RSS

Kita dan Hiburan Umpama Isi dan Kuku

06 Jun

“Kyaaaaa~~ aku suka la band sekian-sekian, dorang memang talented laa.. menyanyi boleh, menari pun boleh, berlakon pun boleh, memang superb laaa”

“asnjskfnkjdfbkajs, mamat/awek ni cute laa.. funny.. aku suka dia.. nanti kalo nak cari husband/wife aku nak cari yang camni jugak la.. heeee”

“Ohhh… best la lagu ni, aku nak beli la album ni.. tanda support dorang..”

“Wahhhh… harap-harap dorang dapat wat konsert kat Malaysia la, paling koman kat Singapore, kompem aku pegi”

“Wehhh, ko dah tengok drama sekian-sekian, mamat/awek tu berlakon laa.. sweet sangat~ <3″

(Disclaimer: ayat-ayat di atas hanyalah imaginasi saya sendiri, jadi, mohon jangan terasa sangat sebab saya tidak menujukan ayat ni kepada siapa-siapa, ia adalah umum, peace no war~ sayang korang❤❤ <3)

Ya.. hiburan.. kali ni saya nak bercerita mengenai hiburan. Sebagai makhluk Allah yang dikurniakan pelbagai rasa dan keinginan, berhibur juga merupakan fitrah keinginan manusia juga. Ada orang yang memang dilahirkan memang suka sangat dengan hiburan, sukakan muzik, sukakan perkara yang abstrak dan artistik, sukakan seni. Ada pula yang menjadikan hiburan itu sebagai terapi untuk melepaskan stress yang dialami semasa atau selepas seharian bekerja/belajar. Ada juga orang yang paginya dimulakan dengan muzik, dan malamnya sebelum tidur juga diakhiri dengan muzik. Seolah-olah slogan hidup tanpa hiburan adalah kosong. Pendek kata, hiburan dengan manusia memang tidak boleh dipisahkan.

Namun, jangan kita sempitkan hiburan ini kepada muzik semata-mata. Setiap orang punyai cara yang tersendiri untuk menghiburkan diri sendiri. Ada yang memilih muzik untuk berhibur, ada yang memilih bersukan sebagai cara untuk berhibur, ada yang memilih membaca buku-buku yang berilmiah sebagai hiburan mereka dan ada juga yang memilih untuk membaca novel untuk melepaskan tekanan yang dihadapi seharian.

Sebelum kita pergi lebih jauh, jom sama-sama kita tengok apa definisi hiburan menurut Pusat Rujukan Persuratan Melayu online;

*sesuatu yang dapat menghibur (menyukakan, menggembirakan) hati

*sesuatu (perbuatan, benda, dan lain-lain) untuk menghiburkan (menyenangkan, menenteramkan) hati

Sumber

Manakala konsep hiburan menurut Islam pula ialah;

Dalam Islam, konsep hiburan ialah untuk mencari kesejahteraan, ketenangan dan kepuasan, terlepas dari perasaan bersalah, ketegangan dan keresahan. Ia dapat dilakukan di waktu lapang, secara individu, bersama keluarga atau kawan-kawan, bahkan ketika beribadah seperti seni tarannum membaca Al-Quran, gubahan sajak dan syair yang membesarkan Allah dan sebagainya.

Konsep berhibur dengan tujuan untuk kesejahteraan, menenangkan fikiran dan kerehatan tubuh badan ini dapat dilihat dalam sebuah hadis Rasulullah s.a.w. kepada Abdullah bin Amr bin Al-As , yang bermaksud:
“Wahai Abdullah bin Amar, “Sesungguhnya ke atas kamu hak untuk Allah s.w.t., dan ke atas kamu hak untuk tubuh kamu, dan ke atas kamu hak untuk keluarga kamu. Maka berilah kepada yang miliki hak tersebut.”

Rujukan

Berdasarkan sumber rujukan di atas, tidak salah untuk kita berhibur. Malah berhibur itu sendiri adalah fitrah. Apa yang salah ialah apabila kita berhibur secara keterlaluan.Tidak dinafikan, fenomena hiburan-wave atau hedonisme dalam kalangan rakyat negara kita semakin menjadi-jadi. Situasi ini berlaku disebabkan beberapa faktor. Antaranya ialah strategi pemasaran secara besar-besaran sesebuah industri hiburan melalui talent agency masing-masing yang menarik minat kita; bahkan faktor kebebasan penggunaan media seperti internet yang mudah diakses di mana-mana sahaja oleh sesiapa sahaja turut menjadi penyumbang utama kepada fenomena penyebaran hiburan secara besar-besaran ini.

Mungkin kita pernah terfikir; macamlah dulu-dulu takde hiburan. Tapi kenapa sekarang seolah-olah hiburan itu terdapat di mana-mana sahaja malah diberi tumpuan yang lebih pulak tu. Kita pernah minat dengan boyband atau penyanyi Hollywood seperti Westlife, S Club 7, Backstreet Boys, Rihanna, Michael Jackson, The Beatles dan artis-artis lain. Begitu juga dengan fenomena Bollywood sekitar akhir tahun-tahun 1990-an yang masih lagi diberi perhatian sehingga sekarang walaupun ia sedikit suam-suam kuku. Kalau dulu di Pantai Timur kita selalu mendengar komen-komen yang sebegini; “kalau pergi rumah orang di Terengganu dan Kelantan hari Sabtu jam 2 atau 3 petang, kompem lah dorang tengah tengok cerita Hindustan”. Sungguh ironi, dan ia benar-benar berlaku. Dulu-dulu pun kita minat jugak kat drama-drama Cina, Jepun dan Korea yang ditayangkan kat TV pada waktu petang sekitar jam 5 hingga 8 malam. Masih saya ingat drama Cina yang memang takkan saya miss setiap petang antaranya ialah The Good Old Days, Princess Xin Yue Ge Ge dan cerita apa entah yang ada Na Zha kat dalamnya tu (The Legend of the Condor Heroes). Tak lupa jugak masa zaman drama Jepun mula ditayangkan di TV Malaysia seperti GTO, Beach Boys, With Love, Power Office Girl dan lain-lain drama Jepun lagi yang bagi impression yang mendalam dalam diri saya. Lepas tu kemunculan drama-drama Korea seperti Winter Sonata, Autumn in My Heart, My Love Pattzi dan baaaaanyaaakkk lagi drama-drama Korea yang sempat saya tonton pada waktu tu. Tapi, ia tidak lah memberi kesan yang terlalu mendalam dalam diri saya sehingga meminati pelakon-pelakon dalam drama-drama tersebut seperti apa yang berlaku sekarang ini. Ohh.. jangan dilupakan lagu-lagu Melayu yang old school yang tangkap leleh dan sangat epik tu. Semua pernah kita dengar dan tonton.

Tapi, kenapa sekarang seolah-olah fenomena berhibur yang berlebihan umpama tidak dapat disekat? Mungkin, ada secebis ruang kosong di dalam hati kita yang minta diisi. Maaf saya nyatakan di sini, fenomena K-Pop wave umpama tsunami yang melanda hati-hati dan jiwa-jiwa kita. Ia bukan sahaja berlaku di Malaysia, malah di seluruh dunia. Ya, bukan salah mereka kerana itu merupakan strategi mereka untuk memasarkan produk mereka. Seperti yang saya nyatakan, berhibur itu tidak salah kerana ia fitrah tetapi cara kita melayan hiburan itu yang perlu disantuni dan dipandu. Malah, sekiranya Hollywood-wave, Bollywood-wave, C-pop-wave bahkan Jpop-wave sekali pun yang melanda kita, itu bukan salah pemasar-pemasar produk tersebut kerana mereka bukan beragama Islam. Malah, bagi negara-negara maju, rakyatnya memang suka berhibur kerana itu sahaja cara mereka untuk menghilangkan stress mereka selepas penat bekerja. Maka tidak peliklah bagi mereka untuk berhibur secara berlebihan, ataupun mengamalkan budaya hedonisme ini kerana mereka bukanlah berpegang pada agama sangat pun.

Tetapi, apabila fenomena sukakan hiburan yang terlampau ataupun fenomena hedonisme ini merebak dalam kalangan rakyat kita yang majoritinya sudah tentu beragama Islam, maka ia memberi masalah pada diri kita. Jangan disalahkan mereka yang terjebak dalam fenomena hedonisme ini. Kerana setiap sesuatu yang berlaku itu ada alasan dan puncanya. Malah, janganlah kita perli-perli mereka kerana kita tidak pernah tahu kenapa mereka boleh menjadi fanatik sampai begitu sekali. Apa yang perlu dilakukan ialah dakwah bil hikmah.

Sebenarnya, apabila kita sendiri sedar yang kita telah menjadi fanatik ataupun tiba-tiba terfanatik la pulak dengan hiburan ni; ataupun kita memang suka berhibur. Maka, santunilah minat kita itu. Kita takkan pernah dapat lari dari melakukan perkara yang lagha. Tapi, kita boleh counter-attack perkara-perkara yang kita lakukan tadi (iaitu berhibur) dengan mempertingkatkan hiburan dalam diri dengan jalan mengingati Allah, berzikir, mengaji Al-Quran, melaksanakan solat-solat sunat di samping solat-solat yang wajib, bahkan kita boleh juga menambahkan waktu berhibur kita dengan mendengar kuliah-kuliah atau ceramah agama. Ya, itu pun salah satu cara untuk kita berhibur juga. Bukankah berhibur itu adalah dengan cara melakukan perkara-perkara yang kita rasakan dapat menenangkan hati kita? ^_^

Memang benar, yang hak itu jelas dan yang batil itu pun jelas. Minyak dengan air tidak akan sekali-kali bercampur, begitu juga dengan perkara dosa dan pahala. Sudah jelas, apabila sesuatu program itu mempunyai pengisian yang bercampur antara hak dan batil, maka perkara yang batillah yang akan mendapat tempat dan memberi kesan yang besar dalam diri kita. Tetapi, apabila berbicara tentang soal diri kita sendiri, maka isu ini tidak timbul. Apa yang perlu kita lakukan ialah bersederhana dalam berhibur. Memetik nasihat Ustaz Azhar Idrus berkaitan hiburan yang melaghakan ini; “minatlah kalau nak minat sesuatu sekali pun, tapi jangan sekali-kali kita jual iman kerana perkara yang kita minat itu.” (sumber)

Akhir sekali, berhiburlah seadanya kerana kita memang sukakan hiburan. Tetapi pandulah fitrah suka berhibur kita itu dengan menambahkan lagi hiburan yang boleh mendekatkan diri kita kepada Allah. Berzikir dan mengaji Al-Quran juga salah satu terapi untuk menghibur dan menenangkan hati kita juga. Isilah ruang-ruang kosong di dalam hati kita dengan hiburan di jalan Allah. Insya Allah jiwa yang kosong itu akan terisi dengan sebaiknya.. aamiin~

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: