uNgu LaveNdeR’s Weblog

Just another WordPress.com weblog

Siapakah Kita…?

Untuk Renungan

  Siapakah orang yang sibuk   ?
Orang yang sibuk adalah orang yang tidak mengambil berat akan waktu
solatnya seolah-olah ia mempunyai kerajaan seperti kerajaan Nabi
Sulaiman a.s

 

Siapakah orang yang kaya?
Orang yang kaya adalah orang yang bersyukur dengan apa yang ada dan
tidak lupa akan kenikmatan dunia yang sementara ini.

 

Siapakah orang yang miskin?
Orang yang miskin adalah orang tidak puas dengan nikmat yang ada
sentiasa menumpuk – numpukkan harta.

 

Siapakah orang yang rugi?
Orang yang rugi adalah orang yang sudah sampai usia pertengahan namun
masih berat untuk melakukan ibadat dan amal-amal kebaikan
.

 

Siapakah orang yang paling cantik?
Orang yang paling cantik adalah orang yang mempunyai akhlak yang baik.

 

Siapakah orang yang mempunyai rumah yang paling luas?   Orang yang
mempunyai rumah yang paling luas adalah orang yang mati membawa
amal-amal kebaikan di mana kuburnya akan di perluaskan saujana mata
memandang.

 

Siapakah orang yang mempunyai rumah yang sempit lagi dihimpit?
Orang yang mempunyai rumah yang sempit adalah orang yang mati tidak
membawa amal-amal kebaikkan lalu kuburnya menghimpitnya.

 

Siapakah orang yang mempunyai akal?
Orang yang mempunyai akal adalah orang-orang yang menghuni syurga kelak
kerana telah mengunakan akal sewaktu di dunia untuk menghindari siksa
neraka.

 

February 27, 2008 Posted by dhieya | Islamic View | | No Comments Yet

KHUSYUK DALAM SOLAT

Apakah erti khusyuk? Khusyuk pada asalnya bererti diam dan merendah. Khusyuk boleh dilakukan dengan hati dan anggota badan. Khusyuk boleh juga dilakukan dengan menunduk dan merendahkannya sambil memberi tumpuan penuh. Khusyuk dengan anggota badan dengan pula maksudnya menunjukkan sikap tunduk dan merendah diri. Kata lawan bagi khusyuk adalah sombong, angkuh dan tidak peduli. Oleh itu, apabila seseorang melakukan solat, hendaklah dia khusyuk pada hatinya dengan merendah diri dan memberi tumpuan penuh kepada Allah S.W.T dan jangan pula mengamalkannya dengan sikap-sikap yang menampakkan kesombongan dan keangkuhan. Begitu juga dengan perkataan, tidak harus keluar dari mulutnya melainkan perkataan-perkataan yang mengagungkan Allah S.W.T.            

 Namun, khusyuk tidak termasuk syarat-syarat solat dan juga bukan termasuk dalam rukun-rukun solat. Kerana jika khusyuk termasuk dalam syarat atau rukun solat, pasti setiap kali seseorang hilang khusyuknya semasa solat akan batallah solat tersebut. Khusyuk merupakan suatu perkataan yang mudah disebut, mudah disuruh tetapi susah untuk mencapainya.            

Walaupun khusyuk tidak diwajibkan, bukanlah bererti kita tidak boleh meremehkannya kerana khusyuk menjadi satu tuntutan. Tetapi, dalam keadaan tertentu apabila hilang kekhusyukkan atau kita terpaksa menghentikan seketika kekhusyukkan kita untuk melakukan sesuatu maka ketahuilah, yang demikian itu tidak merosakkan solat.

Sumber: Perancangan Eksekutif Islam 2008 (1428H – 1429H)

January 11, 2008 Posted by dhieya | Islamic View | | No Comments Yet

16 ETIKA SAUDARA SEISLAM

Dalam pergaulan rakan seagama, Islam telah menggariskan beberapa etika atau adab yang perlu dipatuhi:-

1-      Mengucapkan salam ketika bertemu lalu berjabat tangan. Jika rakan kita itu terlebih dahulu memberi salam, maka wajiblah kita menjawab salamnya.

2-      Apabila mendengar rakan bersin, hendaklah mendoakannya dengan mengucapkan “yarhamukallah” apabila mendengar sahabat kita berkata “alhamdulillah”.

3-      Menziarahi rakan yang sakit dan mendoakannya agar segera sembuh.

4-      Menziarahi apabila ada rakan yang meninggal dunia.

5-      Memberi nasihat atau pandangan yang berguna apabila diminta berbuat demikian.

6-      Orang Islam dilarang menyusahkan rakan seIslam yang lain dengan sesuatu yang buruk atau menyakitkan hati.

7-      Jangan memutuskan silaturrahim sesama Islam lebih daripada 3 hari.

8-      Tidak mengejek, menghina dan memanggil orang Islam dengan nama yang hina.

9-      Dilarang memaki hamun tanpa hak, samaada ketika orang itu masih hidup atau mati.

10-  Jangan iri hati, dengki, khianat dan bersangka buruk terhadap rakan Islam yang lain.

11-  Wajib bergaul dengan semua rakan muslim dan tidak memilih kawan tanpa sebab.

12-  Menghormati yang tua, menyayangi yang muda.

13-  Berlaku adil kepada orang Islam dalam segenap aspek kehidupan.

14-  Memiliki sifat cepat memaafkan, menutup aib dan jangan mendengar rahsia yang berkaitan dengan rakan Islam yang lain.

15-  Membantu saudara seagama yang memerlukan pertolongan.

16-  Jangan menipu rakan seIslam yang lain.  

Sumber: Perancangan Eksekutif Islam 2008 (1428H – 1429H)

December 28, 2007 Posted by dhieya | Islamic View | | No Comments Yet