RSS

Jangan Pandang Ringan Dosa-dosa Itu!

16 Dec

Baru kene eksos motor honda cup buruk pun menggelepur kepanasan dah, sanggup ke nk dibakar neraka Allah? jadi banyak mana pun dosa maksiat, dosa main nombor ekor, dosa judi, dosa berzina, maka bertaubatlah, jahakk lagumana pun kita akan balik pada Allah juga akhirnya, jgn putus asa minta ampun pada Allah

Ustaz Azhar Idrus | Surau Al Iman Losong

Ya, kita adalah manusia yang selalu lalai dan alpa.. kita adalah insan yang diciptakan Allah untuk menjadi khalifah-Nya di bumi ini.. diciptakan Allah untuk beribadah kepada-Nya semata-mata..

“Ingatlah ketika Tuhanmu berfirman kepada para Malaikat: Sesungguhnya Aku hendak menjadikan seorang khalifah di muka bumi. Mereka berkata: Mengapa Engkau hendak menjadikan (khalifah) di bumi itu orang yang akan membuat kerosakan padanya dan menumpahkan darah, padahal kami senantiasa bertasbih dengan memuji Engkau dan mensucikan Engkau. Tuhan berfirman: Sesungguhnya Aku mengetahui apa yang tidak kamu ketahui.”

– Surah Al-Baqarah: Ayat 30

“Dan Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan supaya mereka menyembah-Ku.”

Surah Adz-Dzariyat: Ayat 56

Kita diberi dua pilihan, pilihlah jalan kebaikan atau jalan kemusnahan. Sebagaimana Allah menciptakan syurga untuk hamba-hamba-Nya yang soleh, Allah juga menciptakan neraka untuk hamba-hamba-Nya yang tholeh.

Apabila berbicara soal dosa, kita semua akan tersentap! Ya, kita semua. Kenapa kita semua? Kerana tiada siapa pun yang tidak akan terlepas dari membuat dosa walaupun sekecil-kecil dosa.

Tanam, siram & semai sikap peduli dalam diri. Peduli, peka & bertindak! Perbanyakkan koreksi & muhasabah diri; sedar akan tujuan kita diciptakan ke dunia ini. Berusaha untuk mencapai tujuan penciptaan kita, insya Allah, Dia akan bantu. Mehnah & tribulasi itu sunnatulLah. Ia menjadi bukti akurjanji kita sejak azali lagi. Siapa-siapa pun boleh bercakap dan mengaku bahawa sesungguhnya mereka beriman kepada Allah S.W.T kerana lidah itu tidak bertulang, tapi tidak semua orang mampu untuk membuktikan kerana tulang-tulang itu berat menghalang. Action speaks louder than words. Oleh yang demikian, zahirkan keimanan dan ketaqwaan kita kepada-Nya dalam bentuk akhlak dan perbuatan. Sebagai bukti bahawa kita benar-benar beriman dan bertaqwa kepada-Nya yang Satu.

Tujuan kita diciptakan-Nya adalah untuk diuji, membuktikan akurjanji kita kepada-Nya sejak azali lagi. Walaupun sukar, walaupun pahit, walaupun perit, tempuhilah segala kesulitan dan kepayahan untuk menundukkan segala jenis nafsu mazmumah  itu kerana apa yang penting ialah proses bukan hasil pada pandangan Allah. Tetapi apabila elok prosesnya, insya Allah eloklah hasilnya. Sebagaimana terciptanya sebuah pedang daripada besi yang ditempa dengan api yang memercik kepanasan, begitulah juga kita manusia di mana kerelaan untuk berkorban & mengharungi kesukaran dalam membuktikan keimanan merupakan satu proses untuk mencapai kejayaan yang gemilang.

Dosa sebagaimana juga amalan kebaikan yang kita lakukan, ia akan melekat di dalam hati. Membentuk jiwa dan jati diri kita. Ia juga sedikit sebanyak akan terpancar melalui personaliti kita. Sebagaimana juga amalan kebaikan yang kita lakukan akan terbias dan terpancar melalui personaliti dan akhlak kita. Andai kita penuhi kehidupan kita dengan berbuat dosa tanpa cuba untuk meminimakan dosa-dosa tersebut, alangkah malangnya diri kita. Jangan sekali-kali biarkan diri kita hanyut ditenggelami dosa-dosa yang berpanjangan. Berubahlah. Sungguh, untuk mengubah sesuatu yang menjadi kebiasaan itu sangatlah sukar. Tetapi andainya tekad dan ketaqwaan kepada Allah tersemat di dalam jiwa, insya Allah akan Dia permudahkan. Jangan berhenti berdoa kepada-Nya agar mengurniakan akhlak yang indah sebagaimana indahnya wajah kita yang diciptakan-Nya. Di samping itu, berusahalah untuk memperelokkan serta meningkatkan kualiti amal ibadah kita kepada-Nya. Insya Allah, bukankah amal ibadah yang berkualiti ikhlas didirikan kerana patuh kepada suruhan Dia itu merupakan satu benteng yang dapat mencegah kita dari terus melakukan dosa dan maksiat sebagaimana firman Allah S.W.T:

‘’Sesungguhnya sembahyang itu mencegah dari perbuatan yang keji dan mungkar’’

(Surah Al-Ankabut,45)

Pintu taubat sentiasa terbuka kepada hamba-hamba-Nya yang berdosa selagi matahari belum terbit dari barat. Oleh yang demikian, janganlah berlengah-lengah dan terus-terusan untuk berlalaian dalam urusan dosa dan maksiat. Sesungguhnya azab Allah itu amat pedih andai kita benar-benar mengetahui.

“Khabarkanlah kepada hamba-hamba-Ku, bahawa sesungguhnya Aku lah yang Maha Pengampun lagi Maha Penyayang. Dan bahawa sesungguhnya azab-Ku adalah azab yang sangat pedih,”

(Surah Al-Hijr: 49-50)

Andai di dunia lagi kita tidak mahu diazab, apatah lagi di akhirat nanti yang berganda-ganda lagi azab Allah. Sesungguhnya pengampunan dan rahmat Allah sentiasa terbuka bagi hamba-Nya yang benar-benar ingin kembali kepada-Nya. Insya Allah, kitalah insan yang ingin dan sentiasa berusaha untuk kembali kepada-Nya itu. Kembalilah kita kepada yang Maha Pencipta dalam keadaan yang suci dan bersih dari segala noda. Kerana dosa dan noda semalam mungkin sukar untuk dipadamkan tetapi janganlah pula kita terus-terusan terpaku berdiri di antara dua pintu kemusnahan dan pintu kerahmatan. Gerakkanlah kaki dan masuklah ke dalam pintu kerahmatan tanpa sebarang rasa ragu-ragu lagi. Tinggalkanlah kenangan dosa semalam dan jangan berpaling lagi. Kerana orang-orang yang berjaya sentiasa memandang ke hadapan dan berusaha untuk menjadi hamba-Nya yang lebih baik dari hari-hari semalam. Peristiwa semalam, jadikanlah pengajaran agar kita tidak terjun ke dalam lubang yang sama lagi untuk kesekian kalinya. Insya Allah.

“Ya Allah, bawalah aku pulang kepada-Mu dengan sebaik-baik kesudahan.. aamiin ya Rabbal aa’lamiin~”

tumblr_m0ufal81zq1rpliymo1_500

 

Gambar Hiasan

 

 
Leave a comment

Posted by on December 16, 2012 in An-Nasihah

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: