RSS

Kehidupan itu Indah Andai Kita Menghargainya~

17 Sep

Penat.

Termengah-mengah.

Seolah-olah dipaksa merentas desa sejauh 400km dalam masa sehari. Ahh.. ridiculous. xD

Seolah-olah sedang menyertai ekspedisi mendaki Gunung Kinabalu (okay, Gunung Kinabalu je laa.. kalau diumpamakan seperti mendaki Gunung Everest rasa macam melampau pulak.. ehehe =P)

Kadang-kadang terasa seperti berada di dalam Gua Huautla yang sempit, gelap, berbau hanyir, menyesakkan dan sangat bahaya. =/

Kekadang terasa seperti berada di Tasik Banding, tenang dan mendamaikan. =D

Kekadang terasa seperti sedang melalui sebuah jalan yang sempit dan curam di pinggiran bukit yang bergaung. Gaungnya teramat dalam tiada penghujung. Mengerikan. Dx

Kekadang…. banyak lagi la kekadang.

Ya, itulah perumpamaan perasaan-perasaan yang kita rasai setiap hari dalam menempuh kehidupan. Diulangi, itulah perumpamaan perasaan kita setiap hari dalam menempuh kehidupan. Kegagalan, kejayaan, kekusutan, ketenangan, kegusaran, kedamaian, kesedihan, kebahagiaan silih berganti singgah di kamar hati.

Kita insan, dikurniakan 1001 wajah rasa. Kita insan, dianugerahkan 1001 kerenah dan upaya. Kita insan, fitrahnya adalah pelupa. Kita insan, fitrah hidupnya sentiasa akan diuji. Dan kita insan, dilahirkan ke dunia untuk mengabdikan diri kepada Allah S.W.T, Pencipta yang Maha Agung, Maha Pengasih dan Maha Penyayang.

Ada ketikanya kita akan duduk tersimpuh di pinggiran perjalanan melepaskan lelah kepenatan mengharungi hari-hari yang memenatkan. Penat fizikal jauh lebih baik dari penat minda dan spiritual.  Penat fizikal, kita mampu berehat dengan secukupnya. Namun penat minda dan spiritual menuntut kesabaran dan hikmah dalam menenangkannya. Bukan senang untuk merawat kepenatan minda dan spiritual. Memerlukan stamina yang amat tinggi. Lebih-lebih lagi kepenatan itu disertai dengan siri-siri kegusaran, kerisauan dan ketakutan akan ketidakpastian masa hadapan. Ada yang exhausted, mengalah. Berserah sahaja kepada keadaan sekeliling, menentukan apa yang terbaik untuknya. Ada yang cuba untuk fight demi masa depan yang gemilang. Ada yang terkeliru antara ilusi dan realiti. Ya.. macam-macam bukan? Di manakah kita?

Walau apa pun jawapannya. Hasilnya kita sendiri yang akan hadapi. Hasil daripada pilihan-pilihan yang telah dibuat di sepanjang mengharungi mehnah dan tribulasi perjalanan kehidupan yang panjang itu. Berjaya atau gagal. Pilihlah yang mana disukai. Ingatlah, apa yang kita tanam, apa yang kita bajai, apa yang kita sirami akan kita tuai suatu hari nanti. Apa yang kita labur pada masa sekarang, itulah yang akan kita nikmati pada masa hadapan.

Bersabarlah andai siri-siri ujian kehidupan kita terlalu hebat. Tenang dan tabah. Sesungguhnya kita tidak pernah mengetahui percaturan-Nya untuk kita pada hari esok. Usah digusarkan tentang hari esok yang belum pasti. Tapi berusahalah untuk memberikan yang terbaik pada hari ini. Kenangan silam dijadikan pengajaran dan panduan. Setiap orang berhak dan layak untuk meneguk kebahagiaan. Kerana manusia diciptakan sama oleh Allah S.W.T. Perbezaannya ialah tahap taqwa dan keimanan, maka tinggilah darjat kita di sisi-Nya, insya Allah.

Satu pesanan ringkas. Andai tersungkur. Jangan terus lalai melayan kekecewaan itu. Tapi, berusaha untuk bangun dan memulakan langkah yang baru untuk meneruskan kehidupan. Kehidupan di dunia hanyalah satu fatamorgana. Kerana apa yang diperolehi di dunia tidak setanding dengan apa yang akan kita hadapi di akhirat nanti. Kehidupan di dunia yang fana ini sebentar cuma. Negeri akhirat yang abadi itulah yang akan kita diami untuk selama-lamanya. (Hakikatnya kita sering terlupa akan kebenaran ini. Menganggap kehidupan dunia adalah segala-galanya.)

Benarlah kata hukama, “dunia adalah penjara bagi orang mukmin tetapi syurga bagi orang yang kufur”. Mana satu pilihan kita? Ingin berada di penjara dunia atau syurga dunia? Akhirat yang kekal abadi bagaimana? Pilihan sentiasa berada di tangan kita. Bijaklah dalam memilih. Jadilah hamba-Nya yang bijaksana bukan bijaksini semata-mata.

Dalam kehidupan kita pasti ada pahit & manis, kesusahan & kesenangan, kegusaran & ketenangan yang perlu kita tempuhi. Kenapa pahit, kesusahan & kegusaran dulu yang diletakkan di depan? Kerana apabila kita akhirnya dapat meneguk sebuah kemanisan, menikmati sebuah kesenangan dan merasai sebuah ketenangan; kita akan lebih menghargai apa yang kita perolehi dengan penuh susah payah itu. Kerana secara psikologinya, manusia cenderung untuk tidak menghargai sesuatu yang diperolehi dengan mudah. Jadi, jangan mudah mengalah & mudah berputus asa andai kehidupan kita dipenuhi dengan dugaan yang menggigit rasa hati. Kerana di sebalik apa yang berlaku pasti tersembunyi hikmah yang akan menjadikan kita seorang yang lebih hebat di masa akan datang. Allah tidak memberi ujian yang hebat kepada hamba-Nya kalau bukan untuk melatih kita untuk menjadi seorang yang HEBAT di dunia & akhirat. Petua untuk menghadapi semua mehnah & tribulasi ini ialah satu sahaja: letakkan Allah di dalam hati & setiap tindakan. Insya Allah selamat. Di dunia & akhirat. Insya Allah~

Bingkisan akhir sebelum jari jemari ini berhenti menari di keyboard, kita manusia sering memfokuskan kepada kesakitan, kekecewaan, kegusaran, kegelisahan serta 1001 rasa yang negatif. Itu fitrah. Namun tidak dinafikan ada yang bersikap positif mengambil ibrah dalam setiap musibah yang datang menduga. Mencipta kebahagiaan, ketenangan, kedamaian dan 1001 rasa yang positif dengan cara yang tersendiri. Maka jadilah golongan yang kedua. Highlight kesenangan yang Dia anugerahkan kepada kita lebih dari kesukaran yang diberi sebagai rencah kehidupan. Agar kita menjadi hamba-Nya yang lebih bersyukur. Andainya dirasakan kitalah insan paling malang di dunia ini ingatlah sesungguhnya ada lagi insan yang lebih malang daripada kita. Andainya kita rasakan kitalah insan paling bertuah di dunia ini, janganlah lupa bahawa ada lagi insan yang lebih bertuah daripada kita. Iaitu insan yang Allah angkat darjatnya di sisi-Nya. Siapa mereka? Adakah kita tergolong dalam kalangan hamba-Nya yang dikurniakan darjat di sisi-Nya? Well, who knows. Tapi kita boleh berusaha untuk menjadi hamba-Nya yang bertuah itu. Insya Allah.

#Semoga kita semua dianugerahkan kekuatan dan ketenangan dalam meneruskan kehidupan demi masa depan yang cemerlang, gemilang dan terbilang.

#Semoga kita semua dianugerahkan kekuatan untuk terus istiqamah dalam beribadah kepada-Nya.

#Semoga kita semua dianugerahkan kekuatan untuk bermujahadah mendidik nafsu yang tidak pernah mengenal erti cukup. Nafsu itu perlu dididik dan disantuni. Jangan biarkan ia mengawal kita. Kawallah ia nescaya ia akan menjadi sahabat yang terbaik, insya Allah.

#Semoga kita dianugerahkan kebahagiaan di dunia & juga di akhirat, insya Allah.

#Fi mardhatiLlah forever~

 
 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: