RSS

Jangan ada Dendam…

31 Mar

Antara kita pasti pernah merasa wujudnya dendam dalam diri. Apabila berbicara soal dendam, setiap daripada kita pasti punyai alasan yang tersendiri kenapa perlu dendam itu melekat di dalam hati.

Baiklah, kali ini saya ingin berbicara soal dendam.. somehow, perkataan ini sering berlegar-legar di dalam fikiran dan hati saya sejak akhir-akhir ini. Kenapa ya? Mungkin pengalaman-pengalaman yang dikutip samaada pengalaman orang lain mahupun pengalaman diri sendiri mempengaruhi mood, cara berfikir dan emosi saya.

Mari kita selami apa erti dendam yang sebenarnya. Saya kira, semua sudah sedia maklum bagaimana bentuk rasanya perasaan dendam itu. Tapi, apa kata kita cuba mendalami erti dendam dari segi definisi pula. Dendam mempunyai dua definisi yang berbeza.Definisi yang positif ialah;

dendam berahi perasaan cinta dan kasih terhadap seseorang

dan definisi yang negatif;

dendam hati keinginan (perasaan) hendak membalas kejahatan

Aneh bukan, satu perkataan yang sama punyai erti yang sangat bertentangan. Satu pengertian membawa ke arah keharmonian dan kebahagiaan dan satu pengertian membawa kepada penderitaan hati yang tiada penghujung!.

Dalam hidup kita pastinya berlaku sesuatu peristiwa yang menyebabkan perasaan dendam itu wujud dengan sendirinya. Suka atau tidak, ia bukanlah pilihan kita. Sudah pasti tindakan dan persepsi kita selepas peristiwa tersebut akan sentiasa berkaitan dengan dendam tersebut. Oh ya, dendam yang ingin saya perhalusi pada kali ini ialah dendam dari perspektif yang negatif. Kenapa? Kerana ia banyak memberi kesan yang negatif dalam hidup kita.

Saya punyai seorang sahabat. Jalan kehidupannya bukanlah mudah. Penuh ranjau dan duri. Hinggakan saya sendiri tidak dapat membayangkan apa yang akan saya lakukan sekiranya saya berada di tempatnya. Ujian kehidupan yang diberikan-Nya kepada sahabat saya, pada saya terlalu sukar. Ujian yang bagaimana; biarlah rahsia. Tetapi, sudah tentu kita tidak dapat menanggung perasaan dendam apabila kepercayaan yang kita berikan dikhianati dan kebaikan kita diambil kesempatan. Malah lebih dari itu, pendirian dan prinsip kita tidak dihormati. Sudah pasti kita tidak akan terlepas dari menyimpan perasaan dendam yang menggunung itu.

Tapi, mungkin kita tidak sedar, dengan wujudnya perasaan dendam itu, kita tidak mungkin akan bebas dari kenangan-kenangan silam yang terlalu pahit untuk ditelan. Sampai bila-bila kepahitan itu akan sentiasa berada di dalam mulut kita. Tidak mahu kita telan dan tidak pula mahu kita luahkan. Terasa seolah-olah diri hidup dalam sengsara. Perasaan dan fikiran mula diasak dengan pertanyaan, “kenapa aku perlu hadapi perasaan yang tidak enak seperti ini? Aku ingin sekali bebas dari perkara yang ‘remeh’ macam ni.. tapi kenapa ia datang mengganggu hidup aku lagi?”

Ya, ingin sekali membebaskan diri daripada belenggu kenangan silam yang terlalu pahit untuk ditelan dan meneruskan hidup yang lebih gemilang. Sudah bertahun lamanya dibelenggu perasaan ini. Terasa seolah-olah tiada peluang untuk mengecapi kegemilangan dalam kehidupan. Perasankah kita kenapa kita seolah-olah tak boleh nak move on?

Ya.. kerana kita berdendam.. kita sentiasa menyalahkan orang lain di atas ketidakupayaan kita untuk meneruskan kehidupan dengan gembira. “Ni semua dia punya pasal la.. kalau dia tak kacau aku, takde la aku jadi macam ni” atau; “kenapa la dia ni macam tak boleh tengok aku senang je, apa yang aku buat, dia nak buat.. macam nak sabotaj aku je, huh!” Ohhh.. sungguh ironi sekali, jelas di situ kita yang berprasangka (walaupun mungkin apa yang kita sangkakan itu adalah tepat 100%) apa salahnya kita bersangka baik dengan orang lain. Mungkin mereka tidak sengaja menyakiti kita (walaupun sebenarnya memang mereka sengaja). Bukankah memberi kemaafan itu lebih baik daripada terus berdendam dengan kesilapan orang lain terhadap kita. Memaafkan bukanlah sesuatu yang senang. Mulut berkata; “aku maafkan kau” tapi sebenarnya dalam hati, masih tersimpan sekelumit dendam itu. Akhirnya, kita sendiri yang binasa akibat tidak mampu untuk meninggalkan sejarah silam. Sedangkan mereka yang membuat onar itu hidup dengan bebas gembira. Ahhh.. sungguh, bukan senang untuk memaafkan..

Firman-Nya:

“Dan bersegeralah kamu kepada ampunan dari Tuhanmu dan kepada surga yang luasnya seluas langit dan bumi yang disediakan untuk orang-orang yang bertakwa, (iaitu) orang-orang yang menafkahkan (hartanya), baik di waktu lapang mahupun sempit, dan orang-orang yang menahan amarahnya dan memaafkan (kesalahan) orang. Allah menyukai orang-orang yang berbuat kebajikan.” (Surah Ali Imran: 133-134)

“…Maka barangsiapa yang memaafkan dan berbuat baik, maka pahalanya atas tanggungan Allah.” (Surah Asy-Syura: 40)

Rasulullah SAW bersabda, “wahai Uqbah, bagaimana jika ku beritahukan kepadamu tentang akhlak penghuni dunia dan akhirat yang paling utama? Hendaklah engkau menyambung hubungan persaudaraan dengan orang yang memutuskan hubungan denganmu, hendaklah engkau memberi orang yang tidak mahu memberimu dan maafkanlah orang yang telah menzalimimu.” (HR.Ahmad, Al-Hakim dan Al-Baghawy)

Daripada ayat-ayat dan hadis di atas, dapat kita ambil pengajarannya bahawa sesungguhnya memberi kemaafan itu lebih utama daripada terus menyimpan dendam marah di atas kesilapan orang lain. Anggaplah kesilapan-kesilapan mereka terhadap kita itu sebagai pengajaran dan mungkin sebagai kifarah di atas segala kesilapan kita juga. Sentiasa ingat; kita tidak punyai apa-apa keuntungan pun selagi kita terus menyimpan rasa dendam itu. Bahkan ia menjadi satu liabiliti yang terbesar dalam diri. Ya, bukan senang untuk memadamkan luka di dalam hati. Bukan senang untuk melupakan kepedihan yang dialami. Tetapi, hati tanpa sebuah dendam lebih menjanjikan kecemerlangan dalam kehidupan. Sudah pasti kehidupan yang terasa disia-siakan selama bertahun-tahun ini tidak terus menjadi sia-sia.

Sukar sekali menjatuhkan ego dalam diri; terasa seolah-olah maruah diri diperkotak-katikkan. Tetapi, sebenarnya kita yang memperkotak-katikkan diri kita kerana bergantung kepada orang lain untuk mengubah hidup kita. Orang lain merupakan faktor luaran yang sudah tentu kita boleh abaikan andainya kita mahu.

“Manusia mampu berubah demi orang yang mereka cintai. Tetapi kita tidak sedar sebenarnya kita mampu untuk berubah kerana tekad dalam hati kita yang mendambakan sebuah perubahan. Semuanya kerana diri kita sendiri bukan orang lain.”

(dipetik dari sini)

Dari itu, maafkanlah.. lupakanlah.. dan mulakanlah langkah yang pertama untuk menjadi seorang insan yang lebih cemerlang di dunia dan pastinya cemerlang di akhirat. Kenangan semalam, simpanlah ia di dalam lipatan.. simpanlah ia di dalam safety box, kuncinya buang ke laut. Jadikanlah ia satu pengajaran agar kita tidak lagi tergelincir dan tersasar apabila menghadapi situasi yang hampir sama pada masa hadapan. Sekurang-kurangnya pengalaman itu mengajar kita erti hidup; melatih kita untuk bersedia menghadapi cabaran yang lebih hebat lagi di masa akan datang.

Mungkin kebahagiaan sukar diperolehi kerana hati kita yang hitam.

Mungkin rezeki tidak muncul kerana hati kita yang tidak bersih.

Mungkin jodoh terhalang kerana hati kita yang tidak memaafkan.

Maafkan sahaja mereka, insyaAllah hati kita akan lebih tenang..

dipetik dari Kemaafan Dendam yang Terindah

Buanglah dendam itu, insya Allah kebahagiaan dan kejayaan pasti menyusul. Insya Allah, pintu kecemerlangan dan kegemilangan itu pasti akan terbuka akhirnya, andainya kita sanggup melangkah keluar daripada pintu dendam kenangan silam. Kerana kita yang menentukan hidup kita gembira ataupun tidak. Bukanlah dengan kehadiran halangan-halangan yang berbentuk manusia dan perbuatan mereka itu penghalang kita daripada mengecapi kebahagiaan. Bergantung haraplah kepada Allah, nescaya kita tidak akan kecewa selamanya. Insya Allah..

 

5 responses to “Jangan ada Dendam…

  1. anas

    March 31, 2012 at 07:55

    this helps a lot
    tq..semoga tiada dendam

     
    • dhieya

      April 1, 2012 at 17:19

      alhamduliLlah.. semoga tiada dendam dan semoga dapat meneruskan kehidupan dengan cemerlang dan gemilang.. insya Allah~ =)

       
  2. dendam kesumat

    April 9, 2012 at 20:19

    hidup ini penuh dendam….😦

     
    • dhieya

      April 10, 2012 at 20:50

      tu lah hakikat yang perlu kita lalui.. tapi, kita yang mencorakkan diri kita samaada untuk berdendam atau tidak.. =)

       
  3. Human:(

    May 14, 2014 at 22:03

    sakitnya ada dendam. semakin sabar dan cuba memaafkan, semakin byk dia hancurkan hati kita.

     

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: