RSS

Monthly Archives: February 2012

Di Saat Semangat Semakin Menghilang..

This time I found that it’s hard to motivate myself.. so, here I go:

Setiap sesuatu yang berlaku ada sebab dan akibatnya. Berlapang dadalah. Pada mulanya memang sukar untuk kita terima/adaptasi dengan perubahan keadaan yang kita alami. Namun, jangan pernah putus asa dan terdetik dalam hati untuk keluar dari sebarang konflik yang kita alami dalam kehidupan. Kerana, Allah tidak akan pernah mengizinkan sesuatu itu berlaku sekiranya ia tidak membawa sebarang manfaat kepada kita. Anggaplah segala-galanya sebagai pengajaran, latihan dan persediaan untuk kita menghadapi kehidupan yang akan datang.
Mungkin, punca semangat untuk meneruskan perjuangan itu menghilang akibat daripada kita telah melakukan sesuatu yang bertentangan dengan fitrah sebagai seorang manusia dan hamba Allah.

Oleh itu, jangan pernah putus asa untuk meneruskan perjuangan meletakkan diri dalam landasan yang telah disyariatkan-Nya.
Jangan pernah putus asa. Kerana hidup ini terlalu singkat untuk melakukan perkara yang sia-sia. Kerana hidup ini terlalu berharga dan bermakna sebagai batu loncatan untuk mencapai redha-Nya.

Siapa tidak mahu gembira dalam menjalani kehidupan? Serasa masalah datang bertimbun-timbun dan sekaligus. Terlalu berat bahu ini untuk memikul beban. Tapi, percayalah. Dia tidak akan pernah memberi ujian kepada hamba-Nya kiranya kita tidak mampu untuk menghadapinya. Sekarang, terserah kepada diri sendiri untuk memilih bagaimana cara dan jalan untuk menghadapi ujian dan mehnah kehidupan. Berusahalah untuk tidak gagal dalam menghadapi ujian dan cabaran yang disediakan-Nya. Sekian lama kita gagal, masih tidak mahukah kita untuk mengambil ibrah dari kegagalan kita itu? Melompat dan melonjaklah setinggi-tingginya. Namun, jangan pernah lupakan daratan andai tangan dan kepala sudah menggapai awan. Kerana, kita hanyalah manusia biasa, hamba dan khalifah-Nya di dunia ini. Sentiasa ingat, manusia tidak akan mampu untuk mencapai atau memperolehi apa-apa sahaja tanpa izin dan rahmat dari Allah S.W.T. Bersyukurlah dengan pencapaian diri sendiri. Sudah pasti kejayaan itu digapai dengan kehendak dan izin Allah juga. Bantulah diri sendiri, insya Allah Dia sentiasa di sisi untuk membantu kita dalam menghadapi kehidupan ini. Matlamat kita ialah redha dan jannah-Nya. Dunia hanyalah persinggahan yang sementara. Jangan pernah lalai dengan kehidupan dunia yang penuh fatamorgana ini. Tiada yang pernah kekal. Sebagaimana kebahagiaan dan ketenangan jiwa yang sekejap luput dari dalam hati ini, begitu juga titisan air mata dan luka kesakitan yang pernah mendiami hati ini. What goes around comes around.

Percayalah, suatu masa nanti, kita akan mengerti segala-galanya. Kebahagiaan yang hakiki itu pasti akan datang kepada orang-orang yang mencari redha-Nya. Hasil itu tidak penting sebagaimana pentingnya proses kita mencari keredhaan-Nya.

…….. おわりました
Bertabahlah, teruskan perjalanan kehidupan ini. Jangan pernah mengalah!! Fighting!! GANBATTE NE!!