RSS

Hidup ini Sebuah Kehidupan

03 Apr

Assalamualaikum wrt dan salam sejahtera..

Sungguh, sebuah kehidupan itu sangat sukar untuk dimengerti dan difahami.
Sungguh, untuk hidup adalah sesuatu yang mudah. Tetapi, belum tentu orang yang hidup dapat berjaya melalui sebuah kehidupan.
Sebuah kehidupan itu penuh dengan hikmah sekiranya kita benar-benar menghalusi makna di sebalik ujian yang diberikan-Nya. Tidak dinamakan beriman seseorang itu selagi belum diuji keimanannya. Ya, kita berhak diuji. Kita berhak diuji keimanan, kita berhak diuji kesabaran, kita berhak diuji kebijaksanaan. Hidup tanpa ujian adalah sebuah kehidupan yang tiada makna. Namun, wujudkah orang yang hidupnya tiada ujian? Jawapannya tidak wujud. Kerana, ujian itu datang dalam pelbagai bentuk. Kesusahan dan kesukaran merupakan sebuah ujian. Bahkan, kesenangan hidup juga merupakan sebuah ujian.

Sering, kita merasakan cemburu dengan mereka yang kehidupannya terlalu mudah untuk mencapai apa yang diingini.. dapat apa yang diimpikan.. sering, kita merasakan penat dan lelah dengan ujian kesusahan dan kesukaran yang dialami.. bahkan, ada yang hampir-hampir putus asa dan kecewa dengan kehidupan. Tetapi, tunggu! Penat, lelah, letih, kecewa itu semua adalah perasaan yang normal. Sama juga dengan gembira, bangga dan kebahagiaan yang tidak mampu diungkapkan oleh kata-kata yang dialami oleh seseorang itu. Namun tahukah kita, bahawa semua perasaan-perasaan tersebut adalah fatamorgana dunia semata-mata? Tidak salah untuk merasa kecewa, sakit, kesal dan segala-galanya.. tetapi, adalah salah untuk kita PUTUS ASA DAN BERHENTI BERUSAHA DAN BERHARAP! Kerana, perasaan-perasaan yang sebegitu akan mendekatkan hati kita kepada sebuah kekufuran. Kufur dengan nikmat ujian kesusahan yang diberikan-Nya. Sama juga. Manusia sering alpa dan cenderung untuk kufur dengan ujian kesenangan yang diberikan-Nya. Kenapa begitu? Kerana kita tidak tega dan tidak cuba untuk menjadi kuat. Kuat dan tabah dalam menghadapi segala-galanya. Dunia adalah persinggahan yang sementara. Sesungguhnya akhirat itulah yang kekal abadi dan patut dikejari.

Ya, ramai yang berkata, hidup di dunia ni sementara aje.. tidak usahlah terlalu mengejar dunia. Tapi, hakikatnya ramai yang terkena jangkitan virus cintakan dunia. Tidak percaya? Ujilah diri sendiri. Berapa ramai yang sanggup mengorbankan kesenangan dan keindahan dunia demi akhiratnya? Tidak usah menganalisis kelakuan orang lain. Analisislah diri sendiri. Koreksi diri.

Bahagia. Satu perkataan dan perasaan yang diimpikan oleh setiap manusia. Apakah definisi bahagia itu? Mendapat segala yang diimpikan? Hidup dengan senang? Wang dan harta yang banyak? Terpulang. Terpulang kepada individu untuk mendefinisikan kebahagiaan itu. Kekadang, yang miskin itu lebih bahagia daripada yang kaya. Kekadang, individu yang hidupnya merasa bahagia diuji. Siapa tahu. Hanya Dia yang mengetahui segala-galanya.

Sabarlah, tabahlah, berusahalah untuk mencari dan menjadi yang terbaik untuk diri sendiri. Bukan untuk orang lain. Tetapi untuk diri sendiri. Demi cinta Allah yang ingin diraih dan digapai. Demi cinta Allah.

Benar. Berkata lebih senang daripada melaksanakannya. Jadi, laksanakanlah kata-kata anda itu. Bukan sekadar bertanam tebu di pinggir bibir. Jadilah kuat untuk menjadi orang yang kuat. Jangan mengalah!

Biarlah bersusah-susah dahulu. Biarlah berhujan dahulu, nanti pelangi petang yang indah pasti muncul menceriakan kehidupan anda. Jangan risau. Allah sentiasa bersama-sama dengan hamba-hamba-Nya yang sabar dan berusaha mendekati-Nya. Insya Allah.
^_________^

(sekadar penguat semangat di kala menangani senyuman yang semakin menghilang)

 
4 Comments

Posted by on April 3, 2011 in Once in a while~, Opinions + Thoughts

 

4 responses to “Hidup ini Sebuah Kehidupan

  1. anGah

    August 7, 2011 at 01:21

    wow.. menarik dan terbaik..🙂

     
    • dhieya

      August 8, 2011 at 14:21

      =)

       
  2. 2one

    September 22, 2011 at 00:47

    Manusia sekarang asyik kejar dunia.. dah lupa akhirat..

     
    • dhieya

      September 22, 2011 at 01:07

      nak buat camne.. ramai yg t’kena fitnah akhir zaman.. kita pun sama.. x pernah t’lepas dari ancaman2 tu.. =(

       

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: