TAHUKAH ANDA?
- Sebatang rokok boleh memusnahkan 25 – 100 mg Vitamin C.
- Orang yang sudah berumur tidak mendapat cukup vitamin D kerana kurangnya pendedahan kepada cahaya matahari.
- Kanak-kanak memerlukan lebih protein berbanding orang dewasa (kira-kira satu setengah hingga dua kali ganda perpaun daripada berat badan) manakala bayi pula memerlukan tiga kali ganda lagi.
- Untuk mengekalkan vitamin B dan C, jangan rendam sayur-sayuran. Sebaliknya terus basuh.
- Beras perang atau merah adalah lebih sihat berbanding beras putih.
- Stainless steel, kaca dan bekas makanan berenamel adalah lebih bagus jika anda ingin mengekalkan nutrien makanan.
- Gunakan pisau yang tajam ketika memotong sayur-sayuran. Sayur-sayuran yang lebam akan kehilangan vitamin A dan C.
Sumber: Perancangan Eksekutif Islam 2008 (1428H – 1429H)
16 ETIKA SAUDARA SEISLAM
Dalam pergaulan rakan seagama, Islam telah menggariskan beberapa etika atau adab yang perlu dipatuhi:-
1- Mengucapkan salam ketika bertemu lalu berjabat tangan. Jika rakan kita itu terlebih dahulu memberi salam, maka wajiblah kita menjawab salamnya.
2- Apabila mendengar rakan bersin, hendaklah mendoakannya dengan mengucapkan “yarhamukallah” apabila mendengar sahabat kita berkata “alhamdulillah”.
3- Menziarahi rakan yang sakit dan mendoakannya agar segera sembuh.
4- Menziarahi apabila ada rakan yang meninggal dunia.
5- Memberi nasihat atau pandangan yang berguna apabila diminta berbuat demikian.
6- Orang Islam dilarang menyusahkan rakan seIslam yang lain dengan sesuatu yang buruk atau menyakitkan hati.
7- Jangan memutuskan silaturrahim sesama Islam lebih daripada 3 hari.
8- Tidak mengejek, menghina dan memanggil orang Islam dengan nama yang hina.
9- Dilarang memaki hamun tanpa hak, samaada ketika orang itu masih hidup atau mati.
10- Jangan iri hati, dengki, khianat dan bersangka buruk terhadap rakan Islam yang lain.
11- Wajib bergaul dengan semua rakan muslim dan tidak memilih kawan tanpa sebab.
12- Menghormati yang tua, menyayangi yang muda.
13- Berlaku adil kepada orang Islam dalam segenap aspek kehidupan.
14- Memiliki sifat cepat memaafkan, menutup aib dan jangan mendengar rahsia yang berkaitan dengan rakan Islam yang lain.
15- Membantu saudara seagama yang memerlukan pertolongan.
16- Jangan menipu rakan seIslam yang lain.
Sumber: Perancangan Eksekutif Islam 2008 (1428H – 1429H)
Hello world!
Salam…
Weblog ini diwujudkan setelah saya berfikir secara mendalam dan mengambil keputusan untuk ‘create’ satu blog yang mana saya akan dan mampu untuk memberi komitmen untuk menulis. Dalam erti kata, saya bersedia untuk terjun dalam bidang blogger ni. Tujuan blog ini diwujudkan adalah sebagai medan, medium, wadah perkongsian pendapat mahupun fikrah kita sebagai khalifah Allah di muka bumi ini. Semoga weblog ini dapat memberi manfaat kepada ‘viewer’ atau ‘visitor’ weblog ini mahupun diri saya sendiri. Sebarang cadangan atau kritikan bolehlah dimelkan kepada dhieya@gmail.com.
-knowledge is the power of our successfull life-
-
Recent
- Perpaduan Teras Kejayaan
- Cadangan Rally 1 juta Protes Kenaikan Harga Minyak
- Hanya Firaun dan Namrud Larang Salahkan Kerajaan
- Sekadar Renungan Bersama…
- Seribu Jalan Sejuta Alasan
- ambillah waktu
- Fakta Minyak Kita
- CATATAN UNTUK ABAH SEMPENA HARI BAPA
- Untuk yg masih mencari
- Tazkirah
- peringatan…
- Siapakah Kita…?
-
Links
-
Archives
- August 2008 (1)
- June 2008 (9)
- May 2008 (1)
- February 2008 (1)
- January 2008 (4)
- December 2007 (3)
-
Categories
-
RSS
Entries RSS
Comments RSS