Seribu Jalan Sejuta Alasan
“Sekiranya kita mahu sesuatu, kita sebenarnya ada seribu jalan. Tetapi
sekiranya kita tak hendak sesuatu, kita ada sejuta alasan.”
Bayangkan situasi ini. Anda didatangi seorang jurujual. Dia
memperkenalkan diri secara ringkas kemudian menawarkan anda suatu
produk yang sememang anda sangat-sangat berminat. Anda pun tanpa
berfikir dua kali bersetuju untuk membeli. Malangnya, semasa nak bayar
anda seluk poket seluar ataupun tas tangan. Keluarkan dompet. Buka.
Tiada duit. Otak anda secara automatik akan ligat berfikir. Antara
soalan dan jawapan yang mungkin bermain di dalam kepala ketika itu ialah
Apa nak buat nie?
Di mana aku letak duit aku tadi?
Boleh bayar guna kad kredit tak?
Pinjam duit kawanlah dulu. Esok aku ganti.
Hutang dululah. Kemudian baru bayar.
Kita selagi bernama manusia yang waras akan berfikir dan terus
berfikir untuk mencari jalan penyelesaian. Seterusnya kita akan
bertindak dan memilih salah satu atau beberapa jalan penyelesaian yang
difikirkan sesuai.
Sekarang bayangkan anda berada dalam situasi begini. Nama anda
dicadangkan sebagai ketua bagi mengendalikan majlis perasmian suatu
acara di tempat anda bekerja. Anda mungkin tersentak. Pada masa yang
sama, anda sebenarnya tidak mahu menerima cadangan rakan sekerja
tersebut. Tentunya, anda akan memberikan alasan-alasan. Antaranya
mungkin seperti di bawah:
Saya cadangkan A jadi ketua bukannya saya. A lebih senior. A lebih
berkebolehan. A lebih hebat. A lebih cekap. A pandai berkata-kata. A
lebih ramai kenalan. A lebih popular. A lebih…A lebih….
Pelbagai alasan lagi akan anda senaraikan untuk menguatkan penolakan
cadangan tersebut.
Pada pendapat saya, kita selalunya lebih mudah memberikan alasan
daripada mencari jalan penyelesaian.
Terima kasih.
No comments yet.
Leave a comment
-
Recent
- Perpaduan Teras Kejayaan
- Cadangan Rally 1 juta Protes Kenaikan Harga Minyak
- Hanya Firaun dan Namrud Larang Salahkan Kerajaan
- Sekadar Renungan Bersama…
- Seribu Jalan Sejuta Alasan
- ambillah waktu
- Fakta Minyak Kita
- CATATAN UNTUK ABAH SEMPENA HARI BAPA
- Untuk yg masih mencari
- Tazkirah
- peringatan…
- Siapakah Kita…?
-
Links
-
Archives
- August 2008 (1)
- June 2008 (9)
- May 2008 (1)
- February 2008 (1)
- January 2008 (4)
- December 2007 (3)
-
Categories
-
RSS
Entries RSS
Comments RSS