RSS

Sabar dalam Menghadapi Ujian itu Sukar Tetapi Indah

18 May

Sabar dalam menghadapi ujian itu buahnya manis.

Masalah. Sebenarnya setiap orang tidak akan terlepas daripada menghadapi masalah selagi hidup di dunia ini. Sehingga wujudnya statement extreme yang menyatakan bahawa;

“hidup ni hanyalah untuk menyelesaikan masalah.. lepas satu masalah selesai, masalah lain pulak yang akan datang, penat! Seolah-olah hidup ini hanyalah untuk menyelesaikan masalah semata-mata.”

Tidak dinafikan, perasaan sebegini akan hadir dalam diri kita yang sudah terlalu penat dan lali berhadapan dengan masalah. Apatah lagi masalah yang dihadapi itu terlalu berat dan sudah tidak tertanggung lagi. Ungkapan sabar dan kata-kata semangat dari orang sekeliling seolah-olah tidak punyai makna lagi. Sehingga kita merasa, tidak ada orang dalam dunia ini yang paling besar masalahnya selain daripada kita. Masalah kitalah yang paling besar dan berat sekali. Tidak akan ada orang yang memahami apa yang kita rasa. Pandangan simpati daripada sahabat handai hanya sekadar pandangan kosong  yang tidak punyai apa-apa makna. Begitulah analogi beratnya perasaan yang dirasa apabila diri ditimpa masalah. Apatah lagi apabila masalah yang datang itu berangkai-rangkai. Belum selesai lagi satu masalah, masalah lain pula yang datang. Kekadang mengundang sesak di dada dan rasa hidup sudah tidak punya alasan lagi untuk merasa ceria dan gembira. Malah lebih teruk, kita merasakan diri sudah tidak punyai apa-apa lagi, kesabaran menipis, gunung berapi kemarahan mudah meletus dan kepercayaan bahawa Allah sentiasa menolong hamba-hamba-Nya yang sabar sudah mulai goyah.

Maka, di sinilah hati dan fikiran kita punyai peranan yang penting. Andai hati dan fikiran itu terpandu dan sentiasa berfikiran positif dalam menghadapi kegawatan perasaan, hati, fikiran malah tenaga yang dimiliki, untunglah. Tapi, seandainya fikiran dan perasaan negatif sentiasa menyucuk minda dan menghasut hati, maka, rasa berputus asa akan mudah untuk menjengah jendela hati yang terbuka. Sehingga pengharapan dan keimanan kepada-Nya semakin menipis. Ditambah pula dengan amalan ibadah harian yang kurang sempurna.

Teman, masalah itu adalah satu bentuk ujian dan dugaan daripada Allah S.W.T. untuk kita membuktikan sejauh mana kebenaran dan utuhnya akujanji iman kita kepada-Nya.

Firman-Nya yang bermaksud;

                “Adakah patut kamu menyangka bahawa kamu akan masuk syurga, padahal belum sampai kepada kamu (ujian dan cubaan) seperti yang telah berlaku kepada orang-orang yang terdahulu daripada kamu? Mereka telah ditimpa kepapaan (kemusnahan harta benda) dan serangan penyakit, serta digoncangkan (oleh ancaman bahaya musuh), sehingga berkatalah Rasul dan orang-orang yang beriman yang ada bersamanya; “bilakah (datangnya) pertolongan Allah?”. Ketahuilah, sesungguhnya pertolongan Allah itu dekat (asalkan kamu bersabar dan berpegang teguh kepada agama Allah.)

(Al-Baqarah:  Ayat 214)

Dan dalam firman-Nya yang lain;

                “Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan; “Kami telah beriman,” sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya Kami telah menguji orang-orang yang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang benar dan sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yang dusta.”

(Al-Ankabut: Ayat 2 – 3)

Teman, diuji dengan ujian kepayahan itu sangat sukar untuk dihadapi. Apatah lagi ujian berbentuk masalah itu datang ke kamar diri tanpa mengetuk pintu. Apatah lagi andai kita diuji dengan sesuatu masalah yang sangat sukar untuk diselesaikan. Terasa seolah-olah masalah yang dihadapi tidak sekali-kali dapat diselesaikan dan tiada penghujungnya. Apatah lagi ujian itu bertandang ke dalam diri dalam jangka masa yang lama. Bukan sehari dua, bukan seminggu dua, bukan juga sebulan dua, tetapi bertahun-tahun. Maka, kesabaran pasti akan menipis. Andai kata kita memang dianugerahkan kesabaran yang tinggi; ketabahan yang luar biasa sekalipun, pasti terdetik dalam hati kita untuk mempersoalkan kewajaran ujian yang dihadapi.

Ya.. kita memang manusia yang lemah, manusia yang alpa, manusia yang lalai, malah manusia yang punyai nafsu. Perasaan sebegitu adalah normal teman. Normal kerana manusia memang dilahirkan sebegitu. Pada saat ini, janganlah sekali-kali melayan prasangka-prasangka buruk yang timbul di dalam hati. Didiklah hati, nafsu dan fikiran untuk bersabar. Bagaimana untuk meningkatkan kesabaran? Perkara sabar bukanlah senang untuk dilaksanakan sebagaimana ia senang untuk diperkatakan. Sabar itu sukar. Apatah lagi apabila nafsu sentiasa membelai diri kita yang negatif sehingga kita tegar untuk meremehkan urusan ibadah kepada-Nya. Kesannya, nipislah iman kita yang sedia nipis itu.

Teman, sesungguhnya kita memang sudah sedia maklum. Tiada jalan lain untuk menangani masalah yang dihadapi, tiada cara lain yang ada untuk meningkatkan kesabaran dan memperkukuhkan iman di dalam diri selain dari mendekatkan diri kita kepada Allah. Tiada jalan lain selain daripada menjaga hubungan kita dengan Allah S.W.T. Pencipta kita yang Maha Agung. Pencipta kita yang Maha Lembut, Maha Pemurah, Maha Pengasih dan Maha Penyayang. Sungguh. Tiada cara lain selain daripada menjaga hubungan kita dengan Allah S.W.T.

Firman-Nya yang bermaksud;

                “Tidak ada kesusahan (atau bala bencana) yang menimpa (seseorang) melainkan dengan izin Allah; dan sesiapa yang beriman kepada Allah, Allah akan memimpin hatinya (untuk menerima apa yang telah berlaku itu dengan tenang dan sabar); dan (ingatlah), Allah Maha Mengetahu akan tiap-tiap sesuatu)”

(At-Taghaabun: Ayat 11)

Pada saat kesabaran dan iman makin menipis, maka dirikanlah solat dan berdoalah kepada-Nya agar kita sentiasa dikurniakan kesabaran dan ketabahan yang tinggi untuk menghadapi ujian dan dugaan-Nya. Mohonlah kepada-Nya untuk membantu kita untuk terus istiqamah dalam beribadah kepada-Nya, diberi kekuatan untuk bermujahadah melawan segala jenis nafsu. Kerana, sesungguhnya hanya Dia yang Maha Pelindung dan Maha Mengabulkan doa-doa hamba-Nya. Gunalah slogan yang popular itu; “lawan tetap lawan!” dalam bermujahadah. Iman manusia seperti kita memang sentiasa fluctuate. Jangan risau, apa yang perlu dilakukan ialah berusaha dengan jalan yang sabar.

Firman-Nya yang bermaksud;

                “Wahai sekalian orang-orang yang beriman! Mintalah pertolongan (untuk menghadapi susah payah dalam menyempurnakan sesuatu perintah Tuhan) dengan bersabar dan dengan (mengerjakan) sembahyang; kerana sesungguhnya Allah menyertai (menolong) orang-orang yang sabar.”

(Al-Baqarah: Ayat 153)

“Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan sembahyang; dan sesungguhnya sembahyang itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk.”(Al-Baqarah: Ayat 45)

Dari itu, jagalah hubungan kita dengan Allah S.W.T maka insya Allah Dia akan menjaga dan  menolong kita. Insya Allah, keyakinan dan keimanan kepada-Nya juga akan dapat dipertingkatkan. Titipkanlah doa di akhir setiap solat agar Dia memberikan kekuatan kepada kita untuk terus istiqamah dalam beribadah serta kekuatan untuk bermujahadah melawan kemungkaran.

~Dunia ini merupakan neraka bagi orang yang beriman dan syurga bagi orang-orang yang ingkar.

~Sesungguhnya ujian yang hebat hanya diberikan kepada orang-orang yang hebat. Maka, bertuahlah orang-orang yang menerima ujian yang maha hebat dan dapat menempuhinya dengan sabar dan jayanya kerana ia merupakan satu latihan dan persediaan untuk mereka menjadi orang yang lebih hebat.

~Sentiasalah berfikiran positif dan berada bersama dengan mereka yang berfikiran serta mempunyai sikap yang positif. Ia akan membantu kita untuk menjadi  lebih positif dalam mengharungi ujian kehidupan.

~Perspektif yang positif ini memang ubat yang mujarab dalam menghadapi ujian kehidupan, malah ia akan membantu kita untuk mencerap hikmah yang diperolehi daripada setiap ujian. Anggaplah ujian dan dugaan yang diberikan itu sebagai kafarah kepada dosa-dosa kita. Insya Allah kita akan lebih redha  dan bersyukur dalam menghadapi ujian kesukaran apatah lagi ujian kesenangan dalam kehidupan.

Firman Allah S.W.T yang bermaksud;

                “Wahai jiwa yang tenang. Kembalilah kepada Tuhanmu dengan hati yang puas lagi diredhai-Nya. Maka masuklah ke dalam jamaah hamba-hamba-Ku. Dan masuklah ke dalam syurga-Ku.”

(Al-Fajr: Ayat 27 – 30)

Semoga kita semua sentiasa dalam redha dan limpahan rahmat-Nya.. aamiin~

 

19 responses to “Sabar dalam Menghadapi Ujian itu Sukar Tetapi Indah

  1. islam's lovers

    November 16, 2012 at 05:01

    Pnulisan yg baik dn sgt tksan dhti:-) alhmdulillah..syukran

     
    • dhieya

      January 29, 2013 at 22:20

      semoga bermanfaat untuk kita semua.. jazakallahu khairan kathiira~ =)

       
  2. insan yg sedang belajar istiqamah

    January 23, 2013 at 16:01

    hati tgh sayu..dgn bace nurkilan saudara/saudari, hati mnjadi tenang kembali..jazakallah..

     
    • dhieya

      January 29, 2013 at 22:21

      Alhamdulillah.. hati kita memang fitrahnya begitu.. mudah terusik.. didiklah ia untuk menjadi tenang dalam setiap keadaan dan mintalah pertolongan Allah dalam usaha mendidik hati. Kerana kita tidak pernah mempunyai apa-apa kuasa untuk mengawal hati kita tanpa izin-Nya.. mintalah kepada Dia, insya Allah Dia akan perkenankan.. =)

       
  3. AZLAN

    January 29, 2013 at 19:17

    semoga diberi kekuatan untuk kita menghadapi segalanya dgn iziNya insyAllah

     
    • dhieya

      January 29, 2013 at 22:22

      Insya Allah.. terima kasih kerana sudi baca entri lama ni.. =)

       
  4. Aina Azlina

    February 1, 2013 at 17:16

    :)
    insyaalah..

     
    • dhieya

      March 11, 2013 at 18:08

      =) terima kasih kerana membaca entri lama ni

       
  5. awliyasaniy

    February 22, 2013 at 16:18

    Penulisan yg sgt bgus,membntu memberikan sy smangat utk jd lbh kuat dan sabar menerima setiap ketentuan dari-Nya.

     
    • dhieya

      March 11, 2013 at 18:10

      Alhamdulillah.. semoga kita lebih bersemangat dan tabah untuk menghadapi ketentuan Allah pada masa hadapan. Insya Allah. =)

       
  6. anjas tafalas

    March 5, 2013 at 12:11

    hanya hati yg suci yg dpt mnerima dan mengambil hikmah dr ujian dari Alloh Swt

     
    • dhieya

      March 11, 2013 at 18:17

      Semoga Allah sentiasa pelihara hati kita dan kita pun dapat mencerap hikmah dari setiap ujian yang Dia berikan. Terima kasih kerana baca entri lama ni. =)

       
  7. Zatil Hanani

    March 11, 2013 at 16:07

    alhamdulillah….selepas baca entri ni hati saya menjadi lebih tenang dan lbih bersemangat untuk menempuh ujian2 drpd-Nya :)

     
    • dhieya

      March 11, 2013 at 18:19

      Alhamdulillah.. semoga ia memberi manfaat yang berpanjangan kepada kita semua. Terima kasih kerana luangkan masa untuk baca entri lama ni. =)

       
  8. kaseh suci

    March 26, 2013 at 00:22

    assalam mohon share ya ukhti..:)

     
    • dhieya

      March 26, 2013 at 00:25

      Silakan. =)

       
  9. khaina

    May 21, 2013 at 19:42

    sy suka baca stp kata2 awk…kdg2 hati ni memberontak xkira masa..kata2 bgni la yg dpt mredakan emosi..
    kdg2 ati xcukup kuat tuk hdapi dugaan..

     
  10. Adinda

    June 24, 2013 at 15:29

    Baarolawllohuliiwalakum ..

     
  11. Mike yang

    April 13, 2014 at 19:01

    salam semua saya baru putus tung..hampir setiap hari aku mngis skit sangat….kenapa ia mesti belaku…..akan tetapi aku ttp besabar….

     

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

%d bloggers like this: