RSS

Ujian.. ujian.. ujian.. dan ujian lagi.. sehingga mati!

08 Dec

Bismillahirrahmaaniirrahiim..

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang.

Hari ini saya ingin bercerita tentang ujian lagi.. Ya.. ujian kehidupan.. Ya.. saya sendiri pun cukup tahu dan faham bahawa hampir keseluruhan entri saya bercerita tentang ujian kehidupan. Tajuk yang sama diulang dan digarap berkali-kali. Ya.. berkali-kali.. tidak bosankah saya bercerita tentang ujian kehidupan itu? Jawapannya tidak. Kerana hidup ini sendiri adalah tujuannya untuk menghadapi ujian yang tidak akan pernah habis.

Ujian bermacam-macam bentuk ujian. Ada ujian yang mencabar kesabaran; ada ujian yang membuatkan kita menjadi seorang yang lebih baik dan ada juga ujian yang akan melemahkan jati diri kita sendiri. Nah, pilihlah yang mana kamu mahu. Mahu berjaya atau mahu gagal dalam menghadapi ujian. Berkali-kali saya nyatakan, “kita adalah lebih hebat dari apa yang kita jangkakan”. So, never underestimate our inner strengths and abilities. Kalau tidak, masakan Allah menguji kita dengan ujian yang sebegitu berat? Berat? Beratkah? Ya, berat. Kerana orang lain tidakkan pernah mampu untuk memikul atau menghadapi ujian yang sama seperti yang kita alami. Percaya atau tidak? Setiap insan punyai keunikan yang tersendiri.

Yes. Allah knows. Allah knows you’re tired. Allah knows it is difficult for you. Allah knows you’re squeezing your last drop of energy. But you must also know that Allah would never place you in a situation that you can’t handle.

Inspirational Islamic Quotes from the Holy Quran!

Marilah kita merenung sebentar hikmah di sebalik ujian. Andai dipandang dari sudut yang positif, ujian itu sebenarnya salah satu cara Allah mencurahkan kasih dan sayang-Nya kepada kita. Dia mahu kita kembali kepada-Nya. Kita yang sering lalai dan selalu ingin menjauh daripada-Nya. Jadi, dengan menurunkan ujian kepada kita, kita tersedar dan segera mahu kembali kepada-Nya. Tidakkah kita berasa beruntung kerana Allah sebenarnya sedang memperhatikan kita? Ah.. beruntungnya orang-orang yang sentiasa diuji Allah tetapi masih tetap mahu bersangka baik dengan ujian tersebut. Masih lagi bersemangat untuk menjadi orang-orang yang berjaya dalam menempuhi ujian-ujian tersebut. Penat! Ya, penat! Memang penat kan? Tapi, di sebalik kepenatan itu satu nikmat kebahagiaan dan kepuasan yang tidak ternilai harganya akan kita alami andainya kita benar-benar berjaya dalam menempuhi ujian-ujian kehidupan yang telah Allah sediakan untuk kita. Berbahagialah apabila diuji. Berbahagialah.

Apakah tujuan kepada setiap kesukaran dan kesusahan yang kita hadapi dalam kehidupan ini? Allah telah menjelaskan kepada kita bahawa tiada seorang pun orang-orang yang mengaku beriman dibiarkan tanpa diuji keimanannya.

 

[29:2] Do the people think that they will be left to say, “We believe,” without being put to the test?

[29:3] We have tested those before them, for God must distinguish those who are truthful, and He must expose the liars.

[2:155] We will surely test you through some fear, hunger, and loss of money, lives, and crops. Give good news to the steadfast.

Untuk berjaya dalam menempuhi ujian kehidupan yang Allah sediakan, hanya satu formula sahaja yang telah Dia sediakan.. yee~~ Dia telah sediakan penyelesaian kepada setiap masalah yang Dia datangkan kepada kita. Tinggal kita je yang nak ikut atau tidak. Kan? Formula tersebut ialah;

To pass the test, the believer must maintain his trust that God only can relieve his hardship. The believer will maintain his prayer and call onto God.

Kita sendiri pun sebenarnya sedia maklum bahawa kesukaran dalam kehidupan ini disediakan oleh Allah sebagai salah satu kaedah untuk membersihkan jiwa kita daripada dosa-dosa yang telah kita lakukan. Sebab tu lah musibah yang berlaku ke atas diri kita tu adalah salah satu akibat secara langsung yang Allah turunkan kepada kita di atas segala dosa-dosa yang telah kita lakukan. Ehhhh… Allah nak bersihkan dosa-dosa kita di dunia lagi.. tak gembirakah? Gembiralah. Kerana apabila Allah kifarah dosa-dosa kita di dunia lagi, kita tidak akan lagi merasa azab akibat dosa-dosa kita di akhirat sana yang kekal abadi. KEKAL ABADI! Sungguh, andai kesemua ujian yang kita hadapi di dunia ini adalah salah satu cara Allah membersihkan dosa-dosa kita di dunia ini lagi, berbahagialah. Bergembiralah. Beruntunglah. Bertuahlah. Kerana di akhirat nanti dosa tersebut tidak akan dihitung lagi. Alhamdulillah. Syukur. Dunia hanyalah persinggahan yang sementara. We know that very well, right? But still, we urge to chase over nikmat dunia yang sementara ini. Percayalah, dalam setiap kesukaran yang dihadapi, telah Dia sediakan waktu kerehatan dan kebahagiaan untuk kita. Percayalah! Usaha untuk lebih dekat dengan-Nya dan tunggulah. Sabarlah. Dia akan beri juga kat kita akhirnya. Pada masa tu, SubhanaLlah~ tidak terungkap kebahagiaan dan nikmat yang telah diberi. Allah kan Maha Pengasih dan Maha Penyayang. Berdoalah siang dan malam tanpa henti. Letakkan seluruh pengharapan kepada-Nya semata-mata. Dia berhak untuk menganugerahkan kita apa-apa sahaja sekelip mata. Maka apabila Dia berkata jadilah! Maka, jadilah. Jangan risau. Allah Maha Pemelihara dan Maha Penjaga. Dia akan jaga kita untuk selama-lamanya. (Tu pun andai kita mahu berada di bawah jagaan-Nya.. even kita tak mahu pun selama ni pun memang Dia tetap jaga kita.. ye dak? Ohhhh… kerdilnya diri kita.. siapalah kita tak mahu Allah jaga kita.. siapa kita? Hamba Allah! Dia yang menciptakan kita! Maka, tunduk dan patuhlah kepada-Nya! Kenapa masih lagi mahu mengingkari suruhan-Nya dan terus-terusan berlalai-lalaian dengan larangan-Nya? Sedarlah wahai diri! Sedarlah!!)

[42:30] Anything bad that happens to you is a consequence of your own deeds, and He overlooks many (of your sins).

It can also be said that God, being the Most Just, would not punish us twice for the same sin. This means that the punishment we are given cleanses us and no further punishment is due.

The concept of cleansing the human from sins in this life is a Quranic truth. It can be achieved through the experiencing of hardship and adversity (as 42:30), and it can also be through the payment of a “sadaqa” (charity) for the specific reason of cleansing the soul from sins which have been committed.

[9:103] Take from their money a ‘sadaqa’ (charity) to purify and sanctify them. And encourage them, for your encouragement reassures them. God is Hearer, Omniscient.

Suffering through hardship and adversity is also a reminder for people who tend to take things for granted and forget all of God’s blessings. Despite all the blessings given to the human by God, the human being is unappreciative. A little reminder in the shape of hardship or adversity may hopefully do the job of teaching the human not to take God’s blessings for granted.

[14:34] If you count God’s blessings, you can never encompass them. Indeed, the human being is transgressing, unappreciative.

[41:51] When we bless the human being, he turns away, and drifts farther and farther away, and when he suffers any affliction, he implores loudly.

Adversity and hardship is also a very effective reminder for those who are too much absorbed in the worldly life, and thus they may not be as devoted to God as they should be. Due to their being too preoccupied with this worldly life they do not seek God nor call on God as they should.

Many people are either oblivious of, or need to be reminded of God’s absolute authority. Hardship and adversity are one way to remind them that no one can save them but God, and also remind them of God’s absolute authority. They also need to be reminded that they need God in every minute of their lives. Sadly when God relieves the adversity, many of them return to idol worship once again.

[35:15] O people, you are the ones who need God, while God is in no need for anyone, the Most Praiseworthy.

[39:49] If the human is touched by adversity, he implores us, but as soon as we bestow a blessing upon him, he says, “I attained this because of my cleverness!” Indeed, this is only a test, but most of them do not know. 

[10:12] When adversity touches the human being, he implores us while lying down, or sitting, or standing up. But as soon as we relieve his adversity, he goes on as if he never implored us to relieve any hardship! The works of the transgressors are thus adorned in their eyes. 

Inspirational Islamic Quotes from the Holy Quran!

Dan.. Allah menegur kita dengan berbagai-bagai cara agar kita sedar dan tidak lagi mencintai dunia lebih dari kita mencintai-Nya. Nun di akhirat sana, kita akan kekal di sana buat selama-lamanya. Jadikanlah kehidupan di dunia ini sebagai satu batu loncatan bagi kita untuk menggapai redha Allah dan kebahagiaan di akhirat buat selama-lama-Nya. Ya.. sebenarnya, andainya kita terpilih untuk masuk ke syurga Allah (aamiinkan beramai-ramai!) kita sebenarnya masuk ke syurga Allah dengan rahmat Allah semata-mata. Untuk membeli syurga Allah dengan amalan kita di dunia ini.. tidak akan pernah cukup! Tidak akan pernah cukup.

Katakanlah kita ingin memiliki sebuah kereta yang paling mahal dan unik. Kita memang ingin memiliki kereta tersebut. Dan kita tahu betapa berguna dan bernilainya kereta tu kepada kita. Sudah tentu kita akan berusaha sedaya upaya untuk mengumpul duit bagi membayar harga sebuah kereta yang ingin kita miliki tersebut. Begitu juga harga sebuah kebahagiaan di dunia ini. Apakah kita mengira andainya kita ingin mengecapi sebuah kebahagiaan cukup dengan cara yang mudah sahaja? Sudah pastilah 1001 jenis ujian akan menghampiri kita sebagai satu medium untuk menguji samaada kita benar-benar mahu memiliki kebahagiaan tersebut. If you really want, take all the challenges. Banyak cara yang kita boleh lakukan untuk memperolehi sesuatu yang kita ingin miliki tersebut. Andai tidak sanggup menggunakan cara yang kasar, gunalah cara yang lembut. Win-win situation~ semua orang pun nak menang kan? Jadi, kita menang lah bersama-sama dalam menghadapi dugaan ini. Lagipun inilah cara yang paling efektif dan efisyen yang dianjurkan dalam Islam. Kembalilah kepada Allah. Mintaklah dengan Allah, insya Allah, Dia akan bagi. Dia uji kita sebab nak tahu kita benar-benar determine atau tidak untuk memperolehi sesuatu perkara tersebut. Janganlah mengalah dengan ujian. Jangan pernah mengalah dengan ujian. Jadilah seorang yang berjiwa besar dan bijak dalam menghadapi ujian. Apabila Allah uji kita begini, sebenarnya memang kita mampu untuk menghadapi dan menyelesaikannya. Percayalah. Selain tu, tujuan ujian tersebut diturunkan Allah kepada kita supaya kita tidak mengambil mudah dan mempersia-siakan anugerah-Nya. Ya, manusia memang cenderung untuk mempersia-siakan apa yang dimiliki dengan cara yang mudah tanpa mengeluarkan sebarang bayaran pun, kan? Tapi apabila sesuatu itu kita perolehi dengan cara yang bersungguh-sungguh dan kita mengerahkan seluruh keringat kita untuk memperolehinya, insya Allah, ia akan kita hargai sehingga ke akhir hayat. Jangan pernah berhenti untuk berusaha dan berdoa kepada-Nya selagi Allah tidak memberi kata putus-Nya yang terakhir. Mungkin kita sudah berusaha sedaya upaya untuk memilikinya tapi masih belum dapat memilikinya. Mintalah pertolongan kepada orang lain. We never can live alone in this world. We never can walk alone in this world. Insya Allah, jalan penyelesaiannya masih ada. Dan itulah apa yang dikatakan sebagai sinergi.

Last but not least;

Rasulullah S.A.W bersabda yang maksudnya:
“Orang yang sangat banyak mendapat ujian itu adalah para Nabi, kemudian baru orang yang lebih dekat darjatnya kepada mereka. Orang diuji menurut tingkat ketaatannya kepada agamanya. Jika sangat kuat dalam beragama maka sangat kuat pula ujian yang menimpanya, bila lemah dalam agamanya, maka diuji pula oleh Allah sesuai dengan tingkatan ketaatannya kepada agamanya. Demikianlah ujian itu sentiasa ditimpakan kepada seorang hamba sampai ia dibiarkan berjalan di muka bumi dalam keadaan tidak berdosa,” (HR Tarmizi)

Kesimpulan; tujuan dari musibah atau ujian yang diturunkan Allah kepada hamba-Nya ialah:

# untuk membersihkan dan memilih, mana orang mukmin yang sejati dan mana yang munafik;
# untuk mengangkat darjat serta menghapuskan dosa;
# untuk melihat sejauh mana kesabaran dan ketaatan seorang hamba;
# untuk membentuk dan mendidik keperibadian manusia sehingga menjadi umat berbudi tinggi;
# sebagai latihan supaya manusia terbiasa menerima berbagai ujian, dengan demikian akan bertambah kesabaran, kuat cita-cita dan tetap pendiriannya.

*selalulah melihat dengan mata hati; bahawa sesungguhnya kepahitan yang dialami di dunia ini adalah kemanisan di alam akhirat, dan kemanisan di dunia ini adalah kepahitan di akhirat. Demikian itu memang telah merupakan ketetapan daripada Allah S.W.T.

~dipetik dari buku Rahmat di Sebalik Dugaan~

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: