RSS

CATATAN UNTUK ABAH SEMPENA HARI BAPA

11 Jun

 

Sempena Hari Bapa nie, aku teringat satu peristiwa aku dengan abah aku yang mana peristiwa tu memang xkan aku lupakan. Peristiwa tu memang betul-betul buat aku terharu dan hampir menangis.

            Peristiwa tu berlaku pada tahun 2006 tak silap aku. Kalau tak tahun 2005 lah.. huhu… masa tu abah aku nie baru je sembuh dari pembedahan kepala lutut kerana lutut dia pecah terhentak kat tangga masjid masa dia berlari-lari nak solat Subuh. Family aku datang dari Kelantan untuk menghadiri majlis perkahwinan sepupu kat TTDI. Mase tu aku still lg study kt KL. Abah aku dtg ar kt tmpt aku utk amik aku. Then, kitorang pegi KL Central utk jemput adik aku dr KKB… haa… masa tu lah peristiwa tersebut b’laku… kitorang naik LRT ke sana… kat stesen LRT Wangsa Maju tu, aku bwk la abah aku naik tangga utk naik LRT tu… dengan kaki yg masih lg sakit… kesan pembedahan pun masih ade lg waktu tu… abah aku panjat tangga tu… masa tu baru aku perasan silap aku… patutnya kitorang naik la lif… ape laaa aku nie… tp tu lah… masa tu mmg aku sgt2 x perasan… aku sgt2 sedih dan terharu… kesal krn x bwk abah aku naik lif. Dalam keadaan masih lg sakit, abah aku tetap dtg dengan drive sorg2 dr Kelantan… dia tetap sanggup buat apa saja walaupun sakit… huhu…

            Mulai dari saat tu, aku benar2 b’tekad yg aku xkan kecewakan abah aku spnjg hidup aku. Pengorbanan dia terhadap kitorang adik-beradik mmg sgt besar… walaupun kami bukan dr kalangan orang yg senang, tp, abah tetap sanggup buat apa shj utk kesenangan hidup kami… umi aku pun sama… sanggup buat apa shj utk penuhi keperluan kami… kadang2 kehendak kami yg xde la penting sgt pun mereka tetap nak penuhi jugak… huhu… setiap kali aku dgr lagu nasyid sentuhanmu dari in-team, for sure aku teringat dkt abah… mmg pengorbanan dia bnyk sgt…  

            Sempena hari bapa nie, aku nak ucapkan selamat menyambut hari bapa kepada semua bapa2 di dunia nie… dan kepada anak2 kpd bapa2, ingatlah… penghargaan dan kasih sayang kita kpd ayah kita x semestinya kita tunjuk pd hari bapa je. Sepatutnya setiap hari merupakan hari bapa bg kita… setiap hari kita patut meraikan dan menghargai pengorbanan bapa kita… ingatlah, kasih ayah hingga sanggup bersusah payah dan mengikat perut kerana nak menyediakan sesuap nasi utk anaknya… hargailah mereka selagi mereka masih hidup dan doakanlah mereka sekiranya mereka telah tiada…

 

Sentuhanmu 

 

Album : Damba Kasih
Munsyid : In-Team
http://liriknasyid.com

 

Terpanar aku pada sentuhan keramatmu
Mengheret aku mentafsir memori silammu
Dulu ku ragu apa terbungkam dibenakmu
Kini ku tahu apa yang terbuku di hatimu
Surut dedarku pada usapan manteramu
Tunduk ungkalku pada ketegasan dirimu
Terpasak semangat pada keyakinan tekadmu
Keakuranku pada tunjuk dan titah arahanmu

C/O
Oh ayah,
Tak pernah ku tanya
Kemana tumpahnya keringatmu
Oh ayah,
Tak pernah ku hitung
Berapa banyak kerutan di dahimu
Yang ku pinta hanyalah kemahuan hatiku
Yang sedaya ayah laksanakan

Kau pendorong bukanlah pendesak
apalagi memaksa diriku
Aku terlorong bukan terdesak
apalagi rasa terdera

Tak terkuis dugaan menduga
Apalagi takdir yang menerpa
Aku mengharap bukan menolak
Apalagi cuba melupa

Lestari kasihmu tanpa batasan
Sempadan waktu yang memisahkan
Abadi hingga ke hujung usia akhiran masa
Sentuhanmu amat bermakna..

Melodi: Abai Os (Hijjaz Records)
Senikata: ITO Lara (Gurindam Entertainment)
Hakcipta : Hijjaz Records Sdn. Bhd.

 

 

 

 
Leave a comment

Posted by on June 11, 2008 in Opinions + Thoughts

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: