RSS

Tentang Cinta

27 Feb

Assalamualaikum wrt dan salam sejahtera…

Tertarik dengan artikel Ustazah Noraslina Jusin yang mula ditatap oleh netizen yang dahagakan secebis motivasi penguat semangat yang penat akibat ujian yang datang bertalu-talu.. ya.. soal hati dan perasaan memang sangat sukar untuk diungkapkan.. izinkan saya untuk memetik sajak di dalam entri tersebut;

CINTA 100%.

Andai ada yang bertanya, berapa peratuskah cintamu untuk ayah ibumu?
Pasti jawapanku, 100%.
Andai ada yang bertanya, berapa pula peratus cintamu pada suamimu?
Pasti jawapanku, 100%.
Andai ada yang bertanya, berapa peratuskah cintamu untuk anak-anakmu?
Pasti jawapanku 100%.
Andai ada yang bertanya, berapa pula peratus cintamu untuk saudara seakidahmu?
Pasti jawapanku, 100%.

Andai mereka bertanya, lalu berapa pula peratus cintamu untuk dirimu sendiri?
Pasti jawapanku, 100%.
Andai mereka keliru lantas tertanya-tanya, masakan begitu?
Bukankah setelah dibahagi, cinta itu pasti berkurang peratusannya?
Pasti jawapanku, beserta senyum malu-malu,
Ada satu di dunia ini, walau dibahagi seberapa banyakpun, ia tetapkan sama..
Tidak berkurang walau sedikitpun,
Itulah CINTA…

Anugerah paling berharga dari Yang Maha Esa.

Artikel penuh boleh dibaca di sini..

Ya.. cinta.. satu perkataan yang cuba untuk dielak berkali-kali kerana ia menyakitkan.. tapi, tidak bernama cinta sekiranya ia menyakitkan.. seperti lirik lagu Cinta – Amy Mastura. Cinta itu sesuatu yang indah.. tapi kenapa pencinta masih merasa sakit? Owh.. sudah tentu saya tidak mempunyai jawapan yang tepat kepada persoalan itu.. malah sesiapa pun tidak akan mampu untuk memberi jawapannya.. kerana, cinta itu satu perasaan yang sangat sukar dimengertikan.. sukar untuk diungkapkan.. sukar untuk diinterpretasikan.. sukar untuk diekspresikan.. yess.. sangat-sangat sukar..

Kekadang kita sering tertanya, begitu indahkah cinta sehingga ramai yang menjadi pencandu cinta? Bagaimana bagi mereka-mereka yang tidak pernah merasai dan mengenal apa itu cinta? Ah.. tipulah.. setiap orang akan merasainya.. itu adalah pasti.. bukankah berkasih-sayang itu adalah fitrah manusia? Mengapa harus menafikan perasaan fitrah yang dikurniakan oleh Allah S.W.T kepada manusia? Lagikan haiwan pun punyai naluri kasih sayang..

Perasaan cinta itu tidak salah.. tetapi kaedah mengekspresi rasa cinta itu salah.. salah sekiranya diekspresikan dengan cara yang bertentangan dengan syariat. Ni kempen “Elakkan Pencemaran Cinta” ye kawan-kawan.. cinta yang tercemar tidak akan ke mana.. jika ingin bahagia di dunia dan akhirat, sandarkan rasa cinta kepada Allah.. cintai dan kenalilah Allah, Rasulullah S.A.W dan diri sendiri dulu.. barulah cintai yang selainnya.. insya Allah kita tidak akan kecewa..

Cinta itu indah sekiranya saling memberi dan menerima..
Cinta itu menyakitkan sekiranya asyik memberi tetapi tidak menerima..
Cinta itu membosankan sekiranya penuh kepura-puraan..

Tapi dalam banyak-banyak cinta, cinta dunia la yang paling ditakuti.. kerana apabila sudah jatuh cinta dengan nikmat dunia yang palsu, cinta akhirat sudah tiada.

Peliharalah cinta.. peliharalah hati.. memberilah.. dan menerimalah.. andai kebahagiaan ada di situ.. namun jangan putus asa sekiranya tidak menerima.. kerana janji Allah itu pasti..

P/s: Cinta bukanlah segala-galanya.. tetapi segala yang berlaku adalah kerana cinta..

 

15 responses to “Tentang Cinta

  1. ieda

    February 28, 2011 at 09:01

    yes…betul….Janji Allah itu pasti…….

     
    • dhieya

      March 1, 2011 at 11:25

      =) janji Allah itu pasti.. terpulang kepada kita bagaimana untuk mendapatkan janji-Nya itu..

       
  2. Yana Mus

    March 1, 2011 at 22:31

    Hamboi.. Cantik Belog kamu.. Kemas!! ;o)

    Erm….Ye! CINTA Dunia yg membunoh! Sekali terjerat tanpa kawalan, hancus hidop manusia!

     
    • dhieya

      March 1, 2011 at 23:03

      owh ye? suke layout classic2 camni.. old skul.. haha.. thanks~😀

      Yup.. kne la hati2 n tau apa tjuan hdup kte kan.. =)

       
  3. Yana Mus

    March 2, 2011 at 13:21

    Yana ni Xkisah mn, janji kemas n cntik! huhu..
    Dhieya : Yg dhieya tny psl kj tuh, sorry eh, Xdpt nk share kat komen tuh.. Cz yana ni ader STALKER. Hangsua sunggoh! Fenin lalat d buatnye. Khalis tau (khalis tu kwn rpt sbnrnya) hihi… Sorry…. Kalau X, yana x kisah pon nk story mory.. ;o) (Dat y Shout Box yana jp for admin je n jap2 je bk untok org lua..)

     
    • dhieya

      March 2, 2011 at 15:48

      good~ x mmilih sgt.. hehe

      owh.. ada stalker ek.. ptut la pon kjp bley komen kejap x bley komen.. xpe2.. nti dia stalk kt cni plk.. add kt fb bley?

       
      • Yana Mus

        March 3, 2011 at 13:14

        Boleh.. Cari Young Mouth. FB ni mmg untok blog, hihi.. FB personal dh lm deactivate, hihi…

         
  4. Yana Mus

    March 3, 2011 at 14:09

    Eh, boleh je komen.. Cuma kene tunggu approval je, hihi.. Shout jer kdg boleh kdg tak, hihi.. (depend on yana on or off lo..) ;-P

     
    • dhieya

      March 3, 2011 at 14:44

      dah add fb.. our mutual friend Khalis je la kot.. hehe.. kalo nk tau yg mana 1 la.. hehe.. fb personal pun dah deactivate? bhye btul la stalker tu kot.. smpai camtu skali ek.. huhu..

      owhh.. kne approve ek.. huhu.. =)

       
      • Yana Mus

        March 4, 2011 at 14:24

        Ye, dolu main display teros je.. Now, sume jd private. Iya lo.. STALKER suka curi gmbr n info.. hahaa.. Sah Crazy! Amek ko! Aah, khalis je.. Ye, dah approve kat FB dah, hihi… TQ..

         
  5. queen aida

    March 4, 2011 at 22:23

    time ksh sbb salu jenguk blog queen wpn hy dgr lagu..queen hrgai sgt2

     
    • dhieya

      March 4, 2011 at 23:23

      =) trime kasih kembali sbb letak lagu tu.. sgt best.. (rasa cam t’kena pd dri sdri.. haha)
      mmg akan slalu jenguk blog queen~ =)

       
  6. khalis

    March 6, 2011 at 10:31

    sbab tue lelaki boleh kawen 4,,cinta ini takde jumlah nye.. no 1 blh dapat 100% yang ke 4pun leh 100% jugakk..hehe..dop gitue?

     
    • dhieya

      March 6, 2011 at 14:12

      hohoho… btul tu.. tp apabila bercerita tentang adil, rasa2 mampu ke utk adil? ye.. mmg ada mampu untuk b’laku adil.. tp usahlah menipu diri s’diri.. sbg manusia, pasti ada sikap bias & mlebih2kan ssuatu..

      sy bukan anti poligami.. tp sy anti org yg b’poligami tp x mampu utk b’laku adil.. dan, rata2 lelaki yg b’poligami adlh bgitu.. =)

       
  7. Yana Mus

    March 11, 2011 at 13:57

    Sory to all.. YM sudah no longer active.. BZ der.. hihi.. Will be back pon, Xtahula bila.. Sorry to all blogger mudee.. Howeva it is, i’ll support u guys.. ;o) Keep blogging guys.. Caiyok2!!

     

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: