RSS

“Aku Kecewa Kerana Cinta, Sahabat.. ;(“

Pernah kecewa? Pernah putus cinta? Cinta terhalang oleh keluarga? Atau sebenarnya memang bukan jodoh..

Sahabat,
Perasaan kecewa itu menyakitkan..
Putus cinta itu sesuatu yang pedih.. apatah lagi dikhianati.. perit.. umpama ditusuk sembilu..
Cinta terhalang oleh keluarga.. ahh.. sungguh ironi.. mengapa dua insan bercinta tidak boleh disatukan? Sedangkan kasih sayang itu telah lama wujud.. maka soal jodoh itu pun timbul.. mungkin dia bukan jodohmu.. siapa tahu.. mungkin Dia mahu menguji kamu sebelum Dia memberi nikmat kebahagiaan kepada kamu..

Sahabat,
Benarlah kata-kata; “cinta tidak semestinya bersatu”.. kita tidak semestinya akan bersama dengan orang yang kita cintai. Tapi, kita akan bersama dengan jodoh yang telah tertulis untuk bersama kita di Luh Mahfuz.. kerana Dia lebih mengetahui siapa yang terbaik untuk kita.. justeru, janganlah bazirkan perasaan cinta tu kepada mereka yang tidak sepatutnya menerima cinta.. tak perlu lah nak beri cinta itu kepada sesiapa yang belum tentu jodoh kita, walaupun sekadar biasan cinta..

“Allah ada sebab tak bagi dia end up dengan kamu.. ni janji Allah, Dia telah sediakan someone yang terbaik untuk kamu.. cuma masanya belum sampai lagi..” – Fana

“Jika tepat masa, ketika, keadaan dan SIAPA, cinta adalah kuasa luar biasa yang tiada bandingannya” – Ust. Pahrol Mohd Juoi; Tentang Cinta

Sahabat,
Bukan senang untuk survive setelah terjerumus ke dalam lembah kekecewaan.. bukan senang.. apatah lagi kecewa dalam soal cinta.. soal hati & perasaan.. terasa seolah-olah separuh daripada diri telah pergi.. menghilang entah ke mana.. tapi, percayalah.. setiap sesuatu yang berlaku pasti ada hikmahnya yang tersendiri..

Setiap insan akan diuji.. ujian setiap insan itu berbeza berdasarkan kemampuan masing-masing.. kiranya hari ini kita kecewa, bukan selama-lamanya kita akan kecewa.. Allah itu Maha Adil, teman.. Allah itu Maha Pengasih & Maha Penyayang.. please don’t be demotivated.. mata yang melihat.. telinga yang mendengar.. tidak akan pernah merasakan bebanan yang sama yang dirasai oleh insan yang diuji.. kerana setiap manusia punyai kemampuan yang berbeza-beza.. punyai kekentalan hati yang berbeza-beza dalam menghadapi & menangani ujian-Nya.. you definitely can face it!

Sahabat,
Bersyukurlah dengan ujian ini.. kerana itu maknanya kita berada dalam perhatian-Nya.. mungkin Dia mahu kita sedar tentang kekhilafan & kelalaian kita terhadap-Nya selama ni.. mungkin kita yang terlalu laju mengemudi perjalanan hidup kita.. sehingga lupa untuk menoleh ke sebelah.. mungkin kita terlupa, bahawa segala yang berlaku adalah dengan izin-Nya.. peringatan bahawa bukan semua yang kita mahukan akan kita perolehi dengan mudah.. ada beza antara keperluan dan kehendak.. mungkin dia itu adalah kehendak kita saja, bukanlah keperluan.. siapa tahu.. biarlah kita berhenti sejenak.. merenung masa silam untuk dibuat pengajaran.. hiduplah pada masa sekarang.. tidak perlu menilik-nilik apa yang akan terjadi pada masa depan.. usah terlalu teruja untuk memiliki sesuatu yang belum tentu terbaik untuk kita.. kerana kita bukan siapa-siapa.. Dia sudah nukilkan yang terbaik untuk hidup kita.. tinggal kita je yang memilih jalannya..

Hati yang kecewa, hati yang menderita, biarlah Allah saja yang mengubati-Nya.. titipkan di dalam doa & rintihanmu kepada-Nya, samaada di dalam solat yang 5 atau tahajudmu..

“Ya Allah, sesungguhnya Engkau Maha Mengetahui apa yang terbaik untuk diri dan hati ini.. aku bersyukur diuji oleh-Mu ya Allah.. rawati dan belailah hatiku yang gundah & kesunyian ini dengan CINTA & kasih sayang-Mu.. anugerahkanlah kekuatan kepadaku untuk terus istiqamah dalam beribadah & mendekati-Mu.. agar di saat aku diuji dengan kesenangan, aku tidak sekali-kali akan melupakan-Mu”.

Sahabat,
Kekuatan tu tidak akan datang dengan sendiri.. sakit di hati kerana kecewa itu sunnatullah.. adatlah, apabila kecewa kita akan merasa sakitnya.. mana mungkin jari yang terhiris oleh pisau tidak berdarah? Mana mungkin bila mendapat kejayaan kita tidak akan gembira? Manusia dilahirkan dengan pelbagai emosi.. tidak adillah kiranya kita hanya mahu merasai emosi yang positif saja..

Bertabahlah sahabat.. kekuatan, ketabahan, ketenangan, kejayaan malah KEIMANAN itu pun kita yang cari.. sudah tentu dengan izin-Nya juga..

Ketenangan & kebahagiaan tu wujud di dalam hati.. carilah ia di dalam hati.. tiada satu pun yang bernama makhluk di dunia ini yang berkuasa untuk mengecewakan dan menyakitkan kita tanpa izin Allah.. binalah imuniti.. dekatkan diri kepada Allah.. mungkin usaha kita belum cukup.. andai resah menyelubungi diri, solatlah, berzikirlah.. sesungguhnya hati yang tenang itu ialah hati yang sentiasa mengingati Allah.. memahami keagungan dan kekuasaan-Nya dari aspek maknawi dan hakiki..

Yakinlah dengan janji-Nya.. jadilah lelaki yang soleh.. nescaya yang solehah akan hadir untukmu.. (and vice versa.. jadilah wanita yang solehah.. nescaya lelaki yang soleh akan menghampiri kamu demi Dia..) carilah CINTA ALLAH, nescaya cinta wanita yang mencintai Allah akan hadir untukmu.. kerana, cinta manusia tidak pernah akan kekal.. bercintalah kerana Allah.. nescaya ikatan rumah tanggamu yang bakal dibina akan sentiasa dirahmati & diberkati-Nya.. insya Allah..

Usahlah terlalu lama mengenang kenangan silam yang disangka indah.. sehingga menghalang hak kita untuk bergembira & berbahagia dengan kehidupan kita.. cinta manusia bukanlah segala-galanya.. ia akan layu juga andainya tidak dibajai dengan cinta kepada Allah.. cinta Allah itu matlamat, cinta manusia itu adalah alat untuk menggapai cinta Allah..

Soalan mu sahabat;
Mengapa susah untuk lupakan bekas kekasih?

KERANA Allah ciptakan hati yang punya ‘PERASAAN’, minda yang punya ‘INGATAN’

Sebab itu orang yang kita BENCI pun kita INGAT.
Yang pernah CINTA? Lagilah INGAT!

Jika ingat kenangan manis bersamanya buatlah pedoman, kenangan pahit jadikan pengajaran.

Akhir sekali,
Please move on.. masa dan hidupmu terlalu berharga untuk dibazirkan dengan kisah cinta yang tidak ada kesudahan.. times will heal.. kamu punyai dunia dan kehidupan yang sendiri untuk dicorakkan.. berjaya atau tidak adalah pilihan sendiri.. tenanglah, ingatlah bahawa Allah sentiasa bersama kamu kiranya kamu rasa lonely yang amat.. you are never alone at the first place..

*maaf andai entri ini tidak sepertinya.. kerana ku sendiri masih lagi bertatih mencari makna dalam kehidupan ini..

 

Menolak dan Ditolak.. The Art of Rejection

Pernah ditolak (being rejected)? Atau pernah menolak (reject)? Ohh.. ditolak dan menolak apa ye? Persoalan ditolak dan menolak ini adalah satu isu yang subjektif. Ditolak atau gagal dalam temuduga kerja yang dipohon, ditolak kertas cadangan latihan ilmiah yang telah bertungkus lumus disiapkan oleh penyelia latihan ilmiah, ditolak ajakan untuk keluar makan oleh kawan dan bermacam-macam lagi jenis penolakan yang kita terima sepanjang hidup kita ini. Kesemua bentuk penolakan di atas sudah tentu memberi kesan yang mendalam dalam hati kita. Samaada kesan yang baik iaitu membuatkan kita lebih cekal dan bijak berusaha untuk mencapai apa yang diinginkan mahupun menyebabkan semangat kita jatuh serta merta untuk mencuba dengan memberikan usaha yang lebih baik dari yang sebelumnya. Tidak kisahlah kita di pihak yang menolak atau pihak yang ditolak, kedua-dua posisi ini sudah pasti memberi kesan dalam diri kita. Semakin besar bentuk penolakan yang dilakukan atau diterima, semakin besar kesannya ke atas diri kita.

Tapi, penolakan yang ingin disentuh pada entry ini ialah penolakan cinta.. atau dalam bahasa kampung; “how to reject others’ love towards us and how to accept the truth that we have been rejected by the one we love”.

Di antara kita sudah pasti ada yang berpengalaman mereject perasaan orang terhadap kita dan sudah tentu apabila ada yang mereject, orang yang direject pun mestilah turut wujud bukan? Entry ini mungkin agak tragik bagi sahabat-sahabat yang telah direject cintanya dan agak pedih jugak bagi sahabat-sahabat yang telah mereject cinta seseorang terhadapnya. Ingat senang nak mereject dan direject ni? Susahh.. sangat-sangat susah sebenarnya.

Oleh yang demikian, di sini saya senaraikan bagaimana cara untuk mereject seseorang dan bagaimana untuk mengatasi keterlukaan yang dialami setelah direject. Sebenarnya, bukanlah mudah bagi kita untuk meluahkan perasaan kepada orang yang kita suka. Ada yang mengambil masa bertahun-tahun mengumpul keyakinan diri untuk meluahkan perasaan cinta tersebut. Ada juga yang demam sebelum, semasa dan selepas confess. Kita semua pun sedia maklum kan? Untuk melakukan confession terhadap gadis yang disukai oleh seseorang lelaki, bukanlah sesuatu yang mudah. Oleh kerana saya bukanlah seorang lelaki, maka saya tidak dapat benar-benar menghayati bagaimana sukarnya perasaan untuk membuat confession itu.. xD

Tapi, apa yang saya pasti adalah amat sukar bagi kedua-dua lelaki dan perempuan membuat keputusan untuk melakukan confession. Usaha untuk mengumpul keyakinan diri bukanlah satu usaha yang sangat senang. SANGAT-SANGAT SUSAH~~

Ahh.. meleret sudah.. baiklah, kita masuk ke topik yang ingin dibincangkan; bagaimana cara terbaik untuk mereject seseorang. Sebelum melakukan penolakan ini, kita hendaklah menimbangkan situasi kedua-dua watak dalam kisah ini. Watak kita sebagai orang yang akan mereject dan watak kawan kita sebagai orang yang akan direject. Kalau kita tak mahu meneruskan persahabatan dengan mereka, tiada masalah.. kita boleh gunakan sebarang perkataan untuk melakukan rejection tersebut. Contohnya:

“Saya tak suka pun kat awak. Awak je yang perasan lebih-lebih. Tolong jangan SS (syok sendiri) ye. Siapa yang mulakan dulu?”

ataupun…

“Maaf, saya tak pernah ada perasaan kat awak. Saya suka kat orang lain. Awak takde ciri-ciri lelaki/wanita idaman saya.”

Heee… sungguh tabah orang yang mereject dengan menggunakan ayat-ayat tersebut. Dan teramatlah cekal, tabah dan pasrahnya orang yang direject itu.

Tapi, sekiranya kita sangat-sangat sayangkan persahabatan kita dengan kawan kita, sudah tentu kita akan berhati-hati dalam menyusun perkataan dan ayat untuk diberitahu. Mungkin ayat-ayat seperti di bawah boleh dijadikan sebagai panduan;

“Terima kasih kerana menyayangi saya. Saya sangat-sangat menghargai perasaan awak terhadap saya. Namun, saya masih belum bersedia untuk memberi dan menerima sebarang komitmen buat masa sekarang. So, saya rasa lebih baik kita berkawan je dulu. Kerana saya suka kawan dengan awak.”

ataupun sekiranya kita bimbang ayat-ayat kita tu nanti akan memberi harapan kepada kawan kita tu, sedangkan kita sebenarnya memang tak mahu pergi jauh pun dengan dia. So, boleh la guna ayat macam kat bawah..

“Terima kasih kerana menyayangi saya. Saya hargai perasaan awak tu. Tapi, saya harap kita boleh stay sebagai kawan je. Boleh kan? Saya nak kawan je ngan awak sebab saya sayang awak sebagai kawan je. Tak lebih daripada tu.”

Mungkin masih lagi enak untuk didengar bagi menjaga perasaan dan persahabatan kedua-dua belah pihak. Sekurang-kurangnya tidaklah terluka sangat perasaan kawan kita tu. Dan lepas buat rejection tu, pandai-pandailah layan kawan kita tu macam biasa. Lain la kalau tak mahu kawan dengan dia dah. Berpatah arang, berkerat rotan. Hehehe..

Biasanya selepas direject, kita memerlukan masa yang banyak untuk bertenang. Bukan senang untuk menerima rejection ni. Self-confident pun boleh jatuh tahu. Kadang-kadang ada yang rasa sangat-sangat tak berguna. Sampai tahap rasa cam tak layak untuk hidup dalam dunia ni.. wahhh… come on.. come on.. life must go on.. direject oleh manusia bukanlah apa-apa. Lagi malang kita kalau hidup kita direject oleh Allah S.W.T. Tak perlulah nak down sampai mengurungkan diri dalam bilik berminggu-minggu. Menangis sampai banjir bilik air. Atau berkabung berbulan-bulan. Cheer up my dear friend. Let’s move on. Be positive. Cinta manusia bukanlah segala-galanya. CINTA Allah yang lebih utama.

Mungkin si dia bukanlah jodoh kita yang telah ditetapkan oleh Allah S.W.T kepada kita. Mungkin juga ada orang yang lebih baik telah disediakan oleh Allah untuk kita tapi belum sampai masanya lagi untuk kita bersama-sama dengannya. Dan.. mungkin juga tu semua adalah ujian Allah untuk kita supaya tidak pernah berputus asa dengan rahmat dan kasih sayang-Nya. Ingat, janji Allah itu benar dan pasti. Dia takkan pernah memungkiri janji-Nya. Dan.. mungkin juga si dia tu sebenarnya jodoh kita tapi sebenarnya dia dan kita belum benar-benar bersedia untuk bersama. Sebab tu Allah suruh kita tunggu dulu. Dia belum nak bagi lagi. Sabar. Manalah kita tahu kan.. there are too much possibilities in our life. Jadi jangan pernah give up untuk terus berharap kepada-Nya.

Apa yang perlu dibuat setelah direject selain kaedah-kaedah yang boleh kita jumpa kat internet ni cam hang out dengan kawan-kawan, shopping sakan, bercuti dll ialah;

1) Terima la kenyataan bahawa kita telah direject. Memang susah. Tapi kita tetap kena move on. Hidup kita tak boleh statik dan mengenang nasib saja.

2) Dekatkan diri dengan Allah. Yess.. too typical right? But this kind of typical thing is the vital thing we should do as His servant.

3) Ramai yang akan suffer masa nak menangani dan menghadapi kekecewaan ni. Seolah-olah dunia sudah berakhir. Hidup tak ada gunanya lagi. Tak ada masa depan la.. dan ada masanya kita akan down yang amat sangat. Susah sangat-sangat nak naikkan balik keyakinan diri kita tu. Tapi ingatlah. Serahlah hati kita kepada Allah, nescaya Dia akan mengubati hati kita itu dan menyatukan hati kita dengan hati orang yang dekat dengan-Nya juga. Itulah nikmat yang terbaik untuk kita.

4) Bukan senang untuk mencari life partner yang betul-betul memahami tanggungjawab dan akan melaksanakan tanggungjawab masing-masing selepas kahwin. Ini perkara yang serius. Menurut Ustaz Hasrizal di dalam ceramah beliau yang bertajuk “Membentuk Insan Rabbani Modul Luqman Al-Hakim”, statistik pernikahan di negara kita semakin berkurang manakala statistik perceraian semakin meningkat. Sama-samalah kita renungkan faktor penyumbang kepada statistik ni dan solution untuk diapplykan dalam hidup kita.

So, jangan terburu-buru dalam memilih pasangan. Bukan senang nak membina sebuah “rumahku syurgaku” (baiti jannati) di zaman sekarang ni. Terlalu banyak cabaran dan dugaan yang akan kita hadapi. Persiapkan diri dengan ilmu rumah tangga dan keibu-bapaan terlebih dahulu sebelum membuat keputusan untuk mendirikan rumah tangga. Itu yang terbaik. Kejarlah kualiti. Jangan mengejar kuantiti yang tidak berkualiti.

Sekadar ini sajalah dulu repekan di entry ni. Semoga ia bermanfaat kepada diri sendiri dan juga sahabat-sahabat yang lain.

Kalau ada sumur di ladang,
Boleh saya menumpang mandi,
Kalau ada idea dan masa lapang,
Lain kali saya menulis lagi.

 
Leave a comment

Posted by on December 15, 2011 in An-Nasihah, Opinions + Thoughts

 

Fitnah Pergaulan di Alam Maya

Sms tanpa urusan.
berfacebooking tanpa urusan.
call tanpa urusan.
dating tanpa mahram.
chatting tanpa urusan.
dan bermacam-macam lagi bentuk fitnah komunikasi.

“Urusan adalah sesuatu yang apabila kita bentangkan depan Allah SWT, kita yakin kita mampu jawab dan berhujah depan Allah bahawa ia adalah urusan, maka itulah yang dinamakan urusan. Jika hati masih berasa was-was samada ia suatu urusan atau tidak, maka berawaslah.”-Kak Fatimah Syarha.

#Ramai yang memandang mudah soal ini.
Moga dapat dijadikan peringatan buat diri.
Na’uzubillah…

~copy & paste daripada FB~
xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx
Kat luar tak pernah bertegur sapa..
Pandang pun tak..
Tapi kat dalam FB… kencang!
Uhh.. rasa berdosa dengan diri sendiri..
Bersalah dengan diri sendiri..
Adakah hipokrit?
Sebab tu lah orang cakap..
Di alam maya, ramai orang cenderung untuk menonjolkan diri sendiri..

Ada orang, di alam realiti sangat pemalu..
Tapi di alam maya, sangat-sangat outspoken..
Semua perkara pun nak berkongsi dengan orang lain..
Ada orang, di alam realiti tak bercakap sangat pun dengan kawan berlainan jantina..
Tapi di alam maya, kencang je chatting dengan mereka..
Sekadar berkongsi pandangan dan perasaan yang terbeban.. sungguh, di antara kita tidak terlepas dari masalah menjaga ikhtilat di antara lelaki dan perempuan..
Di luar punyalah tsiqah dan warak.. angkat muka pun tak mahu di depan kawan-kawan berlainan jantina.. MALU!
Tapi di alam maya………………. tak sanggup nak tulis kat sini..
Teramat malu..
Malu dengan diri sendiri..
Malu kepada Allah..
Kerana tidak pandai menjaga maruah sendiri..
Ya Allah..
Berikanlah kekuatan kepada kami untuk menjaga ikhtilat dalam pergaulan..
Sesungguhnya fitnah akhir zaman terlalu dahsyat..
Hanya iman dan taqwa mampu menjadi benteng pertahanan diri dari godaan dunia yang melalaikan..

*Bebanan yang terlalu berat.. mahu saja deactivate FB.. tapi, ilmu terlalu banyak di situ.. Manfaat yang melebihi mudarat.. harus kuatkan diri sendiri..

Katakan tidak kepada pergaulan bebas di alam maya! Walaupun kesannya sukar dilihat, tapi ia memberi kesan yang amat mendalam kepada hati..

Pelihara hati, pelihara tingkah laku, pelihara adab pergaulan, pelihara ibadah, pelihara iman, taqwa kepada Allah yang diburu.. Semoga segala urusan dipermudahkan-Nya. Amin..

 
 

Apabila Terdesak…

Apabila terdesak…
———- mula la menggelabah
———- sanggup buat apa sahaja untuk melepaskan diri daripada desakan tersebut
———- mula berfikiran yang bukan-bukan. Kebanyakannya akan berfikiran negatif terhadap takdir perjalanan kehidupan
———- mula la cemburu dengan kebahagiaan dan kesenangan orang lain
———- mula la menyalahkan orang lain di atas setiap kesusahan yang kita hadapi (padahal diri sendiri yang ego tidak mahu menerima bahawa sendiri melakukan kesilapan)
———- cepat marah dan emosi menjadi tidak stabil
———- berpandangan negatif terhadap orang sekeliling
———- berfikir bahawa sendiri tidak layak untuk hidup di dunia ini.. nak buat macam mana.. terlalu banyak kesusahan yang dihadapi.. padahal hati tidak cukup tabah dan cekal menghadapi dugaan Allah..
———- dan yang paling teruk, berperangai tidak elok dan mungkin cenderung untuk bunuh diri!!

Well, manusia memang tidak akan mampu untuk lari daripada ujian kehidupan. Ada orang, ujian kehidupannya di beri dengan ujian kesenangan untuk mendapatkan setiap perkara yang ingin dicapai. Di beri harta, pangkat, keluarga yang membahagiakan. Ahh.. seolah-olah tiada apa yang perlu dirisaukan dalam kehidupannya. Tapi, siapa tahu apa yang ada di dalam hati dan jiwa mereka. Mungkin dari luarannya kita nampak mereka bahagia tetapi secara spiritualnya tidak.

Ada orang, ujian kehidupannya seribu satu kesusahan. Sudahlah berpendapatan rendah, keluarga pula berantakan. Seolah-olah kehidupan penuh dengan kecelaruan dan keserabutan. Sudah berusaha sedaya upaya untuk mengurangkan bebanan kesusahan, tapi masih lagi tidak berjaya. Akhirnya putus asa dengan kehidupan. Hidup seolah-olah tiada tujuan lagi. Hanya bergelut untuk melepaskan diri daripada kesengsaraan. Selalu berfikir, kenapa apa yang diinginkan tidak tercapai. Walau seribu satu cara dilakukan. Mungkin, kita sebenarnya belum bersedia untuk menghadapi apa yang diinginkan. Sabarlah. Berusahalah untuk bersedia mencapai apa yang diingini itu.

Duhai teman, kehidupan merupakan sesuatu yang lebih daripada apa yang kita jangkakan. Walau sesukar mana ujian yang kita tempuhi, walau berliku dan penuh onak duri jalan yang kita lalui, sesungguhnya Allah itu Maha Adil. Tidaklah Dia menurunkan sebarang ujian kesulitan kepada hamba-Nya melainkan terselit kesenangan dan kemudahan kepada mereka untuk menempuhinya. Setiap sesuatu yang berlaku itu ada hikmah di sebaliknya. Janganlah berputus asa.

Mungkin ada kesilapan-kesilapan atau dosa-dosa silam yang telah kita lakukan. Oleh yang demikian, Dia beri ujian kepada kita sebagai kifarah kepada dosa-dosa silam. Bersabarlah. Semakin kuat kita diberi ujian, semakin sabar dan tabah kita menghadapinya, semakin dekat kita kepada-Nya, semakin besarlah nikmat yang akan diberikan di kemudian hari. Percayalah, hidup tidak selalu indah, langit tidak selalu cerah, tetapi tidak bermakna pelangi petang tidak akan muncul di sepanjang perjalanan. Kehidupan merupakan satu ladang tanaman. Hasilnya akan kita tuai di akhirat nanti. Di hari pembalasan. Di alam yang hakiki.

Sungguh, kita manusia tidak akan pernah lepas dari membuat kesilapan. Mungkin, ada yang terfikir, bimbang terjerumus di dalam kekufuran ujian. Mempersoalkan setiap ujian yang diberikan Allah kepadanya. Risau. Tetapi teman-teman, berusahalah untuk terus berada di landasan-Nya. Memang, senang bercakap daripada melaksanakan. Tetapi manusia adalah lebih dari apa yang disangkakan. “dan tidaklah Aku menciptakan jin dan manusia melainkan untuk beribadah kepada-Ku” (adz-Dzariyat: 56). Selagi kita berpegang kepada tujuan kita dilahirkan ke dunia ini, selagi itulah kita akan mampu untuk merasa tenang dan bahagia. Mungkin kita diberi ujian kesukaran hidup sekarang dan kesenangan hidup pada masa akan datang.

Kekadang pernah merasakan, terlalu penat, terlalu lelah. Seolah-olah kesukaran ini tiada penghujungnya. Menemui jalan buntu. Pada saat itu, muhasabahlah diri. Adakah kita menjaga hubungan kita dengan Allah dengan sebaiknya? Adakah kita mendahulukan amanah-amanah Allah di dalam kehidupan kita seharian? Sekiranya Dia sentiasa hidup di dalam diri kita, nescaya kepenatan dan perasaan kesunyian itu akan terubat. Semakin dekat kita dengan Dia, semakin kuat kita diuji. Hanya orang-orang yang bertuah akan dapat merasai nikmat di sebalik ujian. Samaada ujian kesenangan atau ujian kesusahan. Janganlah kita kufur kedua-dua ujian tersebut. Kufur ujian kesenangan adalah ditakuti merasakan bangga dan sombong diri. Seolah-olah apa yang diusahakan adalah hasil usaha sendiri. Seolah-olah sendiri yang punya. Kufur ujian kesusahan lagi ditakuti. Seolah-olah tidak ada satu pun nikmat yang Allah berikan kepada diri selain dari kesusahan yang berpanjangan. Ingatlah, kita bukanlah seorang Nabi mahupun seorang Rasul. Tetapi kita wajib mencontohi Nabi Nuh dan Nabi Ayub. Ujian Allah kepada mereka lebih besar daripada ujian hidup yang kita hadapi.

Namun, jangan pula bangga dengan kesilapan diri sendiri. Sudah tahu berbuat kesilapan, bangga dengan kesilapan sendiri. Malah tidak pula mahu untuk berubah. Lantaran ego yang menguasai diri. Come on, move on please~ you are better than what you think.

Oleh yang demikian, belajarlah untuk berlapang dada dengan ujian Allah. Samaada ujian kesenangan atau ujian kesusahan. Apabila diuji dengan kesenangan, sentiasa ingat ada orang yang lagi susah kehidupannya. Begitu juga jika diuji dengan kesusahan, ada lagi insan lain yang lagi susah kehidupannya. Bertuahlah sekiranya kita tidak gagal di dalam ujian kehidupan. Mungkin kita berjaya dalam kehidupan pada pandangan mata manusia. Tetapi belum tentu kita akan berjaya pada pandangan Allah. Bertuahlah kita sekiranya berjaya pada pandangan Allah dan juga manusia. Tetapi, pandangan manusia bukanlah apa-apa. Kerana kita semua serupa. Tiada bezanya. Melainkan darjat di sisi-Nya yang membezakan kedudukan kita.

Bersabarlah dan bermujahadahlah duhai teman. Sentiasa berusaha untuk memperbaiki diri sendiri untuk menjadi yang terbaik. Semoga apa yang diusahakan dapat dicapai dengan jayanya. Namun, sekiranya tidak berjaya, ingatlah bahawa perancangan Allah untuk kita lebih baik daripada perancangan kita untuk diri kita sendiri. Sesungguhnya Dia Maha Mengetahui tentang apa yang kita perlukan. Terimalah seadanya.

 
 

Hati~

Hati seorang wanita..

Penuh dengan konflik..
Kadang-kadang ribut datang melanda..
Kadang-kadang taufan datang mengamuk..
Membuatkan hati dan jiwa tidak keruan..
Namun dia tetap cool~

Hati seorang wanita..
Secara fitrahnya ia terlalu halus..
Terlalu lembut..
Kasih sayangnya bisa terbias di kaca mata..
Cantiknya seorang wanita bermula dari hatinya..
Pandangan mata bisa meluahkan segala yang terpendam di dalam hati..

Hati seorang wanita..
Walaupun riak mukanya tenang..
Tetapi seribu kerisauan bersarang di hatinya..
Ahh.. sukar untuk diluahkan..
Kerana dia hanya seorang wanita..
Tiada seksaan yang lebih hebat..
Tiada kesakitan yang lebih menyakitkan..
Ia umpama sembilu..
Menusuk jauh ke lubuk hati..
Ahh.. sukar untuk dizahirkan perasaannya..
Kerana dia hanya seorang wanita..

*Patuh dan redha~

Selamat meneruskan perjuangan di bulan Ramadhan Karim ini.. semoga mujahadah dan impian dimakbulkan.. apa yang lebih penting, cita-cita dan seterusnya usaha untuk mendapatkan redha Ilahi tercapai.. insya Allah.. sama-sama berusaha.. masa masih ada.. pintu syurga-Nya tetap terbuka.. pintu taubat bersedia pada bila-bila masa.. hanya kita yang membuat keputusan, ingin melangkah ke kiri atau ke kanan.. pilihlah mana-mana jalan yang disukai.. sebaik-baik jalan ialah jalan yang diredhai-Nya.. insya Allah yang terbaik untuk kita, sekiranya kita benar-benar berusaha.. =)

 
Leave a comment

Posted by on August 16, 2011 in An-Nasihah, Opinions + Thoughts

 
 
Follow

Get every new post delivered to your Inbox.