RSS

Siapa Diri Kita Bermula dari Tabiat..

08 May

Tabiat. Setiap orang punyai tabiat masing-masing yang tersendiri. Tabiat-tabiat tersebutlah yang menentukan ciri-ciri keunikan seseorang itu. Baiklah, apa itu tabiat yang sebenarnya?

                “Sifat batin seseorang yang mempengaruhi fikiran atau perbuatannya; perangai; budi pekerti atau watak. Tabiat juga boleh didefinisikan sebagai perbuatan yang selalu dilakukan atau tingkah laku.”

~Kamus Dewan Online

Baiklah, tabiat. Satu isu yang sangat senang untuk difahami. Isu yang mudah dan kecil. Tapi, tabiat itulah yang menentukan kejayaan atau kegagalan kita dalam kehidupan sekiranya kita sedar. Kenapa? Kerana tabiat itu adalah satu entiti yang sebati dalam diri kita. Kalau tidak sebati, masakan ia dikatakan sebagai tabiat. Tabiat ini boleh kita bahagikan kepada dua jenis. Tabiat yang positif dan tabiat yang negatif.

Tabiat yang positif sudah tentu menjadikan kita sebagai seorang yang positif dan hebat dalam kehidupan. Begitu juga tabiat yang negatif. Mungkin kita memandang tabiat ini adalah satu isu yang tidak lah perlu diberi perhatian sangat. Ada isu lain lagi yang lebih besar seperti isu ekonomi, sosial, politik dan lain-lain lagi. Tetapi jangan lupa, isu sekecil inilah yang akan membentuk isu-isu yang besar seperti yang dinyatakan di atas. Tabiat suka berniaga akan memantapkan ekonomi negara. Tabiat suka berhibur yang keterlaluan akan membentuk masalah sosial. Tabiat suka berbantah-bantah tentang perkara yang kecil atau tidak munasabah dan tidak senang dengan kejayaan orang lain juga salah satu punca yang membentuk masalah politik. Itu sebagai sekadar contoh yang mudah untuk difahami.

Apabila sesuatu sikap itu sudah menjadi tabiat kita, maka ia akan melekat dalam diri kita sehinggalah ia mungkin akan menjadi identiti diri kita sendiri. Misalnya tabiat suka berbohong, tidak jujur, tidak amanah, keras kepala dan merasakan diri sentiasa betul serta lain-lain sikap yang negatif. Begitu juga sebaliknya, kalau seseorang itu mempunyai sikap yang jujur, amanah, sentiasa berfikiran positif dan lain-lain sikap positif yang lain, ia akan menentukan kejayaan seseorang individu tersebut.

Tabiat adalah sesuatu yang sukar untuk diubah malah sukar untuk dibuat-buat. Ia merupakan satu entiti yang perlu disemai sejak dari kecil lagi. Tabiat adalah berkadaran positif dengan sikap. Oleh yang demikian adalah penting bagi ibu bapa untuk menanam sikap-sikap yang positif dalam diri anak-anak sejak awal kelahiran lagi. Kata pepatah, melentur buluh biarlah dari rebungnya. Tabiat anak-anak juga merupakan refleksi diri ibu bapa. Ya, Ini adalah benar kerana tabiat adalah sesuatu yang mudah mempengaruhi andainya ia sentiasa dilakukan di hadapan seseorang.

Untuk mengubah sesuatu tabiat yang negatif memerlukan satu kekuatan dalaman yang sangat besar. Ia memerlukan istiqamah yang tinggi dan mind setting yang positif. Sekiranya kita mahu dan percaya kita boleh ubah tabiat yang tidak kita sukai, insya Allah kita akan mampu melakukannya.  Namun, bukan sedikit mujahadah dan ketetapan pendirian serta pengorbanan yang diperlukan dalam usaha mengubah tabiat ini. Tabiat tidak sekali-kali akan dapat diubah jika kita tidak konsisten dengan azam dan usaha yang kita berikan. Selain itu, doa juga merupakan elemen yang penting dalam usaha mengubah tabiat. Mohonlah kepada Allah agar ditetapkan pendirian dan istiqamah dalam episod perubahan. Mohonlah agar diberi kekuatan untuk melawan nafsu yang berbentuk tabiat itu. Mohonlah agar Dia membantu kita dalam episod perubahan dalam kehidupan tersebut. Kenapa perlu mengubah tabiat? Kerana, siapa kita pada masa akan datang adalah bermula daripada tabiat yang kita miliki pada masa sekarang.

 Kesimpulannya, sama-samalah kita berusaha untuk mengubah tabiat yang negatif kepada tabiat yang positif demi agama kita. Kerana telah kita lihat kehancuran tamadun Islam itu bermula dari perkara sekecil-kecil tabiat.  Dan kejayaan tamadun Islam itu juga bermula dari perkara sekecil-kecil tabiat juga. Tidak salah mempunyai sikap yang negatif, kerana manusia memang dilahirkan dengan ketidaksempurnaan. Tapi jangan biarkan ia melekat dalam diri kita dalam bentuk tabiat sehingga menjadi identiti diri kita. Bahkan, jangan biarkan tabiat itu menjadi penghalang kepada kita untuk menjadi orang yang berjaya dalam kehidupan. Semoga kita sama-sama dibantu dan dipermudahkan-Nya dalam urusan untuk menjadikan sikap yang positif sebagai tabiat kita. Aamiin~

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: