RSS

Daily Archives: October 31, 2012

Kerana Kita Masih Manusia Biasa…

Prolog

Blur..

Tiba-tiba blur.. tadi idea datang mencurah-curah.. okay, rilek sattt…

*******************************************************************************

Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang…

Allah~

Sukarnya mendidik diri untuk menjadi hamba Allah yang tunduk dan patuh kepada suruhan & meninggalkan larangan-Nya.

Pernah kan kita rasa macam ni? Di satu saat, satu ketika, tertanya-tanya; kenapa kita terus-terusan melakukan kesilapan & dosa yang sama berulang-ulang. Padahal kita dah terang-terangan tahu yang perbuatan kita itu salah & bertentangan dengan fitrah manusia iaitu cintakan kebaikan & bencikan kejahatan. Contoh; kita tahu berbohong itu salah tapi kita terus-terusan berbohong untuk menyelamatkan diri dari masalah. Sedangkan bukankah sikap berkata benar walaupun ia pahit tu boleh menyelamatkan kita dari masalah yang lebih besar lagi?

Ohh.. mungkin contoh yang diberikan di atas biasa je.. okay.. kita memang sedia tahu & sedia maklum malah arif benar bahawa melewat-lewatkan & melalaikan solat itu antara ciri-ciri orang MUNAFIK! Tapi, kita tetap tegar melalaikan solat. Admit it!

“Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan sembahyang; dan sesungguhnya sembahyang itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk;” Al-Baqarah (45)

Sungguh, bukan senang untuk mendidik dan mentarbiah diri untuk menjadi seorang mukmin. Menjadi seorang muslim itu sudah pasti bagi kita yang mewarisi Islam melalui keturunan tetapi untuk menjadi seorang mukmin itu memerlukan satu usaha yang sangat gigih. Bukan senang untuk menjadi seorang mukmin yang sejati! Terlalu banyak pengorbanan dan mujahadah yang diperlukan untuk mengawal segala jenis nafsu mazmumah itu.

Pernah seorang pensyarah bertanya kepada pelajarnya dalam satu kelas sosiologi di mana soalannya lebih kurang begini; “kenapa seseorang itu masih melakukan dosa dan maksiat kepada Allah sedangkan dia seorang yang tidak meninggalkan solat?” Bukankah solat itu mencegah dari kemungkaran? Saya kira, kita semua sedia maklum kenapa masalah sebegini terjadi. Kita solat, berpuasa dan melakukan ibadah-ibadah yang lain tapi kita tetap tegar melakukan dosa dan maksiat. Penat. Penat. Penat untuk lari dari berbuat dosa. Tapi jarang berjaya dan selalunya gagal. Kenapa ye? Kenapa? What’s wrong?! *kepala pusing~~

Wahai diri, ketahuilah bahawa sesungguhnya manusia tidak akan pernah dapat lari dari membuat kesilapan tapi, kita masih boleh cuba sedaya upaya untuk meminimumkan kesilapan dan dosa kita. Boleh kan?

Cubalah, cubalah untuk menjaga solat kita. Memang khusyuk itu sukar untuk dicapai tapi, usahakan untuk stay on track semasa solat. Andai kita dapat melihat Allah, sudah pasti kita tidak akan berani lalai dan melalaikan solat!

Sungguh.. dosa kita bertimbun-timbun tinggi mencakar langit. Tapi, berusahalah untuk bertaubat dan tidak mengulangi dosa-dosa tersebut. Sungguh, dosa-dosa itu menghantui ketenangan dan ketenteraman hidup kita. Bersyukurlah andai kita pernah merasai perasaan itu. Kerana sekurang-kurangnya hati kita tidak MATI! Bersyukurlah! Andai hati itu mati dan tiada sekelumit perasaan berdosa dan bersalah pun setelah melakukan dosa (ada juga yang ketika melakukan dosa, rasa bersalah dan berdosa tapi tetap tegar melakukannya ~.~”) itu merupakan satu AZAB bagi kita. Kerana hati kita sudah mati. Mati.. mati~ mati~ ='(

Tapi jangan risau, pintu taubat itu sentiasa terbuka.

“My sin burdened me heavily. But when I measured it against Your Grace, O Lord, Your forgiveness came out greater.”
Imam Shafii

(dipetik dari Inspirational Islamic Quotes from the Holy Quran!)

Pernah kan di saat kita hampir menggapai apa yang kita inginkan, di saat Allah membuka jalan untuk mengurniakan sesuatu yang memang kita perlukan.. tiba-tiba ada halangan di pertengahan jalan! Arghh.. stress.. sedih.. kecewa.. semua perasaan bercampur-baur. Koreksi diri.. muhasabah diri.. mungkin kita terlalu lalai dan alpa atau sebenarnya terlebih excited untuk memiliki apa yang memang Dia nak bagi kat kita tu. Kita terpesona dengan anugerah-Nya. Sepatutnya kita terpesona la dengan yang Maha Memiliki kerana akhirnya Dia nak bagi kita sesuatu yang kita perlukan. Kita lalai dan alpa dalam menghargai anugerah-Nya dan akibatnya kita tersilap langkah semasa mengemudi perjalanan mendapatkan hadiah Allah itu. Dan.. Dia pun tarik sikit anugerah tersebut. Sikit je pun Dia tarik.. kita mula menggelabah.. sedih, kecewa, terkilan, takut.. semua perasaan pun ada la.. Alhamdulillah.. syukur Dia tarik sikit anugerah tu.. tanda Dia menegur cara kita yang salah tu. Jadi, cepat-cepatlah perbetulkan balik GPS kita tu. Jangan teruskan perjalanan mengikut arah GPS yang salah tu. Insya Allah Dia akan bagi kat kita hadiah tu.. sebab memang Dia nak bagi pun. Analoginya begini, mak dan ayah kita bagi hadiah kat kita tapi semasa nak bagi hadiah tu, mak dan ayah kita tengok kita menunjukkan tanda-tanda macam nak merosakkan hadiah tu. Sudah tentu la mak dan ayah kita tak jadi nak bagi kat kita hadiah tu. Bukan tak nak bagi tapi mak dan ayah nak delay kejap pemberian tu. Nak didik kita macam mana nak hargai hadiah yang bakal diberi kat kita tu. Supaya kita tak merosakkan hadiah yang terlalu berharga tu. Senang kan nak faham? ^_^

Jadi sekarang, kita kembali kepada fitrah. Memang dalam kehidupan kita, kita akan selalu tersalah arah. Bukan senang untuk keep driving on the right track ni. Ada kalanya kita akan tersesat jalan. Memang sukar bukan bila dah tersesat jalan ni. Tapi, tanpa sedar kita banyak belajar dari perjalanan yang tersasar tu. Dan itu dinamakan HIKMAH. Bila dah 2-3 kali tersesat jalan, kita akan jadi lebih mahir dengan jalan yang kita lalui tu. Malah kita akan tahu kat mana jalan shortcut untuk mengelakkan jammed. =D Jadi, berusahalah untuk belajar dari kesilapan dan teruslah mencuba untuk koreksi diri, meminimumkan dosa dan kemungkaran serta meningkatkan lagi kualiti ibadah dan ketaqwaan kepada Allah S.W.T.

*********************************************************************************

Epilog

Sungguh, diri ini sungguh merasa bahagia apabila diuji kerana dari ujian, ku dapat mengenali siapa diriku, siapa Pencipta ku dan aku berharap aku akan berjaya dalam menelusuri kehidupan yang tidak akan pernah sunyi dari siri-siri ujian ini.. aamiin~

Teruskan berdoa semoga kita semua diberi kekuatan untuk beristiqamah dalam beribadah dan menjadi hamba-Nya yang bertaqwa.. insya Allah~

“Mereka yang berjuang ke jalan Kami, nescaya Kami akan tunjukkan jalan jalanKami. Sesungguhnya Tuhan berserta dengan orang-orang yang berbuat baik.” (Al Ankabut: 69)

“Wahai jiwa yang tenang! Kembalilah kepada Tuhanmu dengan hati yang redha dan diredhai-nya. Maka masuklah ke dalam golongan hamba-hamba-Ku, dan masuklah kedalam syurga-Ku.”

(Surah Al-Fajr, ayat 27-30)