RSS
Aside
30 Jun

Sayu.

Tidak keruan.

Terasa  kosong.

Rindu.. rindu yang amat. Tapi tidak tahu rindu kepada siapa.

Terasa ia jauh.. tidak terjangkau.

Pernahkah kita merasai perasaan yang sebegini? Terasa kosong.. merindui sesuatu yang tidak ketahuan. Terasa satu kesengsaraan yang mendera hati dan perasaan. Hati meronta-ronta minta diisi. Pada saat itu, ketahuilah sesungguhnya bahawa hati dan jiwa yang kosong itu meminta untuk diisi dengan cinta. Ya. CINTA. Seringkali kita memburu cinta manusia untuk mengisi kekosongan jiwa itu. Seringkali kita belai perasaan yang tidak keruan itu dengan mencintai manusia. Dan, kita pun terasa hati yang meronta-ronta menderita itu terisi. Rasa gembira. Bahagia. Ahh.. definisi cinta ini terlalu luas. Hanya kita sahaja terkadang menyempitkan definisi cinta itu.

Namun.. jauh di lubuk hati yang terdalam.. sesungguhnya kita merindui kasih sayang dan CINTA-NYA. Ya.. tiada siapa yang mampu menafikan hakikat fitrah ini. Sejauhmana kita hanyut. Selama mana kita lalai dan alpa. Bertahun-tahun kita mengingkari perintah dan larangan-Nya. Percayalah. Pada satu saat, akan terdetik di hati untuk kembali kepada-Nya. Kerana, di sebalik kebahagiaan dan kegembiraan yang kita kecapi, kesenangan dan kemewahan harta yang kita miliki, tidak mampu untuk mengisi kekosongan hati yang punyai fitrah untuk hidup berTUHAN.

Bukankah kita telah bersaksi kepada-Nya sejak azali lagi bahawa hanya Dia Tuhan yang kita sembah. Hidup dan mati kita hanya kerana-Nya. Tapi apabila diturunkan ke bumi, kita lupa semua saksi dan janji kita itu. Ahhh… sedihnya hati mengenangkan kekhilafan diri selama ini. Namun, jalan pulang itu sentiasa terbentang seluas hamparan langit-Nya. Malah lebih luas daripada itu. Tidak terjangkau. Tapi, kenapa hati dan tindakan tidak selari? Hati mengiakan keinginan untuk kembali kepada-Nya. Tetapi tindakan seolah-olah menentang. Takut. Takut untuk meninggalkan kebiasaan-kebiasaan yang enak dan lazat pada permukaannya tapi membawa kesengsaraan pada dasarnya. Tidak mahu keluar dari comfort zone. Ahh.. mungkinkah kita akan hilang segala-galanya andai menyahut seruan-Nya? Hilang kawan, hilang harta, hilang cinta dunia. Harus meninggalkan our great pleasure thing. Ye lah.. siapa tidak suka untuk berseronok, hang out berfoya-foya dengan kawan-kawan melakukan aktiviti yang disukai (tapi melalaikan malah membazir!)

Sebenarnya kita mengakui ketakutan-ketakutan tersebut secara diam-diam. Tidak mahu keluar dari comfort zone sebenarnya. Tidak mahu meninggalkan kebiasaan-kebiasaan yang menyeronokkan tapi merosakkan jiwa. Ahh.. kita sendiri cukup faham. Kita sendiri cukup mengerti. Semakin lama kita menafikan fitrah diri kita, semakin terseksa jiwa dan batin kita. Ohhh.. andainya kita meninggalkan aktiviti-aktiviti yang melalaikan itu, ia bukanlah pengakhiran dalam hidup kita. Cuma, ia sebagai nilaian kepada sebuah kematangan dalam diri untuk mengutamakan antara keperluan dan kehendak.

Dari itu, yakinlah. Bahawa sesungguhnya kita tidak akan rugi sebesar zarah pun andai kita menyahut seruan untuk kembali kepada hidup berlandaskan syariat-Nya. Tinggalkanlah segala kelalaian-kelalaian dunia. Kerana sesungguhnya, di situ akan kita temui ketenangan yang hakiki. Ketenangan yang abadi. Cukuplah dengan rasa hidup bertuhan. Kita akan gembira. Kita akan tenang dan bebas dari segala kegusaran fatamorgana dunia yang menipu. Sudah lama kita bermain-main di dunia ini, marilah kita sama-sama pulang kepada fitrah dan tujuan utama kita diturunkan ke dunia ini.

Dan sesungguhnya, kita masih lagi seorang manusia. Bukanlah meninggalkan dunia itu bermaksud mengabaikan kebajikan dan keperluan kita di dunia. Tapi, seiringkanlah segala aktiviti kehidupan di dunia dengan persediaan untuk ke negeri yang kekal abadi. Islam tidak pernah mengasingkan antara kehidupan dunia dan akhirat. Tapi, ambillah dunia secara berpada-pada. Dan bersungguh-sungguhlah berusaha untuk mempersiapkan diri ke akhirat. Insya Allah, di sana akan kita temui dan nikmati erti sebenar sebuah kehidupan.

Sebuah nukilan teristimewa untuk diri yang selalu lalai dan alpa.


Rindu… (´;ω;`)

 
 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: