RSS

Untuk yg masih mencari

04 Jun

Suatu hari. Aku mengunjungi madam Kalsom, seorang kaunselor yang tak asing lagi dikalangn pelajar2 UIA. Setelah memakir motor di Mahallah Ashiah. Aku berjalan riang menuju blok pergi. Terasa ingin mendengar sepatah dua taujihad dari madam yang kukenal sejak di bangku sekolah menenagh. Hari ini, beliau bercerita pada tentang sebuah drama Indonesia d TV9 yang kukira menarik untuk dikongsi bersama. Entah apa tajuk dan jalan cerita sebenarnya, tak dapat kupastikan tapi, tajuknya mungkin…= gadis solehah di lamar 4 pria… denagn suara penuh lemak merdu, madam pun bercerita…

Ada seorang gadis yang sangat solehah, ibu bapanya juga org baik-baik..orgnya solehah, cerdik dan cantik, dia rajin beribadah dan sering mlakukan kbaikan…tapi belum pernah dlamar sesiapa..umurnya dah mncecah umur anak dara tua. Dia sering berdoa pada Allah agar dpertemukan jodoh, sentiasa solat dan memohon penuh harap namun taqdir belum myebelahinya…

Akhirnya, dia berjmpa degn seorang ustaz untuk meminta nsihat. Kata ustaz,”untuk mndapatkan jodoh yang baik, kamu hrs mlakukan amalan2 soleh sebagai tambahan kepada perkara2 kewajipan… kamu harus menunaikan solat nawafil selepas solat wajib”.

” itu sudah sentiasa saya lakukan” jawab si gadis.

“jika begitu, sentiasalah berpuasa isnin dan khamis”

“itu juga sering saya lakukan pak ustz”

“jika begitu, kamu hrs sentiasa bersedekah”

“oh, itu jarang2 sekali saya lakukan…baiklah, saya akan lakukannya”.

Keesokan harinya dia meminta izin ibu bapa dan keluar berjalan2..dia melihat org susah dan segera mmberi sedekah. Ketika berjalan pulang dari rumah, ada seorang llaki tertarik hati padaNya dan terus mnuju ke rumahnya. lelaki itu kmudiannya melamar si gadis.

Terjadilah perbincagan si ibu bapa…

“Terima ajalah, orgnya pun soleh”kata si ibu.

“tetapi lelaki itu duda, berumur, anak kita masih gadis lagi”.

“tapi anak kita kan sedih berumur juga, nngak apa-apa”

“kita tanya anak kita”.

Jwblah si gadis…terpulang pada ibubapa, asalkan soleh dan beriman dan boleh mndidiknya. Umur dan duda bukan masalah padaNya…

Si ibu dan ayah menolak lamaran lelaki tersebut. Si gadis berasa sangat sedih. Dia risau tak ada lagi org yang akan melamarnya.Lalu dia mnadah tangan bermohon lagi pada Allah dan terus bersedekah..

Semasa pulang dari masjid dia berselisih dengan seorang llaki yang baru berniaga di kampungnya dengan menaiki van. Llaki muda ini tertarik padaNya dan terus melamarnya. Llaki ini juga seperti llaki tua tadi, perwatakannya baik, sopan santun dan mmpunyai ciri-ciri agama dalam diri. Di samping itu llaki ini juga rajin berniaga dan bekerja.

Berbincanglh sekali lagi si ibu dan bapa..sungguhpun pemuda itu baik, namun entah Kenapa

mereka menolaknya..

Gadis itu sekali lagi patah hati..” Ya Allah, Kenapa sukar sungguh jodohku? Dia menangis hiba…

Namun, dia tetap setia bersedekah di masjid dan melakukan amalan2 sunat dengan harapan,suatu hari nanti, Allah akan menganugerahkannya seorang suami yamg soleh…

Suatu hari, rakan abangnya singgah ke rumahnya.Dia sekadar singgah sebentar untuk bertemu abangnya sementara menunggu penerbangan pulang ke rumahnya di Jakarta kerana dia diminta oleh keluarganya untuk pulang kerana urusan yang penting.Pemuda itu seorang lelaki yang berkarisma, berwajah handsome dan berpelajaran tinggi serta mmpunyai asas agama yang baik juga.

Di rumah, lelaki itu terpandang si gadis dan jatuh hati padanya. Dia mmberitahu hasrat hati kpada abangnya. Si gadis juga merasa gembira…llaki itu pun pulang ke Jakarta..Malangnya, setelah lama menunggu, lelaki itu tidak kunjung tiba. Maka bersedih hatilah si gadis dan meneruskan munajat d tengah malamnya.”Ya Allah, apakah aku bukan perempuan solehah, lantas tidak ada jodoh buatku..Ya Allah, ampunkanlah dosa2ku..Bantulah aku bertemu dengan hikmah2 ujian ini..kurniakan aku jodoh yang soleh..”

Selang beberapa ketika, gadis itu dan keluarganya mndapat khbaran..

-Si duda sudah menikahi seorang janda……

-Lelaki peniaga tadi ditanggap oleh pegawai agama dan polis kerana berniaga vcd lucah. Di dalam van lelaki tersebut dipenuhi gambar2 porno.

-Rakan abangnya pula, rupa-rupanya di minta pulang segera oleh keluarganya kerana ingin menikahkan dia dengan seorang gadis Jakarta.

Sedarlah si gadis, bahawa ketiga3 pria itu bukan jodohnya, mestipun hatinya myukai mereka.Lelaki pertama dan ke3 sebenarnya sudahpun di taqdirkan Allah untuk org lain, maka Allah tidak mnjodohkan mereka untuknya. Sementara, llaki kedua, kelihatan baik dan soleh pada pandangan umum namun bukanlah seorang llaki yang soleh malah mlkukan kmunkarn, maka kerana itulah, Allah mnjauhkan gadis dr keburukan yang tersembunyi…

Suatu hari..si gadis mndapat jemputan dr pihak masjid. Sebuah jemputan khas buat semua penderma2 tetap tabung masjid. Di dalam majlis, terdapat seorang penderma yang warak, handsome dan bijaksana..hatinya telah terpikat pada si gadis.

“sebelum saudara memanah hati saya, bertnyalah kepada org tua saya”

Akhirnya, segala persetujuan tlhpun di capai…

Janji telah bersimpul ikat.

Menunggu masa dan waktu untuk dimeterai…

Tiba di hari yang di nanti2..si gadis memakai pakaian yang cukup indah, mnyerlahkan kecantikan dirinya..para tamu sudahpun memenuhi undangan..pengapit siap sedia menanti…

Lama menunggu, pengantin llaki belum tiba..

1 jam berlalu

semua di ulit resah, si ibu tidak sudah2 mmbebel..si ayah mula berpeluh2,si gadis menanti penuh debaran..

2 jam berlalu..

tamu mula berbincang sesama sendiri, wajah si ibu penuh kecewa,si ayah mundar-mandir, wajah si gadis muram lagi suram..

masa terus berlalu,makin laju..

pengantin belum kunjung tiba, si gadis, lantas berwudhuk dan menunaikan solat serta memanjatkan doa. Air matanya bercucuran..

“Ya Allah, apakah aku ni sememangnya tidak berjodoh?

“Ya Allah, apakah ini ujianMu buatku?

“Apakah ini yang Kau taqdirkan utukku?

“Jika beginilah sebuah taqdir yang sengaja Kau letakkan untukku…Aku redha,Wahai Allah..Aku redha pada kehendakMu…Aku redha pada taqdirMu…”

Pengantin llaki pun tiba…,sejurus selepas doa ini…-)

Emmmm….

kadang-kadang, dalam hidup kita, akan sentiasa ada perasaan aneh yang datang mengetuk dan mengunjungi hati kita…dan hati kita akan terpanah dengan kebaikan, keindahan, kesolehan dan keluhuran yang di miliki…

Tapi, jika itu bukan jodoh kita, lambat laun ia tetap akan pergi dan berlalu begitu sahaja…

Jika ketika ia bertandang sekadar seperti rama2 yang terbang berehat seketika menghilangkan kepenatan dan kita menggengam perasaan itu dengan sepenuh hati kita, dengan penuh keyakinan melangkaui perbatasan iman, kadang kala ia mengundang duka dan keperitan yang cukup-cukup mndalam…

Semoga kita dapat meneruskan sesi2 doa, memperbanyak amalan2 soleh, sentiasa tawakkal dan redha dengan segala ujian serta kurniaan-Nya……Yakinlah sahabat-sahabat tersayang, Allah swt itu Maha Adil dan Maha Pemurah. Dia akan menghadiahkan kita sesuatu yang terbaik mengikut qadar dan masa yang sesuai untuk kita, provided that….kita berusaha menjauhkan diri dari dosa2 dan kesalahan2 yang mampu kita jauhkan ..

” Alkhabithatu lil khabithin…wal khabithuna lilkhabithat…

perempuan yang berakhlak buruk untuk lelaki yang berakhlak buruk, lelaki yang berakhlak buruk juga untuk perempuan yang berakhlak buruk…

“Atthayyibatu litthayyibin. .buat tayyibuna littayyibatt. .

Perempuan yang baik untuk lelaki yang baik…

(an-Nur 26)

===

p/s: Janganlah cepat berputus asa dalam pencarian hidup ini, andai anda terasa kecewa di dalam perjalanan… kerana pasti ada sesuatu yang lebih baik yang Allah telah sediakan buatmu pada masa hadapan… hanya masanya belum tiba, kerana terdapat hikmah di sebaliknya…

Dari Abu Hurairah .a bahawa nabi SAW telah bersabda: “Allah sentiasa memperkenankan doa seorang hamba selama doa itu tidak mengandungi (perkara) dosa, (perkara yang) memutuskan silaturrahim dan selama tidak meminta supaya cepat-cepat diperkenankan.” Lalu baginda ditanya oleh seseorang: “Apa maksudnya meminta dicepatkan?” Jawab baginda: “Umpamanya seseorang itu berkata dalam doanya: “Aku telah berdoa. Aku telah berdoa tetapi aku belum melihat doaku diperkenankan. Lalu aku putus asa dan berhenti berdoa.”

(Muslim)

imported from ukhwah.com

 
1 Comment

Posted by on June 4, 2008 in An-Nasihah

 

One response to “Untuk yg masih mencari

  1. ismail

    June 9, 2008 at 03:17

    Aku pon tgk cerita tu….best sgt…
    bertuah la sapa2 dapat isteri mcm dalam cerita tu

     

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: