkan secebis kisah duka yang kau khabarkan kepadaku buat pengajaran kita semua.

Sahabat,

Pasti pernah terlintas dalam fikiranmu akan mengapa dirimu masih diuji dengan ujian yang hampir sama. Kecewa kerana cinta. Cinta yang kau sandarkan kepada Ilahi kali ini seolah-olah ujian yang paling getir dalam hidupmu. Seolah-olah kebahagiaan itu bukan untukmu. Allah.. apa pun ujian kehidupan yang Dia beri untukmu, percayalah sahabat, baik atau buruknya ujian tersebut pasti tersisip pengajaran dan hikmah untuk kau telahi. Untuk kau amati. Andainya kau mengerti, jika tidak kerana CINTA-NYA kepadamu, tidak akan Dia uji kau sebegini hebat.

Sahabat, ku tahu kau sendiri mengerti. Mengerti akan ibrah dan hikmah di sebalik ujian cinta yang sedang kau hadapi kali ini. Seakan-akan dunia berpusing terlalu laju meninggalkanmu. Seolah-olah dirimu berada di satu dimensi yang kaku. Tidak mampu bergerak. Akibat terlalu hebatnya kepedihan perasaan itu. Benarlah sahabat, orang yang tidak mengalami situasi kesakitan itu tidak kan pernah faham pedihnya hati yang kecewa dan merana diusik cinta manusia. Sungguh, cinta itu gila. Cinta itu mampu membuatkan manusia menjadi gila. Jika tidak masakan timbul cerita cinta Romeo & Juliet, Laila & Qais. Sanggup mati demi cinta. Tetapi sahabat, jadikanlah cerita cintamu kali ini cerita cinta yang termanis pernah engkau lalui. Walaupun kepahitan, kepedihan dan kesengsaraan yang kau hadapi di sepanjang perjalanan, namun pandanglah ia dari sisi yang berbeza. Pandanglah ia dari sudut yang positif. Ku tahu kau seakan terasa deja vu. Serasa seolah-olah pernah melihat situasi tersebut. Amatilah ia sedalamnya. Janganlah kau ulangi lagi kekhilafan yang lepas untuk kesekian kalinya. Kerana mukmin yang sebenar ialah mukmin yang tidak akan jatuh ke dalam lubang yang sama untuk kali kedua. Jadikanlah ia pengajaran.

Sahabat, mesti kau tahu bukan cerita cinta yang sungguh manis itu? Siapa ya seorang artis selebriti yang tidak kurang popular di tanah air, bertemu jodohnya ketika mengerjakan umrah itu? Ya.. Irma Hasmie dan suaminya bukan? Jodoh yang dianugerahkan Allah selepas siri penghijrahan beliau dalam mendalami “Apa Ertinya Aku Menganut Islam”. Jodoh yang telah ditetapkan Allah sejak azali lagi tidak akan tertukar. Tidak pernah akan tertukar. Usah bimbang. Usah resah. Usah gelisah dengan ujian. Dia sentiasa ada untukmu. Ibrah cerita cinta Irma dan suaminya adalah secebis kisah cinta yang Dia coretkan di antara berjuta-juta cerita cinta hamba-hamba-Nya yang sentiasa mengharapkan kasih dan redha-Nya untuk kita renungi. Andai kau sandarkan segala-galanya kerana Allah, percayalah walau hebat mana ujian melanda, walau terpisah 7 benua, kamu tetap akan bersatu dengannya juga. Percayalah. Jodoh daripada Allah adalah sebaik-baik ketentuan. Dia ada seribu satu cara untuk menyatukan kamu dengannya. Namun, andai memang dia bukan jodohmu, Dia tetap ada seribu satu cara untuk menemukanmu dengan insan yang terbaik untukmu. Percayalah janji Allah itu.

Sahabat, ingin ku anjurkan kepadamu juga kepada diriku sendiri. Carilah cinta kerana Allah. Carilah cinta Allah terlebih dahulu. Nescaya cinta hamba-Nya yang mencintai-Nya akan hadir untukmu. Andai kau berjaya memilikinya, engkaulah di antara insan yang paling bertuah di bumi Allah ini. Cinta kerana Allah itu bakal mengajar mu erti sebuah kehidupan yang hakiki. Bersama untuk mencari redha Ilahi. Malah ia bakal menjadikan dirimu seorang mukmin yang lebih hebat. Insya Allah, hebat di sisi Allah, hebat pada pandangan manusia. Namun, bukanlah kehebatan itu yang dipandang lantaran sedar akan kekerdilan diri kita sebagai hamba-Nya yang hina.

Kau tanyakan kepadaku; “sahabat, cinta kerana Allah itu bagaimana ya? Aku sudah tidak faham lagi apa itu cinta yang sebenar..”

Bagiku, “cinta kerana Allah itu ialah apabila bersamanya kita berasa tenang, apabila bersamanya kita tidak jemu, dan dia seolah-olah separuh dari diri kita. Kehilangannya mungkin dirasai. Namun tidak pula mengundang keresahan yang ketara. Kerana kau tahu, telah kau sandarkan segala ketentuan dan pengharapan kepada Allah. Bukankah Allah itu Maha Penjaga dan Maha Memelihara? Kau sendiri pun yakin bukan? Alangkah indahnya cinta kerana Allah. Bertemu tidak jemu. Berpisah tidak pula gelisah. Kerana kita tahu, cinta kerana Allah itu sangat manis walaupun tidak bersama. Mungkin pada permukaannya ia teramat pahit tapi percayalah, isi di dalamnya terlalu manis hingga tidak terungkapkan. Kau sendiri pun sedar bukan? Pandanglah ke lubuk hati. Terlalu banyak yang kau pelajari dari sebuah cerita cinta yang tidak pasti ini. Yakinlah dengan istikharahmu, di mana telah kau sandarkan keputusanmu di dalam ketentuan-Nya. Berbaik sangkalah dengan Allah. Sesungguhnya ujian ini diturunkan kepadamu adalah yang terbaik untuk agama dan kehidupanmu keseluruhannya. Insya Allah.

Pernah sahabat ku bercerita, apabila kita beristikharah dalam membuat sesuatu keputusan dan kita yakin dengan pilihan kita tersebut, andainya musibah berlaku dalam perjalanan merealisasikan sebuah keputusan, percayalah ada hikmah yang tersirat di sebalik istikharah kita itu. Dan percayalah bahawa secara automatik kita akan redha dengan segala yang terjadi. Kerana perjalanan hidup kita telah ditulis oleh-Nya di Luh Mahfuz sebelum ruh kita ditiupkan ke dalam jasad lagi.

Sahabat, ku tahu kau sendiri mengerti. Persoalan jodoh merupakan urusan Allah. Ia bukan urusan manusia. Bukan urusan sesiapa pun. Namun kita diberi akal, diberi naluri (instinct) untuk mengenalpasti siapakah soul partner kita tersebut. Kita diberi mata untuk melihat, diberi telinga untuk mendengar, malah diberi hati untuk merasa. Pandanglah semua yang terjadi dengan pandangan Ilahi. Bagaimanakah caranya memandang dengan pandangan Ilahi itu? Pada hematku, berdoalah kepada-Nya.. mintalah kepada-Nya agar segala keputusan yang dilakukan adalah keputusan daripada-Nya juga. Mintalah kepada-Nya agar ditunjukkan hakikat sebenar ujian yang dihadapi. Mintalah agar kefahaman dan ibrah yang diperolehi daripada ujian itu adalah kefahaman sebenar yang Tuhan berikan kepada kita. Mintalah kepada-Nya agar mata hati kita tidak tersilap mentafsir apa yang ingin Dia bicarakan. Mintalah kepada-Nya. Insya Allah akan dia tunaikan. Mintalah terus kepada-Nya tanpa segan silu. Insya Allah akan Dia tunjukkan. Kerana Allah itu Maha Memahami hati-hati kita. Kerana Dialah yang menciptakan kita. Dialah yang memegang erat hati-hati kita. Mintalah kepada-Nya agar segala keputusan yang bakal kita buat itu adalah sememangnya keputusan yang telah Dia catatkan untuk kita. Insya Allah, baik atau buruknya sesebuah keputusan itu akan kita cerna hikmahnya. Dan keputusan itulah yang terbaik untuk diri kita.

Sahabat,

Melalui ujian ini Dia mengajar mu erti kematangan. Kematangan dalam memilih jalan untuk diri sendiri. Kematangan untuk membuat keputusan untuk diri sendiri. Yang penting ia mengajarmu agar kamu kenali siapa diri kamu yang sebenar. Kenal akan hakikat diri, betapa kerdilnya diri ini. Allah.. Sebuah perjalanan kehidupan cinta itu bukan sekadar untuk bersama di dunia semata-mata. Ia bukan persoalan cinta, hati dan perasaan semata-mata. Hakikat sebuah cinta adalah menjangkaui batasan penglihatan mata kasar. Cinta yang diniatkan untuk bernikah dalam mencari redha Allah itu adalah usaha untuk beribadah! Andai bersama di dunia, sudah pasti ingin bersama di akhirat. Sudah tentu tiada siapa yang mahu cinta yang sekadar bersama di dunia tetapi tidak bersama di akhirat. Namun andai itu yang berlaku, koreksi diri. Di manakah kesilapan kita. Pasti kita temui pengajarannya andainya tembok ego itu diruntuhkan. Pandanglah dengan mata hati bukan dengan mata nafsu.

Sahabat,

Percayalah, akan ada akhirnya sebuah cerita cinta derita ini. Derita pada pandangan mata kasar tapi bahagia pada pandangan mata hati. Bahagia dan manis kerana cinta Allah itu akhirnya kau temui. Dan ia merupakan hadiah yang paling berharga daripada Tuhan untuk hamba yang merindui CINTA-NYA.

*Ku menulis untuk tatapanmu ini juga adalah dengan izin-Nya. Andainya tidak diizinkan Allah, masakan aku mampu untuk mencoretkan walau sepatah kata. Kau sendiri tahu betapa aku tidak mampu untuk menterjemahkan idea yang bermain di benak fikiran dalam bentuk tulisan. Berkali-kali ku cuba menulis tetapi gagal. Namun kali ini, Alhamdulillah.. seakan-akan Dia mengizinkan aku menitipkan sesuatu untuk tatapan dan pengajaran kita semua.

CINTA ALLAH ITU LEBIH UTAMA~ CINTA MANUSIA HANYALAH SANDARAN/MEDIUM UNTUK MENGGAPAI CINTA DAN REDHA ILAHI~

Semoga bermanfaat.

 

A Little Bit From Me~ ^^

Ramadhan yang penuh kerahmatan, pengampunan dan menawarkan pembebasan dari api neraka baru sahaja berlalu pergi. Hati ini terasa sayu kerana kedamaian dan ketenangan Ramadhan tidak dapat dikecapi semaksimum yang mungkin. Mungkin kerana kelemahan diri kerana tidak mampu melebihkan lagi ibadah.. tapi, setakat itu sahaja yang mampu ku usahakan dengan izin-Nya. Namun, Ramadhan kali ini membawa seribu satu makna dalam hidup ini. Insya Allah pasti. Semoga pemergiannya tidak turut membawa pergi semangat untuk istiqamah dalam meningkatkan ibadah dan memperbaiki diri sendiri untuk menjadi hamba-Nya yang solehah dan mujahidah di jalan-Nya.. aamiin~ Insya Allah~ syukur ku titipkan kepada-Nya..

Sungguh, ku ingin catatkan sedikit pengalaman Ramadhan Kareem yang mungkin tidak sehebat hamba Allah yang lain.. tapi, ia cukup memberi kesan dalam hati, jiwa dan hidupku. Segala-galanya bermula pada malam 1 Ramadhan. Entah kenapa angin perubahan itu seolah-olah menyeru ku untuk menghampiri-Nya. Well, kita semua tahu betapa sukarnya untuk istiqamah dalam beribadah dan terus berada dalam perubahan. Tapi, ku seolah-olah diberi kekuatan untuk meneruskannya. Sehingga malam kedua puluh satu. Tanpa putus asa, akhirnya ku mendapat signal daripada-Nya.. (sebenarnya setiap hari pun dapat signal tapi… mungkin itu lah masa dan waktu yang terbaik dalam hidup ku..).

Tidak pernah ku alami pengalaman Ramadhan yang sesyahdu ini. Sehingga ku terduduk tidak terkata. Sesungguhnya, perancangan-Nya adalah terlalu sempurna. Sehingga ku sendiri tidak dapat mencerna percaturan-Nya sepenuhnya lagi. Namun, ku terima segala ketentuan dan takdir-Nya dengan hati yang terbuka.

Apa yang mampu ku lakukan.. berusaha untuk melepaskan masa silam yang terlalu kejam, untuk menempuh kehidupan yang baru yang bakal ku lalui.. ye~ kemampuan untuk move on dari pengalaman hidup yang penuh kepahitan dan kekecewaan tu pun satu anugerah dan rahmat dari Allah jugak kan? =)
Sehingga kini, telah banyak yang ku pelajari dari ujian kehidupan yang dikurniakan-Nya kepada ku. Hingga ku mampu untuk berbangga menjadi diri sendiri. (Bangga dari sudut yang positif, bukan membangga diri.. =P) Sesungguhnya Dia tidak akan memberi ujian yang hebat kepada hamba-Nya andai hamba-Nya tidak cukup hebat untuk menempuhi ujian tersebut. Cuma, terpulang kepada kita untuk menentukan bagaimana cara kita untuk menghadapi ujian kehidupan tersebut. Samaada kita memilih untuk gagal dalam ujian tersebut atau berjaya dalam ujian tersebut. Bertuahlah bagi yang telah berjaya menempuhinya dengan penuh ketenangan, kesabaran dan keredhaan. Andai masih lagi belum berjaya, sabar dan terus berusaha.. sesungguhnya kehidupan ini umpama roda.. janganlah kita terlalu angkuh apabila berada di atas, dan janganlah terlalu kecewa dan bersedih apabila berada di bawah. Sesungguhnya pelangi yang indah akan muncul setiap kali selepas hujan. Percayalah, sinar kebahagiaan itu akan muncul juga andai kita yakin dengan-Nya. Janganlah berputus asa dengan rahmat dan keampunan-Nya. Sungguh, kita tidak akan mampu untuk menjadi sempurna. Tapi, di dalam setiap ketidaksempurnaan kita itu, wujudnya satu kesempurnaan. Kesempurnaan sebagai seorang manusia.

Tidak mahu berceloteh panjang. Cukuplah setakat ini luahan hati yang terpendam. Mungkin ada yang faham apa yang ingin disampaikan, mungkin ada yang tidak faham. Semoga Ramadhan yang baru sahaja berlalu menjadi satu titik tolak untuk kita menjadi insan yang cemerlang di masa hadapan. Istiqamahlah dalam beribadah. Istiqamah. Berubah itu senang tetapi istiqamah di dalam meneruskan perubahan itu satu perkara yang sukar untuk dilaksanakan. Berdoalah kepada-Nya.. mintalah kepada Yang Maha Penyayang supaya kita diberi kekuatan untuk istiqamah di jalan-Nya.. berdoalah dan mintalah dengan penuh pengharapan. Insya Allah akan Dia tunaikan. Yakinlah dengan janji-Nya. Andai terbabas dan tergelincir sekalipun, kita masih tahu untuk pulang ke fitrah asal kita. Fitrah hidup berTuhan. Fitrah seorang hamba.. insya Allah~

Semoga Allah redha..
TaqabbalalLahu minna wa minkum.. minal aidil wal faidzin~

Semoga dipermudahkan segala urusan yang mendatang~ aamiin~

Semoga sinar itu tidak kan sirna~ insya Allah~

p/s: Thank you for this somebody who grows up with me.. even the time is too short. A month is too fast right? But, with His will, nobody/nothing can hinder it to happen. Semoga segalanya dipermudahkan.. aamiin~ =)

 

“Aku Kecewa Kerana Cinta, Sahabat.. ;(“

Pernah kecewa? Pernah putus cinta? Cinta terhalang oleh keluarga? Atau sebenarnya memang bukan jodoh..

Sahabat,
Perasaan kecewa itu menyakitkan..
Putus cinta itu sesuatu yang pedih.. apatah lagi dikhianati.. perit.. umpama ditusuk sembilu..
Cinta terhalang oleh keluarga.. ahh.. sungguh ironi.. mengapa dua insan bercinta tidak boleh disatukan? Sedangkan kasih sayang itu telah lama wujud.. maka soal jodoh itu pun timbul.. mungkin dia bukan jodohmu.. siapa tahu.. mungkin Dia mahu menguji kamu sebelum Dia memberi nikmat kebahagiaan kepada kamu..

Sahabat,
Benarlah kata-kata; “cinta tidak semestinya bersatu”.. kita tidak semestinya akan bersama dengan orang yang kita cintai. Tapi, kita akan bersama dengan jodoh yang telah tertulis untuk bersama kita di Luh Mahfuz.. kerana Dia lebih mengetahui siapa yang terbaik untuk kita.. justeru, janganlah bazirkan perasaan cinta tu kepada mereka yang tidak sepatutnya menerima cinta.. tak perlu lah nak beri cinta itu kepada sesiapa yang belum tentu jodoh kita, walaupun sekadar biasan cinta..

“Allah ada sebab tak bagi dia end up dengan kamu.. ni janji Allah, Dia telah sediakan someone yang terbaik untuk kamu.. cuma masanya belum sampai lagi..” – Fana

“Jika tepat masa, ketika, keadaan dan SIAPA, cinta adalah kuasa luar biasa yang tiada bandingannya” – Ust. Pahrol Mohd Juoi; Tentang Cinta

Sahabat,
Bukan senang untuk survive setelah terjerumus ke dalam lembah kekecewaan.. bukan senang.. apatah lagi kecewa dalam soal cinta.. soal hati & perasaan.. terasa seolah-olah separuh daripada diri telah pergi.. menghilang entah ke mana.. tapi, percayalah.. setiap sesuatu yang berlaku pasti ada hikmahnya yang tersendiri..

Setiap insan akan diuji.. ujian setiap insan itu berbeza berdasarkan kemampuan masing-masing.. kiranya hari ini kita kecewa, bukan selama-lamanya kita akan kecewa.. Allah itu Maha Adil, teman.. Allah itu Maha Pengasih & Maha Penyayang.. please don’t be demotivated.. mata yang melihat.. telinga yang mendengar.. tidak akan pernah merasakan bebanan yang sama yang dirasai oleh insan yang diuji.. kerana setiap manusia punyai kemampuan yang berbeza-beza.. punyai kekentalan hati yang berbeza-beza dalam menghadapi & menangani ujian-Nya.. you definitely can face it!

Sahabat,
Bersyukurlah dengan ujian ini.. kerana itu maknanya kita berada dalam perhatian-Nya.. mungkin Dia mahu kita sedar tentang kekhilafan & kelalaian kita terhadap-Nya selama ni.. mungkin kita yang terlalu laju mengemudi perjalanan hidup kita.. sehingga lupa untuk menoleh ke sebelah.. mungkin kita terlupa, bahawa segala yang berlaku adalah dengan izin-Nya.. peringatan bahawa bukan semua yang kita mahukan akan kita perolehi dengan mudah.. ada beza antara keperluan dan kehendak.. mungkin dia itu adalah kehendak kita saja, bukanlah keperluan.. siapa tahu.. biarlah kita berhenti sejenak.. merenung masa silam untuk dibuat pengajaran.. hiduplah pada masa sekarang.. tidak perlu menilik-nilik apa yang akan terjadi pada masa depan.. usah terlalu teruja untuk memiliki sesuatu yang belum tentu terbaik untuk kita.. kerana kita bukan siapa-siapa.. Dia sudah nukilkan yang terbaik untuk hidup kita.. tinggal kita je yang memilih jalannya..

Hati yang kecewa, hati yang menderita, biarlah Allah saja yang mengubati-Nya.. titipkan di dalam doa & rintihanmu kepada-Nya, samaada di dalam solat yang 5 atau tahajudmu..

“Ya Allah, sesungguhnya Engkau Maha Mengetahui apa yang terbaik untuk diri dan hati ini.. aku bersyukur diuji oleh-Mu ya Allah.. rawati dan belailah hatiku yang gundah & kesunyian ini dengan CINTA & kasih sayang-Mu.. anugerahkanlah kekuatan kepadaku untuk terus istiqamah dalam beribadah & mendekati-Mu.. agar di saat aku diuji dengan kesenangan, aku tidak sekali-kali akan melupakan-Mu”.

Sahabat,
Kekuatan tu tidak akan datang dengan sendiri.. sakit di hati kerana kecewa itu sunnatullah.. adatlah, apabila kecewa kita akan merasa sakitnya.. mana mungkin jari yang terhiris oleh pisau tidak berdarah? Mana mungkin bila mendapat kejayaan kita tidak akan gembira? Manusia dilahirkan dengan pelbagai emosi.. tidak adillah kiranya kita hanya mahu merasai emosi yang positif saja..

Bertabahlah sahabat.. kekuatan, ketabahan, ketenangan, kejayaan malah KEIMANAN itu pun kita yang cari.. sudah tentu dengan izin-Nya juga..

Ketenangan & kebahagiaan tu wujud di dalam hati.. carilah ia di dalam hati.. tiada satu pun yang bernama makhluk di dunia ini yang berkuasa untuk mengecewakan dan menyakitkan kita tanpa izin Allah.. binalah imuniti.. dekatkan diri kepada Allah.. mungkin usaha kita belum cukup.. andai resah menyelubungi diri, solatlah, berzikirlah.. sesungguhnya hati yang tenang itu ialah hati yang sentiasa mengingati Allah.. memahami keagungan dan kekuasaan-Nya dari aspek maknawi dan hakiki..

Yakinlah dengan janji-Nya.. jadilah lelaki yang soleh.. nescaya yang solehah akan hadir untukmu.. (and vice versa.. jadilah wanita yang solehah.. nescaya lelaki yang soleh akan menghampiri kamu demi Dia..) carilah CINTA ALLAH, nescaya cinta wanita yang mencintai Allah akan hadir untukmu.. kerana, cinta manusia tidak pernah akan kekal.. bercintalah kerana Allah.. nescaya ikatan rumah tanggamu yang bakal dibina akan sentiasa dirahmati & diberkati-Nya.. insya Allah..

Usahlah terlalu lama mengenang kenangan silam yang disangka indah.. sehingga menghalang hak kita untuk bergembira & berbahagia dengan kehidupan kita.. cinta manusia bukanlah segala-galanya.. ia akan layu juga andainya tidak dibajai dengan cinta kepada Allah.. cinta Allah itu matlamat, cinta manusia itu adalah alat untuk menggapai cinta Allah..

Soalan mu sahabat;
Mengapa susah untuk lupakan bekas kekasih?

KERANA Allah ciptakan hati yang punya ‘PERASAAN’, minda yang punya ‘INGATAN’

Sebab itu orang yang kita BENCI pun kita INGAT.
Yang pernah CINTA? Lagilah INGAT!

Jika ingat kenangan manis bersamanya buatlah pedoman, kenangan pahit jadikan pengajaran.

Akhir sekali,
Please move on.. masa dan hidupmu terlalu berharga untuk dibazirkan dengan kisah cinta yang tidak ada kesudahan.. times will heal.. kamu punyai dunia dan kehidupan yang sendiri untuk dicorakkan.. berjaya atau tidak adalah pilihan sendiri.. tenanglah, ingatlah bahawa Allah sentiasa bersama kamu kiranya kamu rasa lonely yang amat.. you are never alone at the first place..

*maaf andai entri ini tidak sepertinya.. kerana ku sendiri masih lagi bertatih mencari makna dalam kehidupan ini..

“Aku Kecewa Kerana Cinta, Sahabat (2)”