Pernah saya katakan, kita akan diuji melalui apa yang kita sayangi dan dengan apa yang selalu kita katakan. Inilah hakikat yang saya alami semasa cuba berdakwah dalam rangka untuk mendidik diri disamping mendidik orang lain. Saya cuba memujuk hati dengan berkata, "ketika Allah menguji kita dengan apa yang kita sering dakwahkan kepada orang lain, itu petanda Allah mengingatkan kita ketika kita mengingatkan orang lain." Agar kita tidak memperkatakan apa yang tidak amalkan...
Entri terakhir Ustaz untuk tahun 2012 sebagai sumber inspirasi untuk membuat lonjakan yang lebih tinggi pada tahun 2013. Alhamdulillah.. terima kasih Ustaz di atas perkongsian ini.. benar, setiap hamba itu akan diuji dan terpulang kepada kita samaada nak berjaya atau gagal dalam ujian tersebut. Ukuran kejayaan dalam menghadapi ujian adalah sejauhmana kita mengingati & mendekati-Nya. Segala yang negatif mahupun positif tetap akan menjadi positif kepada hamba yang benar-benar mahu mengerti hikmah di sebalik ujian-Nya.. semoga kita semua tergolong dalam golongan hamba yang mengerti apabila Dia berbicara.. aamiin~



